Latest Posts

Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts
Duyong Marina & Resort Terengganu ni salah satu resort mewah yang terletak di Pulau Duyong Terengganu. Dulunya dikenali sebagai Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa tapi now dah tukar nama jadi Duyong Marina & Resort Terengganu. Short and simple, senang ingat! Hehe.

Duyong Marina & Resort

Duyong Marina & Resort Terengganu ni sering menjadi tumpuan khususnya bila Monsun Cup diadakan. Maklumlah belakang ni je. Tapi aku difahamkan kini Monsun Cup dah beralih ke negeri Johor Darul Takzim.


Welcome Note .. Hehehe

Resort ni bukanlah terletak di tepi laut macam Primula. Laluan masuknya akan melalui anak sungai. Senang cerita resort ni dekat dengan Masjid Kristal dan juga airport. :)

Jenis Bilik : Serambi (Deluxe Room)

Taraaaa, excitednya tengok bilik. Tetiba rasa nak lompat-lompat atas katil. Hahaha. Inilah percutian yang ku dambakan. Sangat menenangkan. Ada sekali tu sedang ambil angin di balkoni tetiba dihiburkan dengan kehadiran burung kenyalang yang berkicauan.

 

Bilik yang sangat sangat sangat luas !!! 


Lumrahlah bila tidur dalam chalet kayu sebegini ada dua tiga nyamuk akan datang menyibuk. Tapi tak payah khuatir sebab ubat nyamuk turut disediakan kat sini. Jadi jangan bimbang pasal nyamuk. Anda bimbang, diorang lagi bimbang ... Hiks!


Toilet mana toilet? Toilet dia paling best. Banyak-banyak chalet yang aku pergi, inilah yang paling selesa dan mewah. Ada dua jenis tempat mandi. Satu berdiri dan satu bathtub. Rasa-rasa nak berendam mandilah bathtub, rasa-rasa nak quick shower, mandilah kat berdiri. Hehehe.


Serious best resort ni. Cuma kalau nak keluar dari sini macam payah sikitlah. Kena call teksi atau minta kenalan ambilkan. Tapi kalau tak silap ada bot ala-ala penambang kat belakang ni. Kalau tak silappp. Hahhaa. Oh ya dari sini ke airport RM30/fix price kalau naik teksi and sehala ye. (Masa balik hari tu aku dan Pojie naik teksi ke airport.)

Bagi yang menginap di chalet, korang tak perlu penat-penat jalan kaki untuk ke lobby. Sebab kat sini ada buggy. So takdelah penat nak jalan kaki. Hehehe.

Ambil Angin Petang .. Hehe
Laluan ke Dewa & Gym
Gym
Breakfast di Kafe Verandah

Swimming pool mana? Swimming pool tengah renovation. Isk, isk. Takde rezeki lah nak berenang ..

Apa yang ada kat Duyong Marina & Resort ??
- Free WIFI
- Sewa peralatan suka seperti basikal, volleyball & etc
- Perkhidmatan dobi
- Tempat letak kereta
- Baby care (mana tahu mak nak jalan tanpa bawa anak)
- Gym
_____________________________________

Selamat bercuti !!!

Mood cuti-cuti Malaysia masih berkobar-kobar dalam hati meskipun Tahun Melawat Malaysia 2014 telah berlalu. Sebabnya masih terdapat beberapa daerah kat Malaysia ni yang aku tak pergi lagi. Jadi, mood tu masih menebal. Tapi kan, kalau sebut pasal Malaysia, mestilah kita nak pergi ke tempat yang menarik kan? Sebelum ke tempat menarik tu mestilah cari penginapan yang okay dan selesa.

Jadi, hari ni aku suggest beberapa hotel yang boleh dikategorikan sebagai PENGINAPAN MENARIK DI MALAYSIA MENGIKUT NEGERI. Seperti yang korang tahu Malaysia ni ada 14 negeri dan semuanya mempunyai penginapan yang unik dan istimewa. Jom pergi!~

 WILAYAH PERSEKUTUAN

Wilayah Persekutuan terbahagi kepada tiga, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Antara tiga-tiga ni, aku highlight Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memandangkan ia adalah ibu negara Malaysia. Untuk Kuala Lumpur, aku suggest Villa Samadhi Kuala Lumpur. Siapa yang pernah pergi sini pasti nak pergi lagi.

