Latest Posts

From Vancouver Studio kami berpindah ke Hyatt Regency, The Churchill. Hotel ni hotel 5 stars, terletak di belakang Next dan berdekatan dengan Oxford Street. Kira jalan kaki pun boleh. senang tapi banyak cubaan.. rasa setiap saat tu, kedai-kedai tu memanggil-manggil.. lelap mata je, dorothy perkins memanggil.. lelap mata je selfridges memanggil.. lelap mata je primark memanggil.. haih!! cobaaannnnnn.... hahahaha. 

tapi, hotel ni memang best. for those yang single, bolehlah cari partner kat sini. muahahahaha. for those yang dah kawen like me, sila tutup mata ye. WAJIB! kalau tak mampu tutup mata, pergi shopping. kalau duit habis, don't blame me. blame the hotel sebab dekat dengan oxford street! hahaha.

kedai makanan halal yang terdekat kat Selfridges... food hall dia.. tapi tak banyak choice.. lagi satu depan gap.. ada jual makanan halal.. tapi mahal gila.. tak sedap pula tu.. the best thing, kalau rajin jalan kaki pergi Edgware Road.. aka arab road la kiranya.. situ melambak-lambak makanan halal. kalau rajin lagi, lepas makan, boleh tengok movie kat Odeon.. kalau rajin lagi, pergilah jogging kat Hyde Park. hahaha. kalau rajin... tetttttt... kalau malas, main je tennis. hotel ni ada private garden yang khas untuk main tennis dan santai-santai.. bestkan?

internet kat hotel ni kena bayar. tak free macam vancouver studios. hampehkan? dahla slow, mahal pula tu.. luahan hati customer yang tak puas hati. wakakaka. tapi apa-apapun, staff hotel ni sangat bagus! dari kat depan entrance, bell hop sampailah mak cik housekeeping.. superb! u can call them 24 hours and mintalah nak air ke apa ke.. memang terbaik! pantas dan friendly. i likeee. :D

tube station yang terdekat : marble arch
depan hotel ni boleh ambil bas ke london zoo/ kilburn/ abbey road (the beatles punya zebra crossing)
costa coffee terletak kat bangunan sebelah. 
okaydahjomtengokgambarmembebeljepunnaikbosandibuatnyahahahaha :p

dalam kereta, from VC to Hyatt

luar hotel

sempat lagi uolsss :p












room service .. very good and fast!



they used Pharmacopia's product for the room toiletries 







Sementara tunggu my sister in law ber-meeting di bawah, saya sempat menghabiskan masa dekat gym. lepak-lepak sambil makan free apple yang disediakan.. WHATTTT APPLE LAGI?? hahaha. 

tuala disediakan dan tempat simpan barang pun ada. paling best, toilet dia guna toiletries Molton Brown. yeay.





feeling brutal pergi gym dengan legging tidur dan boot. hahaha :p

The Next Day, we had a quick breakfast before my sister in law pergi meeting.
don't worry guys. makanan diasing-asingkan. dapur juga semestinya asing juga.



ignore the eyebag! tak dapat dicontrol lagi. mohon sesiapa kenal doktor plastic 
surgery, tolong bagitahu yea! hahahahahahahaha :p



and i had superb bubble bath and facial massage at my room
sementara tunggu sister in law habis meeting and tea party





DAH ! DAH !
JOM BALIK



ramai yang email tanya harga .. mostly my instagram followers.. segan pula nak cakap... tapi ni just for sharing. mana tahu anda berminat... so, bolehlah stay sini... i recommend this hotel 100% jika anda kaki shopping! go! go! go! dari membazir duit pada transport such as tube and bas yang makin lama makin mahal, why not bayar lebih pada hotel.. kurangkan pada transport, lebihkan pada hotel. tidur pun lena.. nak shopping, nak makan .. semua jalan kaki je.. free and easy. :D

per night & in GBP.. RM? kena tengok pada currency exchange

belum hilang penat dek short trip dan day out with alfi and dee, the day after tu, my sister in law pula datang London. She came here for meeting. Just a short trip, but i'm happy because dah lama plan nak keluar together, and the last time kami keluar bersama masa 1997, my brother's convocation and masa dia datang ni, i make sure masa digunakan dengan sebaik-baiknya. sebab kami selalu tak berpeluang untuk berjumpa. dia datang sini, i takde, i datang sini, dia pula takde. ha, gitu!

