Latest Posts

Showing posts with label TRAVEL BLOGGER. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL BLOGGER. Show all posts
Hotel Mutiara Johor Bahru bukanlah hotel baru di selatan tanahair, tapi mempunyai pelanggan tetap yang mahukan percutian selesa dan santai.

Masa kitorang ke Johor Bahru tempoh hari, kitorang stay kat sini. Hotel Mutiara Johor Bahru ni terletak di Jalan Dato Sulaiman dan dari sini ke Singapore dekat je kalau ikut Woodlands. Kira-kira 15 minit macam tu. 

Kalau lapar, ada je KFC yang terletak kira-kira 5 minit jalan kaki. Tapi takkan datang JB makan KFC? Kannn? Hahahaha. Itu kalau lapar sangat. Lol.

Hotel Mutiara Johor Bahru
Sekitar di Lobi

Swimming Pool Area
Free Apple di hadapan lift
Hallway
 

Bilik?? Sangat-sangat selesa. Walaupun hotel lama, tapi takdelah nampak lesu dan kusam. Cuma bilik lagi satu tu berbau sikit toilet dia. Yang lagi satu ni okay. Ikut nasiblah kot.

 

Hotel ni menyediakan perkhidmatan FREE SHUTTLE dari airport ke sini. FREE wifi, FREE parking... Banyaklah korang boleh jimat kalau stay sini. Lokasi pun strategik. 

Bebudak enjoy, kami pun enjoy. Haha
Pemandangan luar

Keseluruhannya, hotel ni okay untuk percutian keluarga. Yang mana nak pergi Singapore tu tapi taknak stay sana, nak stay somewhere in JB bolehlah consider hotel ni. Hotel ni menyediakan makanan halal dan kemudahan yang lengkap untuk korang semua. Hihihi.

Alhamdulillah. Kisah Tatie muncul lagi dalam magazine. Kali ni dalam majalah Santai Travel Magazine. Terima kasih Santai Travel Magazine.

Bermula dari September, majalah ni akan buat satu ruangan khas yang dinamakan sebagai 'Travel Blogger' di mana blogger- blogger di Malaysia ni berpeluang menulis dan muncul dalam majalah tersebut. Kira akulah yang first sekali. 

Sebelum ni pun banyak kali muncul kat majalah ni. Tapi kebanyakan menyelit masa trip je. Tapi this time, special 2 pages. Hehehe. Tengkiuuu STM.

Penat fikir nak cerita pasal apa, last sekali aku pilih Switzerland. Hihihi.

Majalah Santai Travel keluaran September

So kengkawan, jangan bimbang. Insyallah adalah rezeki korang muncul dalam majalah ni nanti. By the way, jangan lupa dapatkan keluaran September ni tau. Majalah ni boleh beli kat kedai buku seperti MPH dan lain-lain. Tak mahal murah je. Banyak tips-tips travel. Weee...

Terima kasih Santai!

Untuk lihat cerita-cerita Kisah Tatie featured in Media, klik sini :


Tetiba aku nak update pengalaman aku naik Malaysia Airlines. As you all know, laki aku kerja dengan company ni as a pilot. So banyak kali jugalah aku naik tapi tak pernah rasa nak up entry pasal kapal ni. Hahaha.

MALAYSIA AIRLINES

Kali pertama naik Malaysia Airlines masa kecil-kecil which is aku dah lupa pergi mana. Maklumlah belum akil baligh lagi masa tu. Huahuahua. Tapi compare dulu dan sekarang, best lagi dulu. Meriah! Kapal pun ada pelbagai jenis dan favourite aku masa tu adalah Boeing 747 yang besar gedabak tu.

MALAYSIA AIRLINES
Malaysia Airlines Economy Class
MALAYSIA AIRLINES

Actually masa aku update ni, aku tengah cuak juga. Lagi beberapa hari dapat tahu siapa kena buang, siapa kekal dalam company ni. Nervous weh dengan nasib kami. Pergi hari Jumaat, balik hari Ahad. Nak pula waktu tu staff MAS tengah susah hati tunggu nasib. Aku tahu. Tengok riak muka diorang pun, aku dapat rasakan sekali debaran tu. U can lie to everyone but not me. I feel you. Insyallah semuanya ok and be strong. 

MALAYSIA AIRLINES

Setiap kali naik MAS, mesti aku rasa bangga. Bangga bukan sebab dapat naik Malaysia Airlines tu, tapi bangga kerana melihat logo MAS. Logo yang membawa Malaysia ke luar negara. Dengan logo itu juga, orang mengenali Malaysia. National carrierlah katakan. Hiks!

MALAYSIA AIRLINES

Detik, demi detik .. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum MAS new co amek alih. Honestly, aku sedih. Sedih sebab lepas ni panggilannya bukan lagi MAS. Mungkin logo bertukar, mungkin segalanya bertukar. Hilang kenangan dengan arwah abah. Huuuu... T_T

Malaysia Airlines System (MAS), I'm gonna miss you. Lepas ni tukar nama jadi Malaysia Airlines Berhad (MAB).


Video khas perjalanan bersama Malaysia Airlines

Terima kasih followers and readers kerana sudi singgah dan baca blog Kisah Tatie. Tanpa anda siapalah saya. Mungkin tiada makna bagi blog Kisah Tatie. Bermula dengan blog 'whattatiesays.blogspot.com' pada tahun 2009 sehinggalah ke 'kisahtatie.com'. Tahun demi tahun berlalu, Alhamdulillah blog ini masih 'hidup'. Yeah!

Ini adalah antara pencapaian blog Kisah Tatie. Terima kasih Nuffnang, mainstream media dan lain-lain. Banyak lagi yang saya perlu asah, banyak lagi ilmu yang perlu saya 'cedok' dan terima kasih kepada lecturer di Fakulti Komunikasi UITM  khususnya, yang banyak membantu saya dalam mendalami ilmu penulisan, media, marketing, advertising, pr dan lain-lain. Sedikit sebanyak membantu dalam berblogging. Thank you so much! 

And also to my friends, family and Hazrul. Terima kasih.

ACHIEVEMENTS :

Belog Paling Gempak by Nuffnang
blogger pilihan Intrend 
blogger pilihan Utusan Malaysia
NN Feature Friday 23 May 2014 (Nuffnang)
Rancangan Safiyya TV9 (Travel Blogger)

Menulis Untuk Ruangan Cuti-Cuti Bajet (.COM)

 my 1st article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 2nd article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 3rd article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 4th article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 5th article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet
 my 6th article @ Utusan Malaysia Cuti-Cuti Bajet

FEATURED IN :

food review @ Kosmo!
honeymoon trip @ Pesona Pengantin
gadget @ Kosmo!
wedding ceremony @ Majalah Perempuan
Trip with YB Sekinchan @ Media Hiburan 
Travellers Magazine *chinese*
Pertandingan Masak Sesama Media @ Majalah Aroma
Sahabat Media CC1M @ Majalah Santai Travel

AS SEEN IN TELEVISION

Malaysia Hari Ini (MHI) TV3

Berita Nasional TV1

Galeri Nasional RTM TV1
American Airliner Plane