Latest Posts

Showing posts with label MALAYSIA AIRLINES. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA AIRLINES. Show all posts
Malam tadi, sumpah tak boleh tidur. Berperang dengan lipas terbang entah dari mana datang. Cis!!! Asamdol betul. Buat kacau je time tengah mamai-mamai nak tidur. Tak pasal-pasal kena tunggu bau Ridsect reda.

Ehhhh, hello kengkawan!!! 

Tu cerita malam tadi. Sampai sekarang mamai-mamai lagi. Eyebag? Jangan cakaplah. Dah nama tidur 4-5 jam je. Tapi bila tengok harga tiket yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines ni, terus mata jadi segar bugar. Alahai ... siyes ke ni?? Rasa tak percaya pun ada juga. Oh, man...!!!

MALAYSIA AIRLINES BUAT PROMOSI KE NI??? Murahnya!!

Harga Tiket Promo Malaysia Airlines .. Total RM2500

Selalunya kalau nak murah, either balik ikut Paris atau Amsterdam. Sebab airport tax Heathrow ni memang well-known mahal tahap gila. Tapi kali ni harga tiket dari Paris lagi mahal dari London. Aha, camana tu?? Cepatlah beli!!! Siyes murah.

Apa-apapun, rindunya London. Jom!!!

Nak info atau entri pasal London, bolehlah klik sini :

Jika hari tu aku dah ceritakan pengalaman naik Business Malaysia Airlines, klik sini : Business Class Seat. Hari ini aku nak bercerita mengenai tempat duduk ekonomi di Malaysia Airlines pula.

Sebenarnya banyak perbezaan di antara tempat duduk ekonomi dan tempat duduk business. Kalau ada duit lebih sedikit upgrade to First Class. Tapi tak semua flight ada tempat duduk First Class. Well, semuanya terletak pada bajet korang. Sekiranya bajet korang seperti aku, kena menabung untuk pergi travel, tempat duduk ekonomi pun dah kira beruntung. X)

I'm with you. #staystrong #flyinghigh

Untuk tempat duduk ekonomi ni, kita tak boleh expect lebih. No way boleh demand ala-ala diva. Hahaha. Seat agak sempit dan kadang-kadang akan berhadapan dengan orang yang tak faham bahasa. T_T

Such as, korang nak ke belakangkan seat, tetapi orang belakang tu tahan guna kaki dia. Tak nak bagi korang belakangkan seat korang. Masalah lain, orang di hadapan. Kemain dia kebelakangkan seat dia. Kalau boleh dia turunkan seat macam katil (seperti di business class), dah lama dia turunkan. Tak pasal-pasal korang tersepit kat dua masalah ini.

Memang kadang-kadang rasa nak bergaduh pun ada. Haha. Tapi tak boleh buat apa. Itulah nasib badan. Aku banyak kali mengalami masalah ini. Banyak sangat dugaan bila duduk di ekonomi. Privasi kurang, kengkadang orang depan berdengkur kuat, orang sebelah kentut berdentum-dentum dan lain-lain lagi. Haha.

Bukan setakat di tempat duduk ekonomi Malaysia Airlines, tetapi di syarikat airlines lain pun sama. Sobssss.. Tapi kadang-kadang bersyukurlah kalau flight yang korang naik tu tak penuh. Bolehlah minta tempat duduk di barisan seat yang kosong. KENAPA?? Yang ni nanti aku cerita kat bawah.. Zassssssssssss~

Suasana di Economy Class A380
Suasana di Economy Class B737-800

Setiap jenis flight mempunyai tempat duduk yang berbeza, makanan yang berbeza, entertainment ada yang lebih ada yang takde langsung. Bergantung pada destinasi korang nak pergi. Flight besar, adalah kelebihan dia. Flight kecil adalah kekurangannya. Tapi untuk hari ini, aku nak cerita pasal Economy Seats di Malaysia Airlines.

Seat Yang So-So

Macam aku cakap tadi, seat memang sempit. Tapi pejamkan mata sahaja. Bukan nak berkampung lelama kat flight ni pun. Paling lama pun 13 jam ke London. Tapi petua mat salleh kalau long-haul flight ni, silalah rajinkan kaki, berjalan di sekeliling kapal terbang tu. Opss, jangan lupa minum air kosong bebanyak. Hehehe.

Entertainment (TV Kecik)

Untuk entertainment, korang akan menonton di screen kecik di kerusi hadapan korang. Program Entertainment seperti di tempat duduk Business cumanya, pengisian program tu agak terhad. Eh, lagi terhad kalau jarak perjalanan pendek. Terdapat juga kapal terbang MAS B737-800 yang tiada entertainment ni. 


