Latest Posts

Showing posts with label SWITZERLAND. Show all posts
Showing posts with label SWITZERLAND. Show all posts
Disebabkan trip ke Germany-Swiss baru-baru ni so called 'last minute plan', kitorang terpaksa berjimat cermat dari pelbagai sudut termasuklah kos perjalanan dari Frankfurt-Zurich-Frankfurt. Agak sakit hati juga tengok perbezaan harga bas, keretapi dan flight. Lol!

Lebih-lebih lagi time pergi tu tengah easter holiday, lagilah segalanya cekik darah. Hotel, flight, makan, shopping .. etc, etc. Perbezaan harga yang sangat ketara. Uwaaaaa...*Nangis*.

Yang masih boleh dipertimbangkan dari segi harga time tu :

Lufthansa Airlines :
200/ dua orang (return)

Keretapi :
64/seorang (sehala)

Bas :
18/seorang (sehala)

Entah kenapa low-cost Ryan Air, Easyjet dan Germanwings tak membantu sangat time tu. Pffftt!!! Harga tak masuk akal langsung.


Meinfernbus

Malas nak serabutkan kepala, kitorang beli je tiket bas Meinfernbus. Lebih-lebih lagi harga tiket bas Meinfernbus je yang murah time tu jika dibandingkan dengan lain-lain. Setakat 5-6 jam perjalanan pejam celik dah sampai. Jangan tanya kenapa tak naik Eurolines semua tu. Sebab semuanya MAHAL. Arghhhhhhhhhhhhhhh!! :(


Isk, Laki Sapelah Ni??
First Time Naik Meinfernbus. Hahaha.

Takdelah teruk sangat pun Meinfernbus ni. Ada meja kecil kat kerusi, free wifi, tv, toilet dan siap jual kopi dan snack lagi. Selesa sangat. Cuma masa balik dari Zurich, tak dapat connect to Internet. Entah nape tah. Memang mati kutu jap. Hahaha.


Menu Di Bas

Free Wifi Internet

Sepanjang perjalanan berhenti di dua perhentian. Perhentian pertama tu agak lama sikit kat Freiburg ZOB. Lebih kurang 30 minit macam tu. Sempatlah kalau korang nak berlari kejap amek gambar kat jambatan femes kat sini.

Stop Kejap di Freiburg ZOB
Jangan Lupa Print Segala Yang Perlu
Gunting dan Tampalkan Pada Luggage (Bawalah Stapler or Gam)
Take Care Luggage 

Selain ada free wifi, bas ni juga ada plug yang terletak kat bahagian atas aka tempat letak beg kat atas kepala. So, korang kenala bawa tali atau extension yang panjang sebab kebanyakan charger handphone pendek-pendek. Hahaha. Bawa sekali international plug adapter.  :)

Meja Kecil
Toilet 

Bas ni 3 kali lagi selesa dari bas kat Malaysia. Dari segi kebersihan dan kemudahan yang ada pada bas. Tak payah risau sangat. Dalam bas, tidur jela. Bangun-bangun dah sampai. Hehehe.


Nahhh, kot-kot korang nak booking. Terus ke laman web diorang :

Trip baru-baru ni memang sebak. Sesekali airmata tumpah mengalir di pipi. Tak mampu menahan diri dari terus menangis mengingatinya. Rindunya ya Allah. Siapa sangkakan, pergi holiday, bergelak ketawa, makan sama-sama .. Sekali balik, orang tersayang jatuh sakit dan beberapa minggu selepas tu meninggal dunia. Memang meninggalkan kesan mendalam betul.

Itulah yang aku alami. Kesannya sampai sekarang. Sedih dan pedih.

Last trip dengan ayahanda, aku nekad. One day aku akan datang lagi. Dengan teman hidup. I will repeat the moment meskipun feelingnya berlainan sama sekali. Alhamdulillah, wish menjadi kenyataan. Syukur!

BEFORE AND AFTER

Manhattan Hotel : Frankfurt, Germany
Pilatus Hotel : Lucerne Switzerland

(pssst, gambar kat atas ni tahun 1997, gambar terakhir dengan dia sikit je)

10 tahun lepas, sumpah aku menyesal. Kalaulah aku tahu itulah trip terakhir dengannya, akan ku habiskan kodak kamera dengan ambil gambar dia je. Aku tak sangka, dia demam dan penat kat bilik tu antara tanda-tanda dia akan pergi buat selamanya. Balik-balik dia jatuh sakit, kanser stage 4. Ingatkan demam biasa je. Sobsob.

Sempena 10 tahun pemergiannya, aku kembali ke tempat favourite dia, Switzerland. Merakam kenangan di tempat yang sama.

Abah, I miss you so much. Rindu abah. T_T

Kenangan di Zurich Semasa Trip Terakhir   December 2004 dengannya. Dalam gambar bersama mak tiri disnap oleh arwah abah.

American Airliner Plane