Latest Posts

Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Happy 2nd Anniversary Kidzania. Sekejap sahaja, dah berusia dua tahun. Terima kasih kerana sudi jemput kita ke Majlis Ulangtahun Yang Ke-2 Kidzania. Majlis yang diadakan secara meriah dan disertai dari pelbagai usia dan kaum. Yang pasti, acara-acara yang diadakan sempena ulang tahun yang kedua Kidzania ni sangat best!!! Haishh, rugilah korang tak join.

boarding now

Ini adalah kali pertama kita jejak kaki ke sini. Nak pergi pun bukan ada anak or adik yang masih kecil.  So, bila dapat invitation, terus macam wah, tak boleh miss ni. Nak pula, dapat dua tiket masuk free. Hehehe. And, kagum sungguh bila dah melangkah masuk. WOW, macam-macam ada.

Kalau masa kecil-kecil dulu, kita terdedah dengan permainan tradisional seperti guli, batu seremban, teng-teng, galah panjang, baling selipar, congkak dan etc (paling modern pun game tetris), tapi generasi kini lebih beruntung, selain dari Sony Playstation or Ipad, diorang juga boleh merasai the real life kat dalam Kidzania. Hebat!

Dan disebabkan saya sampai on time, saya agak gelabah sedikit sampai blur sekejap masa awal-awal sampai. Nasiblah Nannie dan Nazlan bantu. Terima kasih wife Nazlan sebab tolong jaga Nina sekejap. :)

pemuzik cilik dari Beaming Strings Ensemble

Acara dimulakan dengan persembahan dari pemuzik--pemuzik cilik dari Beaming Strings Ensemble. Alahai, comel-comel je semua ni. Bak kata pojie, "gewam abam"... ehh, kakak. hahahaha. Tema sambutan ulangtahun Kidzania yang kedua kali ini adalah 'All Good Things Come in 2s'.

Dannnnnnnnnnnnnnnn, bersempena ulang tahun ini juga, Kidzania bermurah hati untuk beri pelbagai diskaun buat pelanggan-pelanggannya. Antaranya adalah 200 pelanggan pertama yang datang, dapat tiket FREE dari Kidzania dan pelanggan yang berikutnya dapat offer sebanyak 40% daripada harga biasa,  50% pembelian gambar dari Kidzania (beli 3 untuk RM30). Menarikkan? Tu kita cakap, rugi korang tak join hari tu.

Tapi malang sungguh nasib saya. Dek kerana keterujaan melampai sampai terlepas goody bag yang diedarkan khas sempena ulang tahun ni. Haish!!! Very limited okay, only 200 packs sahaja yang diedarkan. Untunglah siapa yang dapat. Sobsob.

Ramai juga VVIP yang memeriahkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua Kidzania Malaysia pada hari tu, antaranya Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Theme Attractions and Resorts,  YM Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin, Ketua Pegawai Operasi Global Kidzania Central Government, Andres Fabre, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri MOTAC, Encik Daud Mohd Arif dan ramai lagi.

CEO Kidzania S.A & C.V, Andres Fabre

8 kek - 8 huruf = KIDZANIA

YM Tunku Ali Redhauddin Muhriz yang humble

acara tiup lilin dan potong kek

Pemenang Peraduan Video Kidzania 2nd Anniversary


comel je kan?

Kemudian, para media dijamu dengan hidangan makan tengahari.


lunch

ice-cream

Habis makan, sambung main. Hehehe. 100% kat Kidzania ni adalah untuk kanak-kanak. Jadi, korang tak payahlah berangan nak jadi ahli bomba ke, juruterbang ke or chef kat sini. Hanya untuk kanak-kanak yang berusia dari 4 hingga ke 17 tahun sahaja.

Satu je saya suka Kidzania ni, dia ajar budak-budak erti berdikari. Kenapa? Sebab masa diorang masuk, Kidzania bagi cheque sebanyak 50 Kidzos. Diorang perlu tunaikan kat CIMB bank. Kat bank ni, diorang boleh buat card. Jadi kalau ada lebihan wang, diorang boleh simpan. Bila Nannie cakap anak dia ada 800 Kidzos dalam bank, saya teruja. Wah, pandai sungguh anak dia simpan duit.

Ok berbalik pada cheque 50 Kidzos tadi, selepas tunaikan, diorang bolehlah pergi kelas memasak ke, salun ke dan lain-lain dengan menggunakan wang tersebut. Akan tetapi, bila wang tu dah habis. Diorang kena bekerja. Huh, BEKERJA? Yaaa, kerja cari duit. Antara yang diorang boleh buat macam jadi tukang masak, polis, bomba, pilot, doktor, tukang salun dan lain-lain. Wah, gitu! Specialkan?