Makanan malam di A380 (ke London)
Minum Petang Flight B737-800 ke Bangkok

** Lain destinasi, lain makanan **

Mengenai tandas pula, korang kena pasrah. Especially bila flight penuh. Haha. Tapi jangan bimbang, cabin crew sentiasa memantau kebersihan tandas. Cuma janganlah korang ambil kesempatan mengotorkan tandas. Kesian penumpang-penumpang yang lain yang nak guna selepas itu.


Sinki

Toiletries

Agak sempit sedikit

Haaa, tadi aku ada cakap kan, 'AMBIL BARISAN SEAT KOSONG'. Kenapa ye? Ini tips untuk long-haul flight. Ke London ke, Paris ke, Amsterdam ke, mahupun Australia. Memang agak letih sebenarnya kalau 13 jam perjalanan (London), 8 jam perjalanan (Australia) atau paling kurang pun 5 jamlah, kita duduk tegak je. Rimas pun ye jugak.

Dan, beberapa tahun lepas, aku discover satu TIPS. Tu pun secara kebetulan flight tak full. Aku pula time tu skema dan hanya memerhatikan. Aku tengok, mat salleh-mat salleh ni conquer seat. Memula buat dek. Maybe diorang taknak duduk sebelah-sebelah kot.

Then, 2-3 hours later, senyap terus. Pelik, tadi riuh-rendah. Rupa-rupanya 'landing' baik punya. So, aku pun sejak dari hari tu, ikutlah jejak mereka. Hahahaha. Bagus tips. Selesa dan jimat! Tapi make surelah barisan seat tu kosong. Kengkadang kena cepat, sebab siang-siang lagi diorang dah chop.

Krooohh.. kroohhh... (pastikan tapak kaki bersih)

dan the best thing kalau naik economy, korang dapat SKYSNACK.

Biskut Mori tu favourite aku.

Skysnack ni untuk long-haul flight contohnya ke London. Yang aku tahu, kalau jarak dekat, tak dapat skysnack ni. Kira macam kalau dah lepas dinner ke, pastu lampu akan ditutup untuk tidur. Kalau lapar tengah malam, skysnack ni la jadi makanan kudapan. Faham tak? Kehkeh.

Dan bersempena HARI BERKABUNG MALAYSIA 22 OGOS BESOK, aku nak mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa MH17. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku sendiri tak dapat menerima hakikat tentang berita tentang MH17 sampai hari ini apatah lagi ahli keluarga. Sebakkan?

To Malaysia Airlines, I'm still with you. Before, Now and Forever. Be strong!

12 am - Encik H telefon.

Encik H "Tengok Awani sekarang, MH kena tembak"
Me : Tipu.. mustahil lah.. Tak percaya (aku memang susah nak percaya)

Then, aku buka Awani dan terkejut. Dua tiga kali juga menampar-nampar pipi. Betul ke? Bermimpikah? Mimpi ngeri jadi realiti? Selama ini, peristiwa ini yang paling aku takut sekali kalau naik flight. Especially bila lalu atas Afghanistan dan kawasan-kawasan sebegitu. Aku sering tanya Encik H macamana keadaan kalau pesawat kena tembak? 

Nampaknya sekarang, aku faham keadaannya. Trauma MH370 masih bersarang di hati. Walaupun aku dah acapkali naik flight, tapi sejak peristiwa MH370 hilang, aku seperti trauma. Masakan tidak, masa lalu di kawasan india, terdapat tarbulence kuat. Kecut dan mengigil.

MH17,
Aku bersimpati. Aku sedih. Aku terkedu.

Sebaik sahaja aku dapat tahu, aku seperti trauma, takut, seram, sejuk.

Ya Allah, beratnya dugaan Malaysia Airlines.
Ya Allah, tolong selamatkan Malaysia
Ya Allah, beri kekuatan pada kami 

Kenapa mesti Malaysia Airlines? Why?  Why? Why????!!
Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaa????

Mungkinkah aku terpaksa bersara dari arena blogging??
Dan mengikuti Encik H setiap kali dia bekerja? 
Mungkinkah aku terpaksa korbankan blog kesayangan?
Aku buntu.

Duit boleh cari, pasangan tidak mungkin bertukar ganti.

Ya Allah, selamatkanlah Encik H kemana sahaja dia pergi.
Aku tak sanggup kehilangannya. Sungguh!

Malaysia Airlines please be strong.
I love you so much.

