Latest Posts

Showing posts with label SWITZERLAND. Show all posts
Showing posts with label SWITZERLAND. Show all posts
Maaflah kalau korang pening. Aku tau, story lompat-lompat kejap Swiss, kejap Frankfurt, kejap KL kejap Macau. Hahaha. Padah back to back trip yang sangat memenatkan. T_T Actually masa korang baca entri ni, aku berada kat Cebu Philippines. Just a short trip dengan Ajikah. 

"Ingat lagikah Ajikah? My travel partner after Encik H. Hewhew."


Berbalik pada hotel, aku rasa dalam banyak-banyak Mercure, inilah hotel paling kecik aku pernah pergi. Hotel kat Zurich kebanyakan mahal. Aku pun naik pening masa nak cari hotel kat sini. 3 bintang tapi harganya macam 5 bintang dan sebagainya. 

Sampai-sampai je Zurich, Agoda buat hal. Sesuka hati dia cancel booking last minute aku tanpa sebab. Argh!! Terpaksalah bayar walk-in masa sampai hotel ni. Stress aku dengan Agoda ni. Taknak spoil kan mood birthday masa tu, kitorang duduk juga kat hotel ni.

Mercure Stroller Zurich

Mercure Stroller ni hotel empat bintang yang lokasinya kat Badenerstrasse. Dari sini ke Zurich Hauptbahnhof ni taklah jauh. Naik je tram kat stesen tepi tu (Albisriederplatz), then sehala je ke hbf.

Luar Hotel

Staff hotel ni sangat membantu. Especially masa kitorang tanya pasal ski lah dan sebagainya. Al-maklumlah ni trip redah dan segalanya last minute. Tak sempat nak prepare or buat research. Nasib baiklah diorang sudi layan pertanyaan kitorang. Hewhewhew.

Check-In Time
Gula-Gula

Tapi yang tak bestnya pasal hotel ni, bilik kitorang takde pemanas air. Just ada coffee maker. Kalau nak air panas, kena turun dan minta kat restoran. Jenuhlah hoi. Tapi tu tugas Encik H tiap-tiap pagi dan malam. Nak makan Brahim dan Maggi lah kan. Huahuahua.

Bukan tu je, nak air mineral pun amek kat bawah. Fuh, penat gila turun naik turun naik walaupun naik lift. Ini yang aku tak suka pasal Mercure Stroller ni. Huh!

Ruang Menunggu Di Lobi
 
Kat Sinilah Tempat Amek Air Mineral 
Restoran .. Tempat We All Minta Air Panas
Kunci Bilik
Kiwi Kasut
Hallway

Bilik kitorang kat tingkat 2 je. Betul-betul berhadapan dengan lift. Walaupun hotel ni agak sibuk dan penuh, tapi jarang dengan bunyi bising kat lift.

Dah Macam Inspector Gadget Dah Laki Aku Ni. Huahuahua.

Bilik? Bilik kitorang jenis Superior Queen Room. Macam bilik kat hotel di Osaka tu pun ada juga. Kecik gila. Rasa macam duduk kat hotel 2 bintang pun ada. Hahaha. Luckily aku dan Encik H tak gemuk mana. Haha.

Stok Makanan .. Suku Je Kitorang Makan. Hahaha
 

Internet kat bilik ni sangat laju. 5 malam kat sini so far memuaskan hati walaupun bilik kecik. Lokasi hotel ni selamat dan mudah di-access. Otw ke HBF, ada 2-3 restoran halal. But a bit pricey sikit. Paham-paham je la, Switzerland ni negara yang menitik beratkan kesihatan dan kebersihan. 

Orang restoran tu siap tunjuk certificate spot check dari Jabatan Kesihatan macam tula, berapa micro organism kat dalam makanan dan juga restoran tu. Fulamak!

Ke Bilik Air Pula ... Opss, Tak On TV ..

6 hari kat sini sebenarnya terlalu singkat. Mungkin aku patut tukar-tukar hotel ikut zon macam selalunya aku buat. Kebanyakan itinerary orang Malaysia aku tengok, diorang buat macam tu. Entah kenapa kali ni agak malas. Maybe beg banyak, masa pula terhad. Nak kejar hari dan masa sebab kitorang beli Swiss Pass. Sayanglah kalau banyak masa dihabiskan dengan check-in dan check-out.

Nak beli swiss pass, klik sini :

atau tunggulah entri special pasal ni. Hahaha.

 
Balkoni Bilik .. Segarnya Udara Sini ..
Time Malam Around 11pm
Hai, Teletubbies! Hahahaha

Dari 10 bintang, aku bagi 5 je kat hotel ni. Mahal tak padan dengan harga. T_T

Hallloooo...

