Latest Posts

Showing posts with label KUCHING. Show all posts
Showing posts with label KUCHING. Show all posts
LOKASI MENARIK HILTON KUCHING | Sebenarnya entri ni dah  'mengeram' lama kat draft. Tiba-tiba masa tengah scroll tadi baru perasan. Terlepas pandanglah tu. Ya ampun, entah macamana entah. Tapi takpela. Kata orang biar terperap kat draft, jangan langsung tak buat. *Ceh, alasan*

Hotel Hilton Kuching

Hotel Hilton Kuching ni salah satu hotel favourite aku kat Kuching. Salah satu sebab kerana lokasi Hotel Hilton Kuching ni strategik. Berhadapan dengan Waterfront dan terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik kat Kuching ni seperti Jalan Carpenter, Tua Pek Kong dan lain-lain lagi.

Nak ke Bazaar hanya 5 minit jalan kaki, nak pergi makan kat tempat best-best pun dekat. Nak dipendekkan cerita, memang strategik sangat untuk orang yang malas macam aku ni. Kan?

Diorang siap bagi map

Hotel Hilton Kuching ni bertaraf 4 bintang. Tapi ada yang cakap 5 bintang. Argh, mana-mana lah. Janji hotel ni best. Staff dia pun very friendly.

Lobi Hotel

Dalam banyak-banyak bilik, aku paling suka King Riverview Suite. Dah nama suite mestilah luas. Cuma yang bestnya ia menghadap Sungai Santubong (Waterfront). Memang indahlah sangat pemandangan dari jendela especially di waktu senja.

King Riverview Suite




Jenama Peter Thimas Roth

So far, aku puas hati sepanjang menginap kat Hotel Hilton Kuching ni. Kalau korang sedang merancang percutian ke Kuching, mungkin boleh pertimbangkan untuk menginap di sini. Aku galakkan sangat! Kalau lapar, jalan kaki sahaja ke Restoran Tumis Kuching. 

Haha, semangat tak? =P

Hotel Hilton Kuching
Jalan Tunku Abdul Rahman,
P.O Box 2396,
Kuching City Center, Sarawak

No Telefon Hilton Kuching
08-2223888
Bercuti di Kuching | Oleh sebab I rasa daH berjela-jela dah cerita pasal Kuching ni, dari ver 1 sampai lah sekarang ver 6. I think, version 6 ni, gabung je lah cerita-cerita sampai hari ke sepuluh.  kalau tak, cerita pasal Kuching ni takkan habis! hehehe.

Mesti ada di antara kamu sekarang rasa macam nak pegi sini kan? Cepat-cepatlah book tiket! Kuching ni best. Tak tipu!! Makanan kat Kuching semua sangat sedap. Bakal kick tastebuds anda.

Kalau datang ke sini, cubalah merasai suasana kehidupan mereka kat sini. belajar cara life mereka, budaya mereka, percakapan mereka dan apa sahaja mengenai sarawak! and you will feel like arghhh seronoknya Kuching ni. Yes, I did it! Mereka kaya dengan budaya dan adat.

Pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak ni seperti Bidayuh, Cina, Melayu, Iban dan banyak lagi. Dan sebab tu jugalah, kat sini  terdapat variasi makanan.

Dah berhenti membebel. JOM layan gambar-gambar ni... (^_^)

Sungai Samarahan
Masa hantar Serina ke Unimas, we all sempat lagi singgah kat sini. Sungai ni banyak buaya tau dan juga banyak udang galah. Yang bestnya, siap ada feri angkut kenderaan untuk menyeberangi sungai 

 
 udang-udang ni masih hidup tau!! fresh dan besar-besar
tak dapek camni kat semenanjung dek! kalau ade pon mahal!

Taman Sahabat China-Malaysia
Taman ni dekat je dengan rumah amera. Taman ni dibuat sebagai simbolik persahabatan antara negara China dan Malaysia. Gambar kat bawah ni adalah pintu gerbang China.


Rumah Hijau Cafe
Rumah Hijau Cafe ni tak asing lagi bagi penduduk Kuching. Sangat famous tetapi makanan dia cepat habis. Siapa dulu dia la yang dapat makan. cafe ini terletak berhampiran dengan Pasar Satok.
 kat atas ni Mee Kari versi sarawak. Sangat pekat. U should try this!

Perut da kenyang, mata dah layu
katil da mula memanggil-manggil

Tibalah masa untuk I ke tempat penginapan seterusnya

Hilton Kuching
(i'm back.. hehehe)

Kali ni bilik agak masyuk, bilik yang sangat besar. Nak guling-guling sampai besok pun takpe. Hehehe. Tapi sayangnya kami berdua je. Sangat tak berbaloi!!! Hahaha.

KING RIVERVIEW SUITE  AT HILTON KUCHING


    
Peter Thomas Roth

Topspot Seafood
Malam tu sekali lagi dinner kat Topspot Seafood. Kali ni Encik H belanja. Yeay!! Kalau datang Kuching tak pekena seafood memang tak sah.

Bukit Mata Seafood
udang galah bakar cheese
udang masak nestum
sotong masak cili kering
ikan masak stim halia

Masa we all pegi tu, midin belacan dah abes.. terpaksalah tapau dari kedai lain!
MIDIN BELACAN memang terbaik!

my last day (not very last daaa...)

Hari kelima tu kira my last day at kuching. Sebab on the 6th tu, i tak pergi mana-mana lagi and my flight jam 12.45pm.. (sempat pergi Mira Kek Lapis je - amek kek lapis India yang diorder Jumaat lepas)

My last day dipenuhi dengan sesi food hunting. Biarpun merancang nak pergi pelbagai tempat seperti Matang Wildlife Centre, Wetland la dan macam-macam lagi, tapi akhirnya dengan pencarian jalan-jalan cari makan sahaja. hehehe. 