Siapa sangka di tengah-tengah kesibukan ibukota ada penginapan yang romantik seperti Villa Samadhi ini? Lokasi yang menarik dan suasana yang romantik di Villa Samadhi ini seringkali menjadi perhatian mereka yang baru berkahwin untuk dijadikan sebagai port honeymoon.

Villa Samadhi
Keistimewaan : Lokasi di tengah-tengah ibu kota Malaysia
For more info bolehlah klik sini :

http://www.kisahtatie.com/
Credit to Villa Samadhi's Website

 SELANGOR
Jika lokasi Villa Samadhi terletak di tengah-tengah kota, berlainan pula dengan Firefly Park Resort yang terletak di Bukit Belimbing Kuala Selangor. Chalet kayu yang dibina sepanjang tebing sungai ini sering mendapat perhatian mereka yang ingin melihat firefly di waktu malam. Meskipun, Firefly Park Resort ini tidak semewah Villa Samadhi tetapi pengalaman menginap di sini pasti memukaukan korang dengan kehadiran kelip-kelip yang berterbangan di waktu malam. 

Firefly Park Resort
Keistimewaan : Lokasinya di tebing sungai
For more info bolehlah klik sini : 
http://www.kisahtatie.com/
Credit to Tripadvisor

PERAK

Lain pula cerita dengan The Banjaran Hotspring Retreat di Ipoh, Perak ni. Mendapat jolokan sebagai Malaysia's First Luxury Natural Hot Springs Wellness Retreat, resort yang bertaraf 5 bintang ini telah beberapa kali memenangi anugerah pelancongan. Suasana di sekelilingi resort yang berkeluasan 16 ekar ini sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa. Sesekali jom pergi sini. Tak jauh pun dari Kuala Lumpur. Bolehlah plan menghabiskan cuti hujung minggu kat sini. :)

The Banjaran Hotspring Retreat Perak
Keistimewaan : First Luxury Natural Hot Springs Wellness Retreat
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

 KEDAH

Seterusnya, kita ke Gunung Jerai pula. Entri yang lepas, aku ada cerita pasal The Regency Jerai Hill Resort. Ternyata pengalaman menginap di sini memang sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Udara yang segar, panorama yang indah dan dikala senja, korang boleh menyaksikan keindahan matahari terbenam dari atas gunung ini. Memang cantik! Berada di sini seperti berada di luar negara, dengan rekabentuk chalet yang unik dan suasananya yang sejuk. Arghhh, rindunya The Regency Jerai Hill Resort ni. Nak pergi lagi.. :(

The Regency Jerai Hill Resort
Keistimewaan : Panorama matahari terbenam dan pemandangan sawah padi di Kedah
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

PULAU PINANG

Hard Rock Hotel adalah rangkaian jenama perhotelan antarabangsa yang terkenal di dunia. Semasa pembinaan hotel Hard Rock di Penang, aku memang ternanti-nanti bilalah hotel ni nak siap sepenuhnya. Kerana kebanyakan hotel Hard Rock tidak pernah mengecewakan pelanggan-pelanggannya. Bagi mereka yang gilakan 'Hard Rock Cafe', ini ibaratkan 'Must Visit Place' untuk mereka. Tak kisahlah kalau hotel tu ada Hard Rock Cafe ataupun hanya ada Hard Rock hotel je pun.


Hard Rock Hotel Penang
Keistimewaan : Winner of Tripadvisor Excellence Award 2014 & jenama rangkaian Hard Rock
For more info bolehlah klik sini : 
.
http://www.kisahtatie.com/

PERLIS

Masih ingat entri aku yang lepas pasal Homestay Kampung Ujung Bukit Perlis?? Kampung Ujung Bukit Perlis ini masih menjadi destinasi pilihan bila ke negeri Perlis. Dengan panorama sawah padi yang kehijauan dan bukit bukau sekelilingnya, korang pasti rindu dengan tempat ni bila dah pulang ke rumah. Bagi siapa yang nak privasi, kat Kampung Ujung Bukit ni juga ada chalet-chalet menarik yang boleh korang sewa.

Homestay Kampung Ujung Bukit
Keistimewaan : Hamparan sawah padi di tengah-tengah kawasan chalet/homestay
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

KELANTAN

Tok Aman Bali Resort adalah antara resort yang terkenal di negeri Kelantan. Lokasinya yang terletak jauh 50 kilometer dari bandar Kota Bharu. Tok Aman Bali Resort ni mempunyai pantai yang indah dan bersih. Bagi yang tertanya-tanya, Tok Aman Bali ni kat mana, jawapannya adalah di Pasir Puteh Kelantan.