Hari ni nak cerita pasal Stesen Keretapi Zurich atau dalam bahasa sana Zurich Haupthahnhof. Entah camanalah nak menyebutnya. Terbelit lidah. Hahaha.

Zurich Hauptbanhnhof (SBB CFF FFS)

Stesen keretapi ni adalah medium utama aku sepanjang berada di bumi Switzerland. Al-maklum jelah, kami kat sana kemana-mana menaiki keretapi (beli Swiss Rail Pass), so perjalanan harian bermula di sini.

Lokasi stesen keretapi dengan hotel yang kami stay idoklah jauh mana pun. Dalam 10 minit jalan kaki. Tapi azabla juga kalau nak heret luggage. Hahaha.

Okay tengok jelah kemudahan-kemudahan yang ada di stesen keretapi Zurich ni. Bagi aku stesen ni walaupun sentiasa ramai orang tetapi kebersihan kat sini diorang memang jaga sampaikan nak masuk tandas pun kena bayar. Haha.

Locker di Stesen Keretapi Zurich
Harga Nak Masuk Tandas ... CHF 2 = RM7.80
Kaunter Pertanyaan
Foodtruck pun ada

So jangan bimbanglah. Tapi kalau korang tanya aku boleh ke tidur kat bangku stesen keretapi Zurich ni sebagaimana backpackers selalu buat. Haa, yang tu aku tak reti nak jawab. Tapi aku perhatikan takde manusia yang buat macam tu kat sini. So jangan buat! Hehe.



Happy travelling~

Disebabkan trip ke Germany-Swiss baru-baru ni so called 'last minute plan', kitorang terpaksa berjimat cermat dari pelbagai sudut termasuklah kos perjalanan dari Frankfurt-Zurich-Frankfurt. Agak sakit hati juga tengok perbezaan harga bas, keretapi dan flight. Lol!

Lebih-lebih lagi time pergi tu tengah easter holiday, lagilah segalanya cekik darah. Hotel, flight, makan, shopping .. etc, etc. Perbezaan harga yang sangat ketara. Uwaaaaa...*Nangis*.

Yang masih boleh dipertimbangkan dari segi harga time tu :

Lufthansa Airlines :
200/ dua orang (return)

Keretapi :
64/seorang (sehala)

Bas :
18/seorang (sehala)

Entah kenapa low-cost Ryan Air, Easyjet dan Germanwings tak membantu sangat time tu. Pffftt!!! Harga tak masuk akal langsung.


Meinfernbus

Malas nak serabutkan kepala, kitorang beli je tiket bas Meinfernbus. Lebih-lebih lagi harga tiket bas Meinfernbus je yang murah time tu jika dibandingkan dengan lain-lain. Setakat 5-6 jam perjalanan pejam celik dah sampai. Jangan tanya kenapa tak naik Eurolines semua tu. Sebab semuanya MAHAL. Arghhhhhhhhhhhhhhh!! :(


Isk, Laki Sapelah Ni??
First Time Naik Meinfernbus. Hahaha.

Takdelah teruk sangat pun Meinfernbus ni. Ada meja kecil kat kerusi, free wifi, tv, toilet dan siap jual kopi dan snack lagi. Selesa sangat. Cuma masa balik dari Zurich, tak dapat connect to Internet. Entah nape tah. Memang mati kutu jap. Hahaha.


Menu Di Bas

Free Wifi Internet

Sepanjang perjalanan berhenti di dua perhentian. Perhentian pertama tu agak lama sikit kat Freiburg ZOB. Lebih kurang 30 minit macam tu. Sempatlah kalau korang nak berlari kejap amek gambar kat jambatan femes kat sini.

Stop Kejap di Freiburg ZOB
Jangan Lupa Print Segala Yang Perlu
Gunting dan Tampalkan Pada Luggage (Bawalah Stapler or Gam)
Take Care Luggage 

Selain ada free wifi, bas ni juga ada plug yang terletak kat bahagian atas aka tempat letak beg kat atas kepala. So, korang kenala bawa tali atau extension yang panjang sebab kebanyakan charger handphone pendek-pendek. Hahaha. Bawa sekali international plug adapter.  :)

Meja Kecil
Toilet 

Bas ni 3 kali lagi selesa dari bas kat Malaysia. Dari segi kebersihan dan kemudahan yang ada pada bas. Tak payah risau sangat. Dalam bas, tidur jela. Bangun-bangun dah sampai. Hehehe.


Nahhh, kot-kot korang nak booking. Terus ke laman web diorang :

American Airliner Plane