Pemergian aku ke Sydney beberapa hari lepas memangla satu jangka masa yang amat pendek. Kalau tak disusun masa dengan sebaik-baiknya, mungkin hanya 2-3 tempat je yang aku sempat pergi. Today aku nak bagi sedikit tips mengenai Sydney. Ada sesiapa yang tengah plan nak ke Sydney? Mungkin ini boleh membantu... :)
Me at Opera House
BEST KE SYDNEY?
Jawapannya ... best!! Tapi kos kat sini agak mahal berbanding tempat-tempat lain kat Australia. Makan, transport and blablabla. Mengigil-ngigil nak membayarnya! Lagi mahal dari London hokeyy!!! (Sydney termasuk antara bandar paling mahal di dunia, huh padanlah)
Sydney ni sesuai untuk pelancongan keluarga. Kat sini ada banyak zoo (Sydney Zoo, Taronga & Featherdale Wildlife Park). Selain tu ada beberapa tarikan lain seperti Madame Tussauds, Sealife, Luna Park & Etc.
Ada juga aktiviti seperti skydive, jet boat, hot air balloon, sewa heli pusing-pusing dan macam-macam lagi. Semuanya menyeronokkan!! :)
Bagi yang suka nature, jangan lupa pergi Manly Beach tengok penguin dan Blue Mountains untuk tengok pemandangan cantik. @_@
PENGINAPAN DI SYDNEY
Terdapat banyak hostel-hostel backpackers kat sini. Tapi ramai yang suggest menginap di Malaysian Hall Sydney. Murah! Selain dari tu, pilihan-pilihan pengembara seperti YHA hostel, Maze Hostel dan lain-lain lagi. Aku suggest korang stay hostel, bagi yang nak jimat. Hotel kat Sydney ni mahal gila wei. *pitam*
MAKANAN HALAL DI SYDNEY
Ada banyak restoran Halal kat Sydney, antaranya Time For Thai, Cafe Kasturi, Cafe Seulanga, Aah Sedap, Turkish Stall, Enfes Kebab, Delima, Curry at The Rock dan lain-lain lagi. Tapi harga satu makanan, perghhh .. melampau-lampau!! Nak buat camana? Aussie tak boleh bawa masuk makanan. Kalau tak, dah lama aku bawa Brahim's food. T_T
TRANSPORT DI SYDNEY
Kat Sydney ni aku banyak gerak dengan ferry. Siang-siang lagi dah beli kad Opal. Senang nak gerak pergi mana-mana. But still expensive. Ada satu kali aku teringin nak merasa naik tram kat Sydney ni. Dari Central ke Darling Harbour 7 dollar. Mak aihh!!! Dekat je pun. Selain dari ferry dan tram, korang boleh juga naik bas.
SHOPPING DI SYDNEY
First sekali, pergila Paddy's Markets. Murahnya ya ampun!! Souvenir dan macam-macam lagi. Selain dari tu, beli perfume kat Sydney pun murah!!! Ada yang siap bawa balik stock untuk jual lagi. Corelle dan Pyrex pun murah!! Eh, jangan lupa pergi World Kitchen, Birkenhead Point Mall dan lain-lain. Souvenir, corelle, perfume ... itu je lah yang murah kat Sydney. Haha.
BAJET CUTI DI SYDNEY
BAJET CUTI DI SYDNEY
Yang ni susah nak cakap. Macam aku katakan kat Sydney, semuanya mahal.
_____________________________________________
Tempat-tempat menarik di Sydney? Yang itu aku akan ceritakan kat entry akan datang.. :)