Tok Aman Bali Resort
Keistimewaan : Antara pantai yang cantik dan bersih di Kelantan
For more info bolehlah klik sini : 


TERENGGANU

"Kajang Pak Malau, kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang pak malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu". Kekdahnya bila berada di tempat penginapan seterusnya ini korang akan rasa seolah-olah seperti zaman dulu kala. Lokasi filem Hikayat Merong Mahawangsa ini dahulunya adalah rumah klasik di negeri Terengganu yang berusia ratusan tahun, kemudian dipasang balik di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu. Uniknya, rumah-rumah di Terrapuri Heritage Village ini tidak menggunakan satu paku pun. Haa?? Camana tu?? Rujuk di entri lama : Terrapuri Kisah Tatie.

Terrapuri Heritage Village
Keistimewaan : Rumah klasik Terengganu yang berusia ratusan tahun.
For more info bolehlah klik sini : 



 PAHANG

Dulu sebelum kewujudan Time Capsule Retreat, aku sering berangan-angan, alangkah seronoknya jika kat Malaysia ni ada penginapan yang unik seperti di negara-negara luar. Konsep yang luar biasa dan lain dari chalet, hotel mahupun homestay. Kemudian, bila Time Capsule Retreat ni dibina, wahhh, wahhh, wahhh. Teruja sampai ke hari ini. Sedang merancang untuk ke sini dalam masa terdekat ni, siapa nak ikut Kisah Tatie angkat tangan!!! Hahaha.

Time Capsule Retreat
Kelebihan : Penginapan di kolong konkrit
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to : Tripadvisor

JOHOR

Pengumpul-pengumpul tegar permainan lego pasti teruja bila sampai ke Legoland Hotel Johor ini. Kerana senibina hotel ini semuanya berkonsepkan lego. Legoland Hotel Johor ini mempunyai 248 bilik dan kos pembinaannya sahaja dah menelan belanja lebih 190 juta. Apa yang pasti, Legoland ini adalah destinasi percutian keluarga yang menarik di selatan tanah air.

Legoland Hotel Johor
Kelebihan : Hotel berkonsepkan lego
For more info bolehlah klik sini :


SABAH

Berangan nak pergi Maldives tetapi mempunyai bajet yang tipis? Apa kata korang tukar plan ke Sipadan Water Village Sabah. Rekabentuk chalet Sipadan Water Village ini diinspirasikan dari senibina etnik Bajau dan dibina di atas air laut yang jernih seakan sama seperti di Maldives. Bagi kaki-kaki dive, ini ibarat resort persinggahan mereka. Rasanya kebanyakan dari kita dah tahu kawasan sini mempunyai terumbu karang yang cantik dan selalu mendapat perhatian pelancong dari luar negara.

Sipadan Water Village
Kelebihan : Resort atas air di pulau tercantik Malaysia
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to Tripadvisor

SARAWAK

Teringin nak menginap di rumah panjang yang exclusive di Sarawak?? Jom ke Hilton Batang Ai Longhouse Resort, Lubuk Antu Sarawak. Dengar lokasinya mesti meremang bulu roma but please, don't judge! Sebab lokasinya sangat wow dan bombastic. Batang Ai Longhouse Resort ni adalah dibawah kelolaan Hilton. Semua mesti tau kan jenama perhotelan Hilton. Hotel ni nampak exclusive tapi harganya masih affordable. Jomlah ke sini feeling-feeling menginap di rumah panjang sambil menyaksikan panorama indah.

Hilton Batang Ai Longhouse Resort
Kelebihan : Konsep Rumah Panjang Sarawak
For more info bolehlah klik sini : 
Credit to Borneo Adventure's Website

MELAKA

Negeri Melaka mempunyai lokasi-lokasi penginapan yang unik dan menarik. Susah sebenarnya nak pilih. Ada bustel la, Portuguese hotel la dan macam-macam lagi. Tapi aku nak highlightkan Philea Resort & Spa Melaka yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Resort yang aku boleh cakap 'masih fresh' ni mempunyai konsep yang cukup unik dan sangat selesa. Philea Resort & Spa ni bertaraf 5 bintang dan dikelilingi kawasan hutan dan udara yang segar.

