From Vancouver Studio kami berpindah ke Hyatt Regency, The Churchill. Hotel ni hotel 5 stars, terletak di belakang Next dan berdekatan dengan Oxford Street. Kira jalan kaki pun boleh. senang tapi banyak cubaan.. rasa setiap saat tu, kedai-kedai tu memanggil-manggil.. lelap mata je, dorothy perkins memanggil.. lelap mata je selfridges memanggil.. lelap mata je primark memanggil.. haih!! cobaaannnnnn.... hahahaha.
tapi, hotel ni memang best. for those yang single, bolehlah cari partner kat sini. muahahahaha. for those yang dah kawen like me, sila tutup mata ye. WAJIB! kalau tak mampu tutup mata, pergi shopping. kalau duit habis, don't blame me. blame the hotel sebab dekat dengan oxford street! hahaha.
kedai makanan halal yang terdekat kat Selfridges... food hall dia.. tapi tak banyak choice.. lagi satu depan gap.. ada jual makanan halal.. tapi mahal gila.. tak sedap pula tu.. the best thing, kalau rajin jalan kaki pergi Edgware Road.. aka arab road la kiranya.. situ melambak-lambak makanan halal. kalau rajin lagi, lepas makan, boleh tengok movie kat Odeon.. kalau rajin lagi, pergilah jogging kat Hyde Park. hahaha. kalau rajin... tetttttt... kalau malas, main je tennis. hotel ni ada private garden yang khas untuk main tennis dan santai-santai.. bestkan?
internet kat hotel ni kena bayar. tak free macam vancouver studios. hampehkan? dahla slow, mahal pula tu.. luahan hati customer yang tak puas hati. wakakaka. tapi apa-apapun, staff hotel ni sangat bagus! dari kat depan entrance, bell hop sampailah mak cik housekeeping.. superb! u can call them 24 hours and mintalah nak air ke apa ke.. memang terbaik! pantas dan friendly. i likeee. :D
tube station yang terdekat : marble arch
depan hotel ni boleh ambil bas ke london zoo/ kilburn/ abbey road (the beatles punya zebra crossing)
costa coffee terletak kat bangunan sebelah.
dalam kereta, from VC to Hyatt
luar hotel
sempat lagi uolsss :p
room service .. very good and fast!
they used Pharmacopia's product for the room toiletries
Sementara tunggu my sister in law ber-meeting di bawah, saya sempat menghabiskan masa dekat gym. lepak-lepak sambil makan free apple yang disediakan.. WHATTTT APPLE LAGI?? hahaha.
tuala disediakan dan tempat simpan barang pun ada. paling best, toilet dia guna toiletries Molton Brown. yeay.
feeling brutal pergi gym dengan legging tidur dan boot. hahaha :p
The Next Day, we had a quick breakfast before my sister in law pergi meeting.
don't worry guys. makanan diasing-asingkan. dapur juga semestinya asing juga.
ignore the eyebag! tak dapat dicontrol lagi. mohon sesiapa kenal doktor plastic
surgery, tolong bagitahu yea! hahahahahahahaha :p
and i had superb bubble bath and facial massage at my room
sementara tunggu sister in law habis meeting and tea party
DAH ! DAH !
JOM BALIK
ramai yang email tanya harga .. mostly my instagram followers.. segan pula nak cakap... tapi ni just for sharing. mana tahu anda berminat... so, bolehlah stay sini... i recommend this hotel 100% jika anda kaki shopping! go! go! go! dari membazir duit pada transport such as tube and bas yang makin lama makin mahal, why not bayar lebih pada hotel.. kurangkan pada transport, lebihkan pada hotel. tidur pun lena.. nak shopping, nak makan .. semua jalan kaki je.. free and easy. :D
per night & in GBP.. RM? kena tengok pada currency exchange