Latest Posts

Showing posts with label SEOUL. Show all posts
Showing posts with label SEOUL. Show all posts
Hello, assalamualaikum. Maaflah sehari dua ni blog ni terpinggir kejap. Tuan empunya blog busy melampau dengan trip. Try nak update tapi takde line internet. Kalau ada pun slow gila. T_T

Rasa-rasa banyak benda nak update. Banyak benda aku nak share dengan korang. Frankfurt tak habis lagi, Cebu tak update lagi, Langkawi tak update lagi, Korea tak habis lagi and semalam baru tambah satu Kuala Terengganu. Huwaaaaaaa...!!

Dah-dah tak yah berdrama sangat, moh kite ke Ramada Encore Dongdaemun Korea. Aha, aku tau ramai orang Malaysia suka pegi Korea. Kalau tak masakan flight Malaysia Airlines fully booked. Airasia nasib tinggal 3-4 seat saja aritu. Korang buat apa reramai kat Korea ni? Hehe.

Kalau ke Korea, mehla stay kat Ramada Encore Dongdaemun. Aku highly recommended hotel ni compare dengan hotel kedua and ketiga aku. Lokasi Ramada ni strategik. 3 minit jalan kaki ke station Sinseol-dong dan the most important thing, affordable. Murah sangat! 

Hotel Ramada Encore Seoul

Tak plan pun nak duk sini. As usual, sebelum travel aku book hotel dulu then baru mengagau cari flight. Tapi malang sungguh masa tu. Flight full untuk 2 hari berturut-turut. Nak tak nak kenalah pergi awal sebab yang lain-lain dah book. Rugi, rugi kalau tak pergi. T_T

Sehari sebelum fly, aku panik cari hotel. Akhirnya pilih Ramada Encore sebagai hotel pilihan. Sebelum ni pernah jugalah stay Ramada masa kat Mumbai dulu. Memang harga dia murah seperti 3 bintang tapi hotel bertaraf 4 bintang. Not badlah kan?

 


Dari airport ke hotel ni pun senang. Satu line je. Tak perlu tukar. Semuanya senanglah. Free wifi, bilik luas dan lain-lain lagi. Sebab tu lah aku suggest hotel ni kat korang. Memang bagus!

Harga last minute pun murah via Agoda

JENIS BILIK :
Encore Superior Double

 


By the way hotel ni masih baru lagi dan dibuka pada bulan Julai tahun lepas. Bagi yang malas nak naik subway, hotel ni menyediakan perkhidmatan free shuttle ke bandar. Haaa, khususnya warga emaslah. Tapi subway Sinseol-dong ada lift. So, takde hal lah nak angkut barang dari airport. Hiks.


Pemandangan Luar Bilik .. Halamak, hadap bangunan.. Haha.
Kafe Bawah Kat Lobby

Hotel ni berdekatan dengan Seoul Folk Flea Market dan Gyeongdong Yangnyeong Market. Just walking distance je. Kalau nak beli topap ke, apa ke, kedai macam 7e tu melambak kat sini. Jangan jadi macam aku. Tak sabar nak berinternet, terbeli traveller simpack kat airport. Mahal gila dan rugi. Sobsobsob. Kat Seoul ni, tak payah susah-susah dek oi. Beli topap wifi kat 7E, pastu cari port. Everywhere ada. Susah-susah, balik je Ramada ni. Ada free wifi. Laju pun laju! Huh.

Tempat Tunggu Bas Depan Hotel

Peminat kucing? Cat lover?
or animal lover .... argh, whateverlah!

Datang Seoul ni tak lengkap kalau tak ke Cat Cafe. Bagi aku ini adalah antara terapi stress. Tengok gelagat si manja, belai-belai, bergurau dan bagi makan memang best. I love cat!

Kalau entri sebelum ni aku story pasal Cat Cafe kat Gangnam, sekarang aku story pasal Cat Cafe di Myeongdong pula. Both under same company but suasana yang berbeza. Tapi dua-dua buat aku rasa malas gila nak balik. Nak stay lama dan nak pergi hari-hari. Oh, my .. I'm addicted! Dua hari berturut-turut pergi Cat Cafe. Hihihihi.

Nak Lempang Boleh Tak?? Geram!!

Myeongdong ni kawasan shopping. Memang sentiasa padat dikerumuni orang. Kalau nak beli mask ke atau produk kecantikan, inilah tempatnya. Tapi itu semua tak penting. Mask yang aku beli beberapa bulan lepas pun masih menimbun kat rumah. *pemalaslah katakan*.

 

Tapi aku ke sini untuk ke Cat Cafe. Huahuahua. Sama macam Gangnam, Cat Cafe sini pun kat tingkat atas. Cuma kat sini signboard dia lagi besar. Kalau tak nampak tu, tak taulah nak cakap apa. Bertentangan dengan kedai Dr Martens. Alah, tanyalah local kalau sesat pun. Haih.



Argh, naik tangga. Lift hado, tapi dia tulis untuk kurang upaya. Hahaha.

Cat Cafe Opening Time


Aku rasa Cat Cafe Myeongdong ni macam lagi luas. Tempat duduk pun banyak. Cuma kat sini takde kabinet untuk letak bag. So, diorang bagi korang plastik untuk simpan beg. Hey,wajib tau! Kalau taknak terkena air kencinglah. Hahaha.


Sphynx Cat .. Nampak Garang, Tapi Over Gedik. Asyik Nak Dukung Je

And as usual, datang Cat Cafe kenalah bayar. Bayaran termasuk 1 free minuman.

Entrance Fee for Cat Cafe Myeongdong
Adult 8000 won (rm26)
Kanak-kanak 7000 won (rm22)


Menu Air 
 

Sepanjang aku ke Cat Cafe, tak pernah pula nampak taik diorang berceceran. Aik, bagusnya! Diorang ni dah memang dilatih untuk berak di tandas diorang. Memang hygienic betul kafe ni.


Kucing di sini di label mengikut tali pada leher. Contohnya tali biru yang membawa maksud kucing tu garang. Pengunjung kena berhati-hati. Tapi kat sini cuma ada dua kucing je yang dilabel dengan tali biru. Yang lain semua manja. Hahaha.

 

Alahai, tengok yang bawah ni .. lentok habis. Mengada kau ye! Hahaha


Comel kan ekor kucing bawah ni.. 


Yang kat bawah ni pula kucing bulu kerinting. First time aku tengok. Hahaha.


CAT CAFE MYEONGDONG

Facebook


Direction To Cafe Cafe Myeongdong
Amek subway Line 4 (Biru) dan amek exit no 6
Keluar je terus ke kiri, jalan dan sampailah nampak BSX
Dari BSX, amek kanan

Susah, susah tengok je map kat atas tu. Hahaha

American Airliner Plane