Al fatihah kepada penumpang MH17

Serba sedikit mengenai MH17

Aku tidak kira, aku mahu tahu siapa dalang semua ni?
Kenapa mereka tembak MAS? 

Doa orang teraniaya selalu termakbul. Berdoalah wahai rakyat Malaysia.
Semoga persoalan mengenai MH370 dan MH17 terjawab cepat

akhir sekali,
Salam Takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17
T_T

Malaysia Airlines Business Class. Kenapa dan mengapa anda perlu bayar lebih untuk beli tiket Business. Kenapa? Ada yang cakap, tak perlu membazir, duduk economy pun okay what?! Yup, mana-mana pun okay. Ikut pilihan dan bajet anda. 

Tapi hari ni, jom kita cakap pasal Business Class Seats. Later, aku blog pasal tempat duduk Economy pula ya? Kita compare both seats. Hehehehe. Yang pasti, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.


1) Kaunter Check-In yang Efficient

Anda tidak perlu beratur panjang dan tunggu lama untuk check-in. Kaunter Check-In Malaysia Airlines untuk business class dan first class adalah berbeza dengan kaunter economy seats. Kat sini juga terdapat ruang menunggu yang boleh anda duduk. Lebih selesa dan privasi.


2) Keselesaan Tempat Duduk

Tidak mengapa bayar lebih untuk keselesaan yang berpanjangan, lebih-lebih lagi jika destinasi yang anda nak pergi tu jauh. Aku tak nafikan, memang jauh beza jika dibandingkan dengan economy. Di tempat duduk Business Class Malaysia Airlines, ia lebih lebar dan luas. Cukup selesa!

Comforter 
Luas ..

3) Cabin Crew Yang Sentiasa Lebih Prihatin

Yang ni bukan bias tau. Dah bayar lebih, layanan pun haruslah lebih. Kalau di economy semuanya terhad. Nak minta itu, nak minta ini such as kacang, aku kena fikir 2-3 kali. Takut dicop sebagai passenger yang demand. Tapi kalau duduk di Business Class, anda tak perlu takut. Mintalah sebanyak mana, diorang akan layan anda macam bos. Hikhik.


4) Makanan Chef-On-Call

Bab ni aku paling suka. Tak pernah ada rungutan terhadap makanan yang diorang serve kat Business Class seats. Untuk Chef-On-Call Malaysia Airlines, tak semua destinasi ada. Usually destinasi-destinasi jauh seperti London, europe, Australia, New Zealand, Istanbul dan Orient routes.

Paling best, ada satay kat menu tersebut. Untuk pengetahuan anda, satay Malaysia Airlines ni kerap memenangi World's Best Airlines Signature Dish by World Airlines Awards Skytrax. Haa, siapa kata Malaysia Airlines punya food tak best? Try makan satay kat sini, pasti nak lagi. *Sedapnya*

Satay by Malaysia Airlines
Satay by Malaysia Airlines

5) Toilet Yang Exclusive

Bagi sesetengah orang, toilet sering menjadi masalah especially kalau berjalan jauh. Ada yang geli nak berkongsi dengan ramai orang dan macam-macam lagi. Tapi aku bedal je, kalau dah emergency, tak kiralah toilet business ke, toilet economy ke... hentam sahajalah. Haha. Tapi itu aku, untuk orang lain, mungkin menjadi isu. Maka, jika anda di kategori penggeli, silalah bayar lebih untuk tiket business.

Malaysia Airlines Business Class Toilet
Aigner Toiletries

6) Free Toiletries

The best part kalau duduk di seat Business Class (any airlines) adalah FREE TOILETRIES. Tapi ikut seasonlah. For this time, Malaysia Airlines bagi bag TUMI dan beberapa kelengkapan lain seperti travel set Clarins dan lain-lain lagi. Jadi mudahlah korang yang travel long-haul flight. 


7) Malaysia Airlines Golden Lounge

Jika anda membeli tiket First Class atau Business Class, anda berpeluang untuk mengisi perut atau minum di  Malaysia Airlines Golden Lounge, KLIA sementara tunggu boarding. Maka, takdelah istilah buang masa or apa-apa. Actually any airlines, kalau beli First or Business Class, memang diorang akan prepare Golden Lounge untuk passengers. Memang perut akan kenyanglah kalau naik First atau Business Class seat ni.

click sini : Golden Lounge KLIA

Tapi aku survey, kebanyakan yang gemar duduk di Business Class ni adalah mat salleh. Mungkin diorang menitik beratkan keselesaan. Maybe kan? Well, ikut pada bajet kita. Ada bajet lebih bolehlah beli tiket Business, ada bajet sedikit bolehlah beli tiket economy.