Philea Resort & Spa
Kelebihan : Penginapan di Pine Log 
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to Tripadvisor

NEGERI SEMBILAN

Yang ni tak perlu aku explain sebabnya di entri minggu lepas pun aku dah cerita pasal Eagle Ranch Resort. Eagle Ranch Resort Port Dickson ni mempunyai pelbagai jenis penginapan antaranya rumah kampung, log cabins, paddock chalets, bandwagons dan tepees. 

Eagle Ranch Resort Port Dickson
Kelebihan : Kepelbagaian jenis penginapan
For more info bolehlah klik sini : 


Selamat Melancong semua!! :)
Thanks for visiting my blog.

Jika ku suka, akan ku suka selamanya. 
Jika ku benci, akan ku benci selamanya. 
Tetapi jika ku dah addicted, datang berulangkali pun ku sanggup. 

Ehhh, apa 'kehe' nya rangkap di atas dengan entri kali ini? 

Sebenar-benarnya aku ingin menunjukkan apa yang aku rasa sekarang. Bagaikan hati dah terpaut dengan aktiviti mencandat sotong. Tak pernah puas, tak pernah rasa nak balik. Nak pergi lagi please? =P

sekali tali ini dah berada di tangan, akan ku candat sampai dapat

Ku sangkakan aktiviti ini berakhir di Riyaz-Heritage Marina Resort masa Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Negeri Terengganu tempoh hari. Rupa-rupanya tidak. Kunjungan kali kedua dalam masa terdekat ke Negeri Terengganu baru-baru ini memberi peluang kat aku untuk merasai aktiviti ini sekali lagi.

Di tempat yang berbeza, di bot yang berbeza dan dari jeti yang berbeza. Pengalaman baru yang lagi happening dan lagi enjoy. Yelah, dulu sampai keluar peluh-peluh jantan nak menang hadiah, kali ni more to relax and enjoy. Kihkih.

Van disediakan oleh pihak Sutra Beach Resort

Jom Ikut Saya ...

Rombongan kali ni, kami menaiki satu bot besar yang menempatkan dua belas orang dan disponsor penuh oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Sutra Beach Resort Merang, Terengganu.



Berbalik pada aktiviti mencandat sotong. Aku tahu ada di antara korang dah serik untuk pergi mencandat. Ada yang mabuk laut, ada juga yang tak tahan panas. Macam-macam hal lah senang cerita. Tapi aku ada tips untuk korang yang mabuk laut.

TIPS-TIPS ELAKKAN DAN HILANGKAN MABUK LAUT

1 - Masa pergi ke laut, elakkan dari duduk-duduk sahaja. Jangan layang feeling lebih. Sebab kalau korang layan perasaan tu (layan ombak), lagi rasa pening. Sebaliknya cuba buat beberapa aktiviti, berborak dengan kawan ke atau macam aku, aku akan minta kebenaran pakcik bot untuk kemudikan bot tu.

2 - Bagi yang dah tahu dia ada penyakit mabuk, dinasihatkan ambil pil mabuk laut. Pil ni kecil sahaja. Masa aku pergi Festival Candat Sotong tempoh hari diorang sediakan dan kena ambil at least 30 minit sebelum mulakan aktiviti candat sotong.

3-  Bawa makanan. Kalau rasa mual, makanlah. Bawalah roti ke apa ke. Ini membantu korang hilangkan rasa nak muntah tu, sebaliknya cuba layankan apa yang korang makan tu dari layan rasa nak muntah. 

4 - Bawa asam. Ini aku belajar masa pergi Krabi tempoh hari. OTW ke Phi Phi Island, kakak bot tu bagi orang-orang yang loya ni makan asam. Katanya dapat kurangkan rasa nak muntah. 

5 - Masa mencandat, elakkan duduk satu tempat sahaja. Sebab bila bot berhenti, kat sinilah bermulanya episod mabuk. Memang tak dapat dinafikan, aku pun hampir-hampir mabuk. Tapi cuba beralih dari satu tempat ke satu tempat. Kejap berdiri, kejap duduk, kejap di belakang, kejap di hadapan. 

6 - Positifkan diri. Ada yang berpendapat, mabuk ini hanyalah psychology. Maka, sentiasa berpositif dan tanamkan dalam diri, "aku tak mabuk". Bak kata orang, lagi kau cakap mabuk, lagilah mabuk tu serang menggila. Eh? Haha.