Selain tu, ni juga kira study centre dan membentuk jati diri kat dalam kanak-kanak tu. Contohnya, kecik-kecik dulu korang tak payah tipu lah. Saya tahu bila cikgu tanya nak jadi apa? Kebanyakan jawapan adalah polis, doktor, bomba. Tetapi dengan adanya Kidzania ni, diorang lebih terdedah dengan kerjaya-kerjaya tersebut secara tak langsung menanam minat dalam diri diorang.

menjadi banduan selama 2 minit. haha


2 untuk 2 tahun

Walaupun usianya masih baru (2 tahun), namun Kidzania Malaysia telah memenangi beberapa award, antaranya Best of Malaysia Awards (BOMA) pada tahun 2013 oleh Majalah Expatriate Lifestyle dan Anugerah Gangsa untuk kategori 'Best Online Driver' sempena kempen Kids for A Greener World pada tahun 2013. Hebatkan?

Sekarang, jom tengok gambar-gambar Irdhina (niece) semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun Yang Kedua Kidzania Kuala Lumpur. Ayuh.


semangat beratur dengan kawan-kawan

plus (dapat lesen memandu tau)
bomba sedang memadamkan kebakaran di hotel
make over di salun
kelas memasak di Ayam Brand Cooking School
kelas drawing di Stabilo

Haaaa, tunggu apa lagi. 
Takkan tunggu sampai ulang tahun ke-10 baru nak pergi?

JOM ke Kidzania Kuala Lumpur

Kidzania Kuala Lumpur  Address :
Curve NX, 18, 
Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara

Kidzania Facebook :

Kidzania Website :

Kidzania Email :
contact@kidzania.com.my

Kidzania Telephone Number :
1300 88 KIDZ (5439) Outside Malaysia
03 2203 9666 (Malaysia)

Kidzania Opening Time :
Mon-Fri 10.00 till 17.00
Saturday 10.00 till 15.00, 16.00-21.00
Sunday 10.00-17.00

BERITA BAIK
Sempena Matta Fair yang berlangsung pada minggu ini di PWTC, jangan lupa singgah di Hall 3, Booth 3232-3235 dan dapatkan tawaran hebat yang semestinya dari KIDZANIA Kuala Lumpur.

Meriahnya Malaysia kerana kaya dengan adat dan budaya. Meriah! Dalam satu tahun, pelbagai raya yang kita sambut. Tapi paling excited sekali mestilah raya Aidilfitri. Dah seronok berpuasa, mestilah teruja nak raya. Kan? Kan? Kannnnnn? Ke aku je yang rasa macam tu?

Tapi, hari ni bukanlah nak cerita pasal Aidilfitri. Lambat lagi tu, walaupun dah kedengaran ramai yang mula merancang nak buat pattern apa baju raya tahun ni (excitednya korang) dan beberapa hari yang lepas, aku telah dijemput oleh pihak Tourism Kuala Lumpur untuk cover event Chinese New Year Cultural Festival and Pelancaran KL Horse and Carriage Ride

Mestilah ada makan-makan dan semestinya HALAL tanpa was-was. Alhamdulillah. Kenyang perut dengan satay. hehehehe. Event yang disertai pelbagai kaum dan dimeriahkan dengan kehadiran pelancong asing ini juga turut disertai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz

Gong Xi Fa Cai 
gosip apalah budak bertiga ni

Kereta kuda ni bukanlah yang pertama kat Malaysia. Kat Pantai Batu Buruk Terengganu pun ada. Cuma, ini adalah bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta mengembalikan nostaglia 1800s. Yang menariknya, kereta kuda ni diimport khas dari dua negara iaitu Belgium (kuda) dan Istanbul (carriages).

Dengan adanya 'Merdeka Heritage Carriage Ride' ni dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung dari luar negara dan membawa mereka meneroka bangunan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka bermula dari 15 Mac ini. Berminat? Jomlah. 

