Latest Posts

Showing posts with label NEGERISEMBILAN. Show all posts
Showing posts with label NEGERISEMBILAN. Show all posts
Jika sebelum ni aku dah listkan tempat-tempat makan best di Seremban, hari ni aku nak listkan 6 TEMPAT PENGINAPAN EXOTIC DI NEGERI SEMBILAN. Alhamdulillah, post pasal makanan mendapat feedback hebat dari pembaca. Memang banyak yang belum masuk list, sebab yang itu fokus pada bandar Seremban. Insyallah soon, aku buat pasal daerah lain okay?? :)

Hari ni, kita cakap pasal penginapan pula. Ramai yang tak tahu Negeri Sembilan ni mempunyai tempat-tempat penginapan yang menarik. Mempunyai konsep lain dari yang lain. Aku tahu ada di kalangan korang yang pernah pergi kat tempat-tempat ni. Ada yang tak pernah pergi langsung. Nevermind, lepas ni packing barang, start engine kereta dan jom pergi. Yeay!

Jom kita lihat, 6 TEMPAT PENGINAPAN EXOTIC DI NEGERI SEMBILAN.

1) Eagle Ranch Resort Port Dickson

Bagi aku, Eagle Ranch Resort Port Dickson ni sangat unik dan memang lain dari resort-resort yang aku pernah pergi sebelum ni. Harga dia pun taklah mahal sangat. Korang boleh pilih nak stay kat bandwagon ke, tepee ke, log cabin ke, paddock chalet ke dan lain-lain. Up to you.  Tetiba feeling-feeling cowboy bila stay kat sini. Lebih-lebih lagi menginap kat Tepee. Hahaha. 



Tepee

2) Awan Mulan 

Awan Mulan ni boleh tahan famous di kalangan mereka yang suka percutian nature dan santai. Ada yang cakap tempat ni pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Melayu yang dilakonkan oleh artis popular tanahair. Entahlah. Banyak sangat versi. Entah betul ke entah tak. Tapi cuba bayangkan petang-petang korang bersantai di hammock sambil menghirup udara segar.. Layan~
Hammock

3) Grand Lexis Port Dickson

Tak keterlaluan kalau aku cakap ni antara resort yang famous di selatan tanah air. Sering dijadikan destinasi pilihan bagi mereka yang mahukan privasi. Rata-rata yang datang ke sini majority keluarga, pasangan berbulan madu dan lain-lain lagi. Setiap bilik di Grand Lexis mempunyai swimming pool yang tersendiri. So, bagi wanita berhijab, aku rasa ini resort terbaik untuk kalian. :)


Private Pool

4) The Shorea

The Shorea lebih kurang sama macam Awan Mulan, cuma both mempunyai kelainan yang tersendiri. Bagi aku, The Shorea ni lebih classy dan lebih cantik. The Shorea ni terletak di jalan nak ke Jelebu, 9 km dari bandar Seremban. Rata-rata yang datang ke sini sangat berpuas hati dengan tempat ni.


Lebih Indah Di Kala Senja Berlabuh

5) The Dusun

Satu lagi tempat adalah The Dusun. Actually, The Dusun, The Shorea dan Awan Mulan ni dekat-dekat je. Cuma The Dusun ni best jika korang datang masa musim buah. Kenapa namanya The Dusun kerana dahulunya ia adalah sebuah dusun durian yang kini dijadikan resort. Tapi apa yang tak best, aku dengar terdapat anjing-anjing yang berkeliaran di sini. Mungkin sesiapa pernah pergi sini boleh komen dan share pengalaman korang di ruang komen kat bawah.


Unik dan Tradisional

6) Avillion Port Dickson

Antara keenam-enam ni, the latest yang aku pergi adalah Avillion Port Dickson. Masih menjadi resort favourite aku, Avillion Port Dickson ni sangat best sebab kat sini macam-macam ada seperti Pet Farm, Cooking Class, Sauna, Kids Cabin, Art Space dan lain-lain lagi. So, takdela bosan sangat. Tambah lagi, Avispa kat Avillion Port Dickson ni selalu menang award 'The Best Spa'.  Masa aku pergi hari tu, ramai gila mat salleh. Jadi paham-pahamla, mat salleh ni kan fussy, so kalau diorang datang dan stay maknanya resort ni bestlah.Tak gittewww? Hahaha.