At first, I nak pergi Barong Tinuk, tetapi tutup pulak. Then, kitorang ke Seven On Seven, pun tutup. haishhh. Time-time last day ni la kau nak tutup ye? Last-last ke Bimmers Cafe je. Ketiga-tiga restaurant ni pernah masuk jalan-jalan cari makan Tv3. 
OMGGG sumpah mee jawa ni terbaik! sedap gila ok!

Then, we all jalan sekitar Muzium Kuching
Muzium Kuching berhantu?? taklah... karut je semua tu

Kat sini ada tiga muzium, Etnologi, Seni dan satu lagi I dah lupa apa. Dibelakangnya ada Aquarium yang menempatkan pelbagai jenis ikan, dan kat belakang tu ada taman. Kat taman tu ada kubur kristian dan cina. Kata Mera, kat situ juga ada makcik stall yang jual laksa sedap! 

Then, singgah kat Panggung Udara Kuching. Tempat ni very exclusive you all. Kalau nak buat pre wedding, kat sini pun boleh. It is a garden, but dibuat sebagai panggung udara. Kadang-kadang ada show kat sini. Depend!


Then singgah pula ke Planetarium Kuching or Civic Centre Kuching. Kalau nak tengok Kuching dari sudut 360 bolehlah naik menara ni. Memang nampak, cuma boring sikit. Tourist pun tak ramai ke sini. Kalau lapar, kat sini juga disediakan cafe kat tingkat satu.

Bolehlah makan feeling-feeling KL Tower. hahaha. Kat sebelah Civic Centre adalah Planetarium Kuching. Tapi masa we all pegi, tengah renovation. Tak dibuka lagi. Pameran start akhir bulan ni..  

Itu sahajalah cerita di Kuching! sangat best! SANGAT BEST. Kuching best for seafood. Best for those yang suka pada national park. Best for those yang suka history and culture.

sampai mummy tanya
"apesal da berisi ni? baru 10 hari pegi"
hahaha!!!

[END]

Hari Ke-6

Bercuti di Kuching Sarawak | Seperti yang dijanjikan.. I akan bawa anda ke satu tempat yang special.. I know, some of U ada yang pernah pergi dan ada juga yang tak pernah pergi... I?? TAK PERNAH PERGI!! hehehe...

jadi, tempat yang i nak bawa tu adalah .... jeng jeng jenggggg...


TAMAN NEGARA BAKO

entry : RM5
boat : RM100 /boat

 rujuk sini untuk bayaran masuk
ini pula harga penginapan

Pesanan kalau nak pergi sini, dengar betul2 ye adik-adik
- kasut kenalah sesuai (keadaan sini ada yg berlumpur)
- bawakla makanan (ada cafe tapi mahal)
- bawa air mineral secukupnya
- sapu lotion untuk elak agas
- sapu sunblock (panas weh!! hitam)
- x payahla nak sexy2, nanti kulit jadi gelap!
- bawa baju spare (boat dia mmg lawan arus boleh basah satu badan)
- kalau agak2 nak hujan, cepat2 balik @ anda xboleh balik terus kena stay kat sini sampai besok
- nak datang sini ikut nasib, sebab dia depend pd air pasang/surut
- jangan risau babi hutan sini xmcm kat tempat lain, diorang x kacau kita pun
- AWAS, sungai ini berbuaya!! banyak kes dah!! 

 awan yang panas-mendung di Bako
 @ jetty Sungai Bako
 tanda amaran crocodile!! 
 kampung di hadapan jetty bako
 boat kami takde atap uolss!! SANGAT PANAS!!
 cis!! mentang2 tourist, mereka dapat yg berbumbung!!
arrived!!
 antara tempat penginapan yg disediakan
 WAJIB REGISTER ye adik2 !!
 HALA TUJU ANDA???
 chalet yang disediakan
 apa ni? apa ni? inilah BABI HUTAN
 SSSS... SSSS... SNAKE!!
 bergambar sebelum masuk hutan
 destinasi kami : T. Pandan Kecil
 NYAMAN!
 keadaan air di bako! mampu mandi dengan air camni??
 tanda arah supaya tak tersesat
 dengan saudara mara.. SAUDARA KE???
 No SMOKING!!

Teluk Pandan Kecil
 bila sampai je kat sini, mulut ternganga...
"WAHHHHHHHHHHHHHHHHH !!!!"

sumpah cantik tempat ni.. kau ingat kau je boleh feeling2 ala bali?
hahaha...rasa macam nak terjun je.. 

dah penat mendaki, meredah hutan, sure lah tenaga pun makin berkurangan!
OVER TAU KAU NI NYAH!!

hahaha.. so apa lagi, suruhla si serina call abang boat
plus, i nak jugak posing2 kat depan batu yg kononnya pegi bila datang sini .. 

boat dari T.Pandan Kecil to Jeti TNB
RM10/pax
dari sini boleh nampak Gunung Santubong!
 Beberapa gambar sempat diambil, mase tunggu serina mencari tahi monyet!
kalau nak tahu, Serina ni budak master zoologi kat UNIMAS
dia juga la yang jadi tourist guide kami sepanjang kat Bako ni
 TAK PERCAYA SUNGAI NI ADA BUAYA KAN?? KAN??
baca ni cepat!!! 
 INI WAJIB SINGGAH !! hehehe..
Swee Kang Ais Kacang
 dan selepas tu kami singgah kat Pasar Minggu Satok
 serious pasar satok ni best gila.. cakap je nak ape!!
dari makanan sampai la binatang
LENGKAP!!! 
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah-dah la tu.. besok kita sambung cerita lagi k!
. bye .


American Airliner Plane