7 - Kalau rasa pening, berhenti kejap dari mencandat. Berdiri dan berjalan sekitar bot. Exercise sedikit. Jangan biarkan pening tu melarat, kalau tak memang sampai sudah loya dan pening.

8 - Sometimes people memang tak boleh tahan dan muntah. Its okay. Lepas muntah, rasa lega sedikit kan? Then, try makan something dan elakkan dari duduk bersahaja. Try to make conversation, gelak-gelak dan chill yourself. Jangan give up untuk mencandat.


kalau mabuk, rehat sekejap ...

Sebenarnya, perkara biasa kalau pertama kali jejak laut, tak biasa dengan ombak, memang akan mabuk. Alhamdulillah, aku dapat elakkan rasa mabuk. Kadang-kadang memang pening menyerang. Lebih-lebih lagi kalau laut bergelora. Tapi itu normal. Janganlah dilayan sangat perasaan tu. Set kat minda, ini hanyalah coooobaaan! Kahkah. Gurau je. Yes, positif itu penting. Aku lawan rasa mabuk tu balik dengan bergerak dan berborak-borak. 

GPS dalam bot
Mengemudi bot lagi .. Yeay!

Dulu masa kecik-kecik pernah teringin nak jadi nelayan. Haha.

Bot kami menghala ke Pulau Bidong, Terengganu. Pulau Bidong? Kat mana  Pulau Bidong tu? Pulau Bidong ni terletak berhampiran dengan Pulau Redang. Dahulunya adalah tempat pelarian dari Vietnam sekitar tahun 1975-1979 semasa perang di Vietnam. Tetapi kini Pulau Bidong ni dijadikan sebagai stesen penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu.


Candat di waktu senja

Waktu mencandat sotong biasanya bermula pada jam 5 petang ke atas dan kalau kena pada musim, jam 7 malam sotong-sotong akan naik dan korang akan lihat sotong tu berenang-renang di tepi bot disebabkan oleh tarikan yang terdapat pada cahaya lampu kat bot. Sotong suka gila pada cahaya. Hahaha.


Gigih abang mencandat
Itu Pulau Susu Dara ... Pulau Exotic di Malaysia

Dan kunjungan kami kali ni sebenarnya kira bernasib baik je ni. Sebab musim candat dah nak habis. Kalau dapat sotong tu kira bersyukur sangat. Hehehe. Bagi sesiapa yang ingin mencandat, aku suggest datang bulan April, bulan terbaik untuk mencandat sotong sebab monsun Timur Laut mula reda dan ai laut kembali tenang. Sotong-sotong akan mencari tempat untuk bertelur.

Hey Sotong
Hasil tangkapan kami semua

Dah habis mencandat, kini tiba masa untuk pulang ke darat. Tempoh mencandat kali ini agak lama sehingga jam 12 tengah malam berbanding sebelum ini tamat jam 9 malam. Aku tak sangka kami akan berdepan dengan satu masalah apabila hendak pulang ke darat.

Masalah air surut adalah masalah utama kepada bot-bot besar. Lampu terpaksa dipadamkan. GELAP gelita! Semua bagi memudahkan mata melihat dan mencari tebing. Memang tragik tapi satu pengalaman yang manis sebenarnya. Haha. Rasa sungguh mencabar!

Beberapa orang terpaksa turun dan tolak bot disebabkan air cetek, bot tak dapat bergerak. Tambahan pula, langit diserikan dengan guruh tanda hujan dah nak turun. Omaigucci!!!

Terima kasih abang sebab tolak bot kami
muka kepenatan semua

Akhirnya, kami selamat sampai ke destinasi .. Yahooo.



Pengalaman hebat, pengalaman berbeza dan pengalaman yang mencabar. Tengok baru pergi dah rindu lagi. Sesungguhnya, kalau nak pergi mencandat, pergilah Terengganu. Setiap tempat memberikan pengalaman berbeza. Syukur tahun ni tiga tempat aku dah pergi khas untuk mencandat sotong- Pulau Kapas, Pulau Chepu dan Pulau Bidong.

Musim candat pun dah nak habis. Nampak gayanya, tahun depan sahajalah aku kembali ke laut. Terima kasih kepada semua yang memberi peluang kepada Kisah Tatie untuk merasai pengalaman mencandat sotong. Thank you so much! 

Kite jumpa lagi di tahun hadapan. Bye sotong, bye candat. Hahaha. 

American Airliner Plane