Kerusi Yang Menjadi Trademark Avillion

Have a nice day!! :)

APA TU TEAM BUILDING?? Yang aku faham, team building ni adalah satu team berkumpulan yang dibentuk dan mereka ni akan menyelesaikan sesuatu tugas, kesemua ahli kumpulan hendaklah bekerjasama dalam teamwork. Selalunya ia bertujuan untuk merapatkan hubungan atau ice-breaking, meningkatkan hubungan interpersonal dan interaksi sosial untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Opss, kalau silap sorry.. Hahahaha. 

Ramai yang bila sebut team building je, diorang mesti kaitkan dengan company/office. Tak semestinya ia untuk office mahupun budak-budak sekolah je, tapi sesekali bila korang free, bolehlah ajak satu family melakukan aktiviti team building ni. Best tau!! Serious...tak tipu.

Tapi kat mana nak buat aktiviti team building ni ye?? Kat Negeri Sembilan ni ada banyak lokasi untuk team building. Salah satunya di Klana Resort Seremban. Dah alang-alang bercakap pasal ni, bolehlah aku share pengalaman melakukan aktiviti team building di Klana Resort Seremban ni.

Hari tu, aku dan Encik H sempatlah meluangkan masa di sini. Oleh kerana kami pergi berdua je, mestilah tak syok. Then, ajaklah beberapa lagi member untuk join sama. Tapi still dalam small group 5 orang, tolak aku jadi 4 je. Aku tak dapat join sebab ada masalah kesihatan. So, jadi photographer je masa tu. Sobsob.

Kat Klana Resort Seremban ni ada macam-macam aktiviti team building yang boleh korang cuba. Tapi semuanya bergantung pada masa. Kalau ada masa lebih, bolehlah buat banyak aktiviti. Kalau masa suam-suam kuku macam kitorang, hanya sempat rasa beberapa aktiviti je.

Antara aktiviti-aktiviti team building di Klana Resort Seremban ni seperti Low Ropes Activities, High Ropes Activities, Rappeling, Flying Fox, Water Rafting, Treasure Hunt, Bomb Removal dan macam-macam lagi. Actually minimum person 20 orang, tapi pepandailah kawtim. Hahaha.

LOW ROPES ACTIVITIES

Yang ni aku nak sangat buat. Tapi nak buat camana, masa tu tak berapa sihat. Diorang pun skip aktiviti ni. Hek eleee, mentang-mentang yang ni senang. Isk, isk, isk. Kalau korang jenis takut pada ketinggian macam aku, bolehlah cuba aktiviti Low Ropes ni. 


RAPPELING

Yang ni pulak, aku tak berapa confident nak buat. Seriau aku tengok Encik H turun. Mana taknya, hotel ni dahla tinggi, pastu turun  guna tali je. Aku ni dahla gayat bila kat tempat tinggi. Bila tengok diorang turun, meremang je bulu roma. T_T.


ZIPLINE/FLYING FOX ACTIVITIES

Yang ni sangat mencabar. Kenapa?? Sebab korang kena daki tangga dulu untuk sampai ke atas. Tangga dia muat-muat badan korang je dan menegak ke atas. Kengkadang lenguh lengan sebab kena pegang kuat-kuat besi tu. Kalau jatuh memang takde maaf bagimu.


HIGH ROPE ACTIVITIES

High Rope Activities ni best. Tapi bagi orang lemah semangat, aku tak sarankan sangat. Sebab semua aktiviti dilakukan kat atas. Tinggi?? Memanglah tinggi. Tapi jangan pandang bawah. Kalau pandang bawah, mau menangis. Hahahaha. Antara yang susah seperti tarzan, korang kena balancekan badan dan kaki untuk sampai ke destinasi.

 

WATER RAFTING

Water rafting kat Klana Resort Seremban ni sangat unik. Sebab aktiviti ni dilakukan kat swimming pool. Memang ni first time aku tengok aktiviti sebegini dilakukan kat swimming pool sebab biasanya kat sungai je. Kan?? So, bolehlah korang try. Alaaa, bayangkan je swimming pool ni sungai. Haha. Asal boleh je. 

WATER POLO

Last sebelum balik, kitorang main water polo. Ada beberapa orang pengunjung yang tengah mandi, diorang pun join sekali. Hahaha. Meriah wei. Goal tu memang dah sedia ada kat swimming pool. Kot-kot korang datang bercuti kat Klana Resort Seremban ni, bolehlah bawa bola sendiri.


