Latest Posts

Showing posts with label AUSTRALIA. Show all posts
Showing posts with label AUSTRALIA. Show all posts
PENGINAPAN MURAH DI TUNEHOTELS MELBOURNE | To be honest, ini adalah kali pertama aku menginap di Tunehotels. Kali pertama itu jugalah aku jatuh cinta dengan hotel ni. Mungkin bila sebut Tunehotels, pasti ingat hotel ni seperti hotel-hotel setaraf dengannya. "Seperti bajet hotel yang lain, mesti banyak kekurangan," - sebelum sampai ke Tunehotels.

Tapi bila sampai je Tunehotels Melbourne memang jauh beza dengan apa yang aku gambarkan sebelum sampai. Tunehotels Melbourne ni mempunyai sesuatu yang istimewa berbanding dengan hotel 3 bintang yang lain. Lokasinya yang sangat strategik,  staff dia yang friendly dan helpful,  biliknya yang luas dan selesa. Aku suka gila dengan Tunehotels Melbourne ni. Sumpah!

Tunehotels Melbourne

Sebut pasal harga, memang sangat-sangat berpatutan. Sesetengah hotel, memang kalau lokasinya kat tempat strategik, mesti harganya gila-gila. Tapi tidak dengan Tunehotels Melbourne. Lokasinya kat Swanston Street memang satu lokasi yang sangat memudahkan. Untuk mereka yang first time nak ke Melbourne, aku sarankan menginaplah di kawasan ini. Nak pergi mana-mana pun senang. Fyi, kat tengah-tengah Melbourne, perkhidmatan tram adalah percuma. Depan Tunehotels Melbourne ni ada stesen tram. Senang sangat.

Swanston Street
Bangunan Tunehotels Melbourne

Dari airport ke Tunehotels Melbourne, aku menaiki Skybus dan Skybus tu berhenti betul-betul di hadapan Tunehotels ni. Takdelah istilah sesat kalau travel seorang diri kan? Senang cerita, hotel ni berdekatan dengan Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT