HOTEL CORUS KUALA LUMPUR
View dari bilik (nampak tak Avenue K?? dekat je kan??)
Lokasi hotel ini di Jalan Ampang dan dekat je dengan KLCC. Kalau rajin boleh jalan kaki, kalau malas naik teksi. Tapi hotel ni ada short cut ke Avenue K, so korang bolehlah lalu situ untuk ke KLCC kan? Tapi besar betul dugaan duduk sini. Memang memanggil-manggil untuk shopping. Hahahahahaha. =P
Hotel Corus Kuala Lumpur
Hotel ni memang dah lama dibina cumanya diorang ubah suai sedikit perhiasan dalaman mengikut citarasa terkini. Tapi sejujurnya, aku selesa stay kat sini cuma ......... urm! :(
Front Desk
Bab makan, korang tak perlu risau. Kat hotel ni ada 4 tempat makan seperti Dondang Sayang (buffet dinner terbaik!!), Restoran Ming Palace, Restoran Jepun Komura dan Kencana Lounge & Cellar. Tak cukup jugak?? Pergilah kedai mamak bertentangan dengan hotel ni. Hahaha.
Kafe & Bar
Restoran Ming Palace (chinese food)
Laluan ke tempat letak kereta
Selama 2 malam kat sini, sempatlah aku explore apa yang best kat hotel ni. Itupun sebenarnya tak cukup sebab terikat dengan jadual yang disediakan oleh pihak Tourism Malaysia.
Laluan ke tempat rekreasi
Danai Spa
Dalam bebanyak tempat kat hotel ni, aku TAK RECOMMEND korang untuk datang ke salun BANG BEAUTE CORUS KL ni .. Staff dia sangat kurang ajar!! Luckily ni adalah private property dan diorang hanya menyewa je kat sini.
Please don't go here..!!!
Lupakan kejap pasal Bang Beaute yang tak semegah tu .. Jalan sedikit ke hadapan korang akan nampak gym, sauna dan swimming pool. Terdapat dua kolam, satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. The best thing ia menghadap KLCC. Alaaa, aku datang time jerebulah pulak!!
Gym
Swimming Pool
Ruang Membaca
Sauna
Bilik aku berada di tingkat 9 dan jenis twin sharing. I love my room !! Sama seperti hotel kat Dubai. Buka tingkap je nampak KLCC. Haaa, kau rasa tak betapa excitednya bila masuk bilik? Haha.
Lift di Tingkat 9
Hallway
BILIK DI HOTEL CORUS KUALA LUMPUR
Entah kenapa petang tu lapar. Maybe sebab skip lunch .. (terlewat sebenarnya). So nampak epal tu, terliurlah pulak. Kahkahkah. Tapi malang tak berbau bila epal tu busuk.
Adoi ..!!
So, aku call Front Desk terus. Tak sampai beberapa minit, staff diorang hantar yang baru siap extra lagi. Siap cakap sorry and etc. Well, good service!! Sangat pantas. Tapi malang tak berbau sekali lagi bila epal yang baru tu pun busuk. Malaslah nak minta ganti yang baru. T_T
Plate baru ... Extra buah-buahan
Dah tau pros and cons? Aku suka lokasi hotel ni. Terbaik!! Kalau stay sini time new year mesti best. Mesti view cantik tambah-tambah lagi jam 12am bermulanya pertunjukan bunga api di KLCC.
Cuma aku tak puas hati dengan salun tu je. Biadap!! Berbeza sangat dengan staff-staff kat hotel ni yang friendly dan helpful. Oh ya, kat depan hotel ni ada perkhidmatan bas 2 tingkat ke Singapore. Kot-kot nak sambung perjalanan ke Kota Singa, bolehlah beli tiket dan naik dari sini. Hiks!
Time jerebu, KLCC pun kabur-kabur