Next, aku plan nak ajak rakan-rakan yang lain untuk join serta. Sebelum kitorang datang ramai-ramai, apa kata korang datang dulu?? Cepat sebelum kengkawan aku datang. Pssst, jangan bagitau diorang tau. Datang sesenyap jeeee!! Make sure korang sampai dulu sebelum kawan aku sampai. Shusshhh!!! Nah, contact nombor di bawah dengan segera. Hehe.

Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

No Telefon
06 766 7888

Email
info@klanaresort.com.my

[ Have A Nice Day ]

Terdapat persoalan yang diajukan kat aku, "KAT MANA TEMPAT MAKAN BEST DI SEREMBAN?". Susah sebenarnya nak jawab ni. Kalau kita asyik makan benda sama, tekak pun alah bisa tegal biasa. Sebab bagi aku, kalau first time makan sesuatu makanan tu, barulah ada aura. Barulah dapat bezakan best atau tak.
Tapi kan... Tapi kannnn.. ada je tempat makan best kat Seremban ni. Kira kalau femesla juga. Manalah tahu ada di antara korang yang plan nak turun Seremban, bolehlah singgah makan kat sini. Haaa, tapi jangan lupa roger aku bila korang datang Seremban. Haha.
KAT MANA TEMPAT MAKAN BEST DAN HALAL KAT SEREMBAN?? Aku bagi 14 tempat makan yang boleh korang singgah dan melantak di Seremban... Selamat menjamu selera. :)

1) Nasi Arab Damsyik
Kiranya ni paling wajib ko try kalau bila datang Seremban. Nasi Arab Damsyik ni famous. Kalau datang malam, sentiasa penuh. Bertemakan masakan arab yang berasal dari Damsyik, haa.. memang terangkatlah bila makan kat sini. Sedap sangat nasi arab kat sini. Restoran Nasi Arab Damsyik ni terletak di Jalan Paroi-Senawang. Kalau sesat, tanya je orang. Semua orang Seremban mesti tahu restoran ni.

2) Gerai Rajab, Benteng Seremban
Kalau dah ada darah dari Bukit Tinggi Sumatera, memang tak boleh dipisahkan dengan Satay Minang ni. Merata tempat yang aku pergi kat Malaysia ni, kat Seremban ni juga yang paling sedap. Tak percaya trylah. Pak Rajab ni memang asal dari sana dan dah berniaga lama. Kini Gerai Rajab ni terletak di Benteng (tengah bandar) Seremban dan dibuka dari petang sampai malam.

3) Haji Shariff Cendol
Ini pun salah satu tempat makan yang bertahan lama di Seremban. Mempunyai pengaruhnya sendiri, Haji Shariff Cendol semakin berkembang dan mempunyai beberapa cawangan di daerah Seremban. Actually kalau korang nak tahu, ada perbezaan di antara cendol Negeri Sembilan dan cendol di negeri lain. Itupun aku baru tahu bila join trip Tourism Negeri Sembilan. Hahaha. Cendol di Negeri Sembilan ni diorang menggunakan gula enau atau gula kabung.
Selain dari Haji Shariff Cendol, ada lagi gerai-gerai cendol yang famous di Seremban seperti Cendol Kampung Jiboi dan Cendol Leman Dawi Senawang.

4) Nasi Lemak Balai Polis
Walaupun aku rasa harganya makin lama, makin tak diterima dek akal, tetapi Nasi Lemak di Gerai Senyum Senyum Selalu (berhadapan dengan Balai Polis Seremban) ni mempunyai kelebihannnya yang tersendiri. Sambal sotong, ayam, pedal dan lain-lain selalu menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung kat sini. Aku salah seorang pelanggan setia dari dulu hingga kini.
Nasi Lemak Balai Polis (nama famous) ni pun antara yang dah lama wujud di Seremban dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Pengaruh kuat wei. Mahal-mahal pun, sodap bak kata orang nogori.

5) Starfresh Agropark, Jalan Bukit Putus

Ingat tak review aku beberapa bulan lepas pasal Starfresh Agropark? Walaupun Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah ni semakin sunyi sejak adanya highway baru, tetapi bagi pelanggan setia Starfresh Agropark itu bukan penghalang untuk datang ke sini.
Tambahan pula, suasana di sini berbeza dengan tempat lain dan selain dari makan, macam-macam benda boleh buat kat Starfresh Agropark ni. Haa, nak tahu apa .. kenalah baca entry aku yang lepas. 

