Aku sememangnya gayat dengan ketinggian. Boleh mengigil-ngigil dan ada kalanya sampai merangkak. Tapi itu bila berada di tempat tinggi seperti bangunan, zipline dan lain-lain. Kapal terbang?? Oh itu je yang aku tak gayat. Hahhaa.
Tapi bila ke Chocolate Hills Adventure Park (Chap) Bohol ni mana boleh layan perasaan gayat tu... Haishhhh, rugi!! Sebab kat sini ada bike zip. Seronok memang sangat seronok. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni.. Hahaha.
Bike Zip di Bohol
Harga Aktiiviti Bike Zip di Bohol
400 peso/pax
Memang kalau tengok, eiii takutnya. Ngerinya. Tapi percayalah, ia tak sengeri yang disangkakan. Sangat menyeronokkan kayuh basikal di udara. Aktiviti ni boleh dilakukan seorang diri atau berdua. Semestinya sangat best dan teruja sambil mengayuh sambil menikmati pemandangan Chocolate Hills.
Chocolate Hills Adventure Park Bohol
Entrance Fee : 60 peso/pax
Chocolate Hills Adventure Park Bohol ni letaknya kat Brgy, Buanos Aires, Carmen di Bohol kira-kira 1 jam 15 minit perjalanan dari bandar Tagbilaran. Tapi sepanjang perjalanan ke sini korang dapat melihat panorama cantik dan alang-alang tu boleh tengok Tarsier. Apa tu Tarsier?? Yang tu nanti aku cerita kat next entry ya?? Hihihihi.
Jom ke CHAPS Bohol
Kuya Keith & Friends?? Apa tu??
Buffet For Only Php 300
Kat Chocolate Hills Adventure Park ni havoc dengan 20 aktiviti dan paling famous haruslah bike zip. Selebihnya seperti The Snake Ladder (Tree Top RCA), The Pentagon (Tree Top RCB), Gymbaskids (Child Rope Course), Eco-hiking Trail, Camping, Chicken Feeding, Fish Feeding dan lain-lain lagi.
Jambatan Gantung
Bersih dan Jernih
And, kat sini juga ada Ladang Rama-Rama
Iskkk.. Geli
Beraninya Dia Ni
I'm A Butterfly
Salah Satu Rama-Rama Yang Sempat Aku Capture
Cendawan
Kemana Kita?
Jalan Ke Destinasi
Kat sini korang takkan sesatlah. Sebab ada banyak papan tanda dan hanya ikut je titi yang diorang sediakan. Kasut tak kotor dan sila-sila hirup udara yang fresh. Terbaiklah!
Serpentarium (Tempat Ular)
BIKE ZIP IN BOHOL, PHILIPPINES
Chocolate Hills Adventure Park ni sangat menitikberatkan keselamatan pengunjung. Sebab tu la aku berani naik bike zip. Sebelum naik basikal, korang kena menjalani ujian kesihatan dulu. Test blood pressure dan jantung. Baguskan?
Health Test
Alamak Kena Mendaki Tangga.. Penatnya!!
Flora
Bila orang tu kata kena daki 200 lebih anak tangga, memang korang rasa.. Fuh, jauhnya.. Penatnya. Tapi once dah sampai atas. Perghhh... Sesuatu yang sangat mengujakan. Pemandangan yang tidak dapat dilihat di tempat lain. Best!! Cantik!! Subhanallah.
Mak Dah Penat Nakkk... Hahaha
Chocolate Hills
Dengan Rosila
Tengok Dari Bawah, Dah Kecut .. Haha
Lepas berbasikal, bolehlah print gambar. Masa naik bike zip, korang tak dinasihatkan untuk bawa kamera?. Takut jatuh pula handphone/camera tu nanti. Tapi jangan bimbang, ada photographer yang akan capture gambar korang. Nak print gambar murah je, hanya bayar 100 peso sekeping dan kalau korang bawa memory card, bolehlah copy semua gambar yang dia ambil tu.. Murahkan? Aku print satu gambar dan lagi 6 aku copy kat memory card. Hehe.
Aku nak story sikit pasal Chocolate Hills ni. Dia sangat unik. Setahun tukar warna dua kali. Kalau time summer, dia berwarna coklat. Sangat cantik dan sebab tu dinamakan Chocolate Hills. The best month nak pergi sini adalah sekitar Mei hingga Julai.
Aktiviti lain di Chocolate Hills Adventure Park ni seperti kat bawah ni :
Sangat Mencabar!!! Memang aku suggest ke sinilah alang-alang korang ke Bohol. Best!! At least datanglah sekali seumur hidup. Camana nak ke Bohol? Semestinya dengan Airasia.
Link :
[[ TIPS PERCUTIAN KE BOHOL ]]
Waktu Operasi
8.30am hingga 5.30 am (daily)
Email :
chocolatehills_adventurepark@yahoo.com
Facebook :
No Phone Chocolate Hills (for Booking)
0932 667 7098
_______________________________________________