Tapi aku salute kat seorang member ni. Dia sanggup saving duit untuk beli tiket business class. Katanya, untuk keselesaan dirinya ketika melancong. Tambahan lagi, dia ni kira pandai cari time tiket murah. Okayyyy jeles sangat. Terbaiklah.

Next, aku cerita pasal economy seats pula eh?! Okbai.

Sesudah Sampai Ke Destinasi

Thank you husband for the opportunity. Alhamdulillah :)
yahooooo!
i'm back!

5 days in terengganu memang buat aku jadi gemuk!
makan, makan, makan..
non stop!

kronik sungguh...
dengan satarnya
dengan nasi minyaknya..
dengan seafoodnya ..
dan lain-lain

arghhhhh.. nikmat dunia!
hahahaha

flying back to Terengganu...
me and my BFF, nana

and something special bila mereka berempat ni turut berada di sana juga! :D

linda & partner
man & partner

and malam tu kami order beberapa jenis makanan:

Ikan Tanda Bakar Sambal

Sayur Kangkung Belacan

Udang Masak Sweet Sour

Sotong Masak Sambal

Ikan Siakap Masak Stim

dan
Sotong Celup Tepung
(yang ni takde gambar)

us

nak tahu di mana? tentulah di Selly Seafood Kuala Ibai. so, kalau korang datang Kuala Terengganu, make sure singgah sini makan seafood. Restoran ni terletak berhampiran Masjid Terapung kat Kuala Ibai tu. okay? 
save it in your diary! wajib datang sini! hahaha :p

kebesokan hari pun aktiviti sama.. 
MAKAN, MAKAN dan MAKAN

sudah tentu KETAM.. hahaha.
yahoooo!!! kami pulang kali ni tepat pada bulan penuh
maka isi ketam-ketam bunga sangatlah masyuk!!!

and

pilihan kami adalah

Megi Ketam Bistro, Dungun

err... ntah! hahaha
lokan
and this one pun, ku tak makan juga.
ketam nipah
lobster
lala
sotong giant

Megi Ketam Bistro ni ada banyak cawangan! Specialty restoran ini adalah Megi Ketam, tapi anda boleh juga order hidangan-hidangan lain dan paling penting semua fresh-fresh! yummy!!!

lokan 

lala masak sweet sour

ketam masak sweet sour

lobster masak sambal

megi ketam + 2 ketam nipah

ketam masak sambal cili

arghhh nyaman! hahahaha.

ending kami malam tu.. hahaha. 

dan mereka

tak berhenti makan si faizal and man tu.. hahaha :p

selain tu, kami berdua (dengan encik asbenlah, siapa lagi !) ... tak mau ketinggalan untuk makan sotong celup tepung.. seperti routine kebiasaannya, kami akan ke Pantai Teluk Lipat, Dungun.. Sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.. sambil melantak! kesudahannya, i tak boleh tidur malam tu sebab overdose teh ais!  penangan minum 4 gelas teh ais.. tsk tsk. hahaha

Pantai Teluk Lipat, Dungun

Pulau Tenggol @ terkenal di kalangan divers .. kata mereka!



kedai yang kami suka singgah

 sotong celup tepung

udang celup tepung

ice jagung & teh ais

sesi menggedik di tepi pantai! 
OMGGGGG encik asben baca majalah FEMALE???!! *pitam*

kebesokan harinya lagi...

kami berdua terlepas flight.. mujur ada flight malam..
hahahaha

lepak @ airport

cara hilangkan stress .. haha

Jarak masa antara flight petang dan malam adalah lebih kurang 4 jam lebih.. nasib baik my parent in law tak balik lagi. So, kami spend time pusing-pusing area Kuala Terengganu...disebabkan hari Jumaat, maka banyakla kedai tutup! kalau tak boleh singgah Tok Beng untuk keropok lekor ... so, destinasi kami seterusnya adalah, Waterfront.. bersebelahan dengan Hotel Felda.

my father in law

yeayy that's me. ;p

ini namanya SATA.. my favourite. 

sepetang di Waterfront

again, that's me ;p

melantak lagi???

melantak kentanglah uolsss. hahaha

The Jetty


and taraaaaaaaaaaa...

Alhamdulillah.. ada seat available ...
suka! suka! saya suka!

ramai gila orang kat KLIA @ Domestik Arrival
sebab sampai serentak dengan rombongan haji



okay dah tamat!
pulang ke pangkuan asal
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


somebody pleaseee help meeeeeee!!!
perkara paling dibenci : unpack barang!


American Airliner Plane