6) Mee Kari Railway Seremban
Boleh katakan semua yang aku suggest ni kebanyakannya dah established lama termasuklah Restoran Mee Kari Railway Seremban ni. Kenapa nama dia mee kari railway? Suatu ketika dahulu lokasinya adalah berdekatan dengan Stesen Keretapi Seremban. 
Sebuah gerai kecil kemudian berpindah ke Seremban 2. Mee Kari Railway Seremban ni tak kedekut ayam. Itulah yang menjadi tumpuan para pelanggan setianya saban hari.

7) Warung Lempeng Limet, Senawang
Teringin nak makan lempeng di waktu malam tapi malas nak masak? Tak payah susah-susah. Jom ke Warung Lempeng Limet Senawang. Kat sini macam-macam ada. Ada cekodok, lempeng dan lain-lain lagi. Haa, kalau gatal tekak craving for lempeng malam-malam tu bolehlah ke sini. 

8) Restoran Wadi Ar-Raudhah
Masakan panas, masakan panas. Tengahari kalau perut berkeroncong kelaparan, bolehlah singgah di Restoran Wadi Ar-Raudhah di Rahang. Restoran ni jadi tumpuan bila waktu tengahari sebab lauk pauk yang disajikan semuanya fresh dan pelbagai jenis lauk sampai rambang mata nak pilih. 
Cuma, harganya aku rasa agak mahal sedikit berbanding kedai lain. Well, mahal-mahal pun tetap menjadi pilihan warga Seremban. Tak percaya?? Datanglah sini waktu tengahari. FULL babe!!

 9) Restoran Nelayan Rahang
Sesekali kalau nak makan lain dari yang lain, datanglah Restoran Nelayan di Jalan Rahang. Bertentangan dengan Restoran Wadi Ar-Raudhah. Owner restoran ini adalah saudara aku. Memang dah lama restoran ni bertapak kat sini dan sering menjadi tumpuan penggemar-penggemar makanan eksotik. Kalau korang nak try daging landak, daging rusa dan lain-lain, bolehlah singgah sini. :)

10) Gerai Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi
The best popia in Seremban of courssssssseeeee, Popia Paroi. Kalau time Ramadan, beratur panjang orang nak beli popia ni sebab sedap sangat. Kuah dia, perghhhh.. Kecur airliur! Lokasinya di luar Stadium Paroi. Tak payah susah-susah, rasanya penduduk Seremban tau lokasi Gerai Popia Kuala Kangsar ni. Tanya je diorang kalau sesat. Hehehe. 

11) Satay Tulang Jelebu, Senawang
Actually, selama aku duduk di Seremban, baru tahun ni aku tahu kewujudan Satay Tulang. Sumpah tak pernah dengar sebelum ni. Entah bagaimana rasanya, entah bagaimana bentuknya.. Tapi disebabkan tercabar tengok rakan-rakan blogger lain dah sampai sini, maka aku pun menjejakkan kaki ke Satay Tulang Jelebu yang terletak di Dataran Senawang ni.
SATAY TULANG??? DIPERBUAT DARI TULANG KE?? Dok eh, nama je tulang bukan tulang pun. Tapi ia dibuat dari lebihan ayam yang terletak di celah-celah tulang. Satay Tulang ni famous di daerah Jelebu dan ianya adalah perniagaan turun temurun lebih 60 tahun.

12) Restoran Hard Wood Cafe, Seremban 2
Mungkin korang boleh pertimbangkan juga untuk makan tengahari di Restoran Hard Wood Cafe Seremban 2. I repeat Hard Wood Cafe. Bukan Hard Rock Cafe. Kuikui. Restoran ni menyajikan lauk pauk kampung yang sedap. Suasananya pun lain dari yang lain. Berdekatan dengan Aeon Seremban 2, bolehlah pergi nanti.

13) Restoran City Park Oriental 
Restoran City Park Oriental Seremban 2 ini adalah restoran favourite aku ni. Boleh katakan sebulan sekali harus makan sini. Restoran Chinese Muslim di Seremban 2 ni sentiasa padat dengan pelanggan lebih-lebih lagi public holiday. Semuanya laparkan makan sedap. Harganya pun boleh tahan. Antara yang aku suka kat sini mestilah butter prawn dia. 