we stayed at Vancouver Studios for two nights before transfer to the Hyatt Regency The Churchill and my stepmom pun join us. so, three of us in a double studio room. But i love the location of this VS. near to tube station (queenspark & bayswater) and also many halal foods nearby.. (inc. noodle oodle, malaysian hall, pak arab restaurant & etc).. makan! makan ! makan !

tapi yang tak best, ni kawasan tumpuan jenayah seperti Bogus Police yang makin menjadi-jadi kat kawasan Bayswater ni. tumpuan diorang of courselah Malaysian and Singaporean. Terjadi kat my SIL and stepmom masa diorang nak keluar the second day, nyaris-nyaris kena samun. (mujur i duduk diam-diam kat bilik masa tu)

Bogus police ni, orang biasa yang menyamar jadi polis. Diorang akan minta tunjuk id dan passport. Ibarat macam dipukau, kita serahkan je. Bermula dengan seorang lelaki minta tolong ambil gambar. then, masa nak kasi kamera tu, datang 2 orang mengaku polis. Minta tunjuk passport. katanya sindiket duit palsu berleluasa. ntah camana, diorang main ambil duit. mujur my sil macam memberontak dan diorang bertiga lari lintang pukang. the lesson is, janganlah sesuka hati tolong orang kat sini. Even, kat London ni kes jenayah lagi hebat. 

Syukur selamat dan tidak diapa-apakan. certain kes, siap kena stabbed. lagi satu, jangan suka-suka minta orang ambil gambar. so many polish and romanian kat London ni yang rata-rata terlibat dengan kes jenayah. so beware!

Berbalik dengan Vancouver Studios Bayswater, i suka gila hotel ni. internet pun lagi laju dari Hyatt. hahaha. masa i tinggal seorang diri, takdelah boring. house cat milik owner vs ada kat bawah. boleh buat main or else, lepak kat taman sambil makan epal. hahaha. overrrr kau nyah! hahahahahaha  :p



studios and apartment

check in



studio room

mini kitchen

dressing table

small wardrobe

coffee table

directory

stock for my next vacation.. thank you my sister in law

house cat... sangat jinak dan sangat besar

waiting room aka lobby

mini garden

mini garden


with my sister in law


berdekatan dengan Whiteleys, underground baywater & queenspark
dan MALAYSIAN HALL


for the rate : 


can visit this website for more details :

 p/s: zizan, kaka & etc pun stay sini masa diorang ke sini aritu..
aaallllaaaaa, rugi dah!

Kalau sebut pasal Camden je, dah terbayang kat kepala punk, skinhead dan lain-lain. Paling-paling pun, mendiang Amy Winehouse tu.

cuma, kalau nak tengok style-style begitu, silalah datang time summer, macam-macam fashion baju dan rambut ada. meriah uolsss!!

and last week, my bff whatsapp me. (yeay, nana..welcome back to instagram and fb). nana said, her friends datang sini with partner. owh okay. i pun cakap make a group la. can chit-chat and whatsoever. discuss punya discuss kami decide nak jumpa kat camden je. camden from my house takdelah jauh sangat. satu line je, iaitu northern line. hehehe.

so, kami pun jumpa kat Camden for the first time. say hello to them.. hi Alfi, hai Dee.

camden town 
camden lock village market
kat sini ada beberapa gerai yang jual makanan halal 
i want that giant Dr Martens pleaseeeee... ;p
alfie and dee
cigar shop market
buy I love london or whatsoever souvenirs in here
cheap and good bargain
even cannabis pop pun ada jual .. hahaha
or cannabis sweet? 
waffle with nutella
nice scenery
punk orange?
dee and her waffle.. happy girl with happy food
with dee
tenangnya.. makan sambil menghadap pemandangan ni
the first shop kat dunia yang jual Dr Martens
click here : British Boot Company

artis-artis yang pernah datang sini


nice to meet you guys
alfie and dee

sila datang London lagi k.
:)

American Airliner Plane