Kuala Lumpur Merdeka Heritage Carriage Ride Time 
Sesi Pagi 10am till 11.30am
Sesi Petang 3 pm till 4.30pm

*1 carriage boleh membawa 4-5 orang dewasa *

inilah kereta kuda yang dimaksudkan
dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan

Antara tempat-tempat yang akan dibawa oleh kereta kuda ini adalah :
- Sepanjang Jalan Mahkamah Persekutuan
- Bangunan Sultan Abdul Samad
- Masjid Jamek
- Panggung Bandaraya
- Jalan Raja
- Gereja St Mary
- Kelab Diraja Selangor
- KL City Gallery

Harga Tiket Kereta Kuda / Price of Merdeka Heritage Carriage Ride
RM50 (seorang) / rm200 (satu kereta kuda)
* tiket boleh dibeli di KL City Gallery*

Diharapkan, berterusanlah kereta kuda ni ye. Seperti di Intramuros, Manila. Takdelah orang bersusah payah kena pergi Pantai Batu Buruk lepas ni semata-mata nak naik kereta kuda. Jom naik kereta kuda di Malaysia.

my facebook
throwback @ Intramuros, Manila

bacaan doa sebelum memulakan majlis

Selesai sudah upacara perasmian, kini makan-makan pula. Sempena KL Chinese New Year Festival, pihak Hotel Federal dan Hotel Capitol sudi menaja Yee Sang. Pergh, panjang gila meja Yee Sang ni. Tapi tak mendapat tumpuan pun. Mungkin terlampau panjang dan nampak pelik. Haha. Atau mungkin makanan lain lagi menarik. Hurm, maybe.

Yee Sang .. sumpah tak pernah makan. haha
angkat tinggi-tinggi katanya
beberapa persembahan budaya dan adat Malaysia
salah satu persembahan yang aku rasa menarik
kata-kata aluan dari menteri
dung dang dung dang by Chief Nazri dan Ku Nan
dengan blogger, Kongsi Bersama Nora (link)

Hari tu juga banyak booth-booth yang menarik dibuka khas dan tidak hanya kepada culture cina semata-mata, malah ada juga yang lain. Memang happening habis! Rugi siapa tak join kami.

Caricature
Chinese Lantern Booth
Mencanting Batik
Henna Art
Pasu Seramik dan Menganyam Beg
Menganyam Manik
Menganyam Tikar
Chinese Calligraphy
Susah wei, nasib cina ni tolong tunjuk ajar

dan banyak lagi aktiviti .. ada yang free dan ada yang berbayar.

Now, jom tengok tempat makan pula. Tempat makan ni terbahagi kepada tiga bahagian. VIP Lounge, Media dan Public. Tapi aku hentam dua tempat .. public dan media. ekekeke. burp, kenyang!

VIP LOUNGE
Untuk vvip seperti Menteri, Duta-duta dan orang kuat yang terlibat dalam acara ini. Aku memang tak termasuk dalam list vip. hahaha


MEDIA
Untuk blogger dan media. Sempena event ini juga ada beberapa blogger dari luar negara turut serta. Makanan kami ala buffet cuma tak semeriah public punyalah. Satu khemah sahaja.

Media Only

Makanan kami

Sebelah saya tu blogger dari Vietnam

PUBLIC AREA
Ini pula untuk public. Setiap seorang dapat poskad dan setiap booth yang mereka pergi dapat cop. Yang terbaik kat sini adalah teh tarik dia. Fuh, memang ter'TARIK' wa cakap sama lu. Sedap!


map
poskad
ramaikan? dan sebenarnya lagi ramai dari ni

suasana jadi hangat dan hangat

ni gambar bila dah petang.. pun masih ramai orang

Fuh, memang meriah. Memang kenyang. Memang puas hati. Tengok mat salleh makan, aku rasa puas hati sangat. At least diorang enjoy makan makanan negara ni. Sesuatu yang amat dibanggakan. Orang kita berlagak tak suka makan makanan Malaysia. Konon lidah mat salleh harus western 24jam (seperti contoh dalam drama 'Projek Memikat Suami' .. ekeke), tapi mat salleh sendiri enjoy makan makanan kita. Ha, camana tu?

berselfie dengan Ku Nan

Yang terakhir sebelum balik, adalah acara wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, iaitu tarian naga @ dragon dance. Yang hebatnya, mereka ni adalah pemenang World Championship Lion Acrobatic Dance Troupe, iaitu  Malaysia Khuan Loke Dragon and Lion Dance Association. (link)

Khuan Loke Dragon and Lion Dance Association
Contact : 016 383 4947 | khuanloke@hotmail.com

semangat tahun baru cina
dragon dance

Itu sahaja aktiviti sepanjang pelancaran Kereta Kuda dan Festival Budaya Tahun Baru Cina 2014 peringkat Kuala Lumpur. Alhamdulillah, cuaca baik ... tak berapa panas dan tak hujan.

ignore muka mengantuk saya .. hahaha
meja dah licin pun orang still datang

dan akhir sekali walaupun dah Cap Go Meh, aku tetap nak wish..
kepada readers berbangsa cina especially Ellie dan Wendy (kalau korang baca)

HAPPY BELATED CHINESE NEW YEAR

p/s : nak angpow please. haha

ok dah habis. jom balik.
American Airliner Plane