14) Burger Ijan Paroi
Dari Kuala Lumpur, ia berpindah ke Seremban pada tahun 1995. Burger Ijan ni sentiasa menjadi pilihan warga Seremban yang mahukan hidangan burger yang sedap. Aku sentiasa mempunyai masalah kalau makan burger jalanan ni. Kurang sayurlah, kurang soslah, burger mentahlah. Nasiblah burger Ijan ni sempurna dari segi rupa dan rasa.
Burger Ijan ni tak kedekut sos dan tak kedekut sayur. Maka tak hairanlah perniagaannya berkembang dari sebuah gerai di tepi jalan kemudian beralih di sebuah tapak (bersebelahan dengan Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya). Pelanggan-pelanggannya bukanlah dari Seremban je, ada yang sanggup datang dari Melaka dan Kuala Lumpur semata-mata nak makan burger Ijan ni. Wow!! 
Dah tahu kan kat mana nak makan kat Seremban ni?? Tak payah pening-pening lagi. Sekiranya korang ada cadangan atau nak menambah restoran-restoran pilihan korang, nyatakan kat komen bawah. Mana tahu boleh dijadikan sebagai bahan rujukan pembaca Kisah Tatie yang ingin ke Seremban?
Majority restoran/gerai yang aku suggest ni kebanyakannya dah bertapak lama di Seremban dan mempunyai pengaruhnya tersendiri. Bak kata orang, nak tengok restoran tu berjaya atau tak, tengok usianya. Hehe.
ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN | Beberapa bulan lepas, aku cakap-cakap kosong dengan member pasal lukisan 3D. Kemain beria-ia si Maria ni nak lukisan 3D kat Negeri Sembilan. Tapi masa tu aku rasa macam mustahil. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je.. Kihkihkih... =P

Tup tup ... amek kau!!! Memang jadi kenyataan. Curlassssttt kau Maria!! Hahaha.

ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON

ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON adalah tarikan terbaru di Negeri Sembilan. Seperti yang kita tahu, 3D Art Gallery ni ibarat trending dan tengah 'hot' sekarang. Walaupun sekadar lukisan, tetapi ia mampu memberikan hasil yang gempak kepada gambar korang. Dengan syarat, korang kenalah kreatif.

Ini bukan galeri lukisan 3D pertama di Malaysia, tetapi ini adalah galeri lukisan 3D pertama di kawasan Selatan. Jadi, warga Selatan dah tak perlu nak travel jauh untuk lihat lukisan 3D. Alang-alang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN. Alah, tak jauh manalah Port Dickson dengan Seremban. 20-30 minit naik kereta. Bergantung pada cara pemanduan korang. Hiks!

Apa yang menarik kat sini terdapat 50 lukisan 3D dan dikatakan telah mengalahkan galeri-galeri 3D lain di Malaysia. Eh ye ke?? Nak tahu ye ke tidak, kenalah datang ke Alive 3D Art Gallery Port Dickson ni. 

Bayaran Masuk Alive 3D Art Gallery Port Dickson
RM15 (dewasa)
RM10 (kanak-kanak)


Masa awal pembukaan Alive 3D Art Gallery ni, diorang telah mengadakan promosi harga tiket RM10 (dewasa) dan telah berakhir beberapa hari yang lepas. Opss, sorry. Siapa suruh korang tak follow page Kisah Tatie?? Haaa, kan dah terlepas update. Apa-apapun, harga tiket Alive 3D Art Gallery ni masih affordable jika dibandingkan dengan galeri-galeri 3D yang lain. =)


Terdapat 5 tema di Alive 3D Art Gallery ni. Antaranya adalah adventure, aquarium, animation, exotic dan dart art. Tapi aku sukalah Santorini tu... Apa Santorini tu?? Eh adalah.. Pergilah tengok sendiri. :p


"You can touch, hug, interact with the art pieces, blending in with the scenery through (trick) of the eyes" - Alive 3D Art Gallery ....


Sebelum pulang, bolehlah singgah minum di Kafe Coffee Velo ni. 


______________________________________________

ALIVE 3D ART GALLERY
No38-40, Jalan DS 2/1,
Bandae Dataran Segar,
71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan

Facebook :

Nombor Telefon Alive 3D Art Gallery :
066515400

Operation Time Alive 3D Art Gallery:
Isnin - Jumaat 11am - 11pm
Sabtu - Ahad & Cuti Sekolah 10am - 11pm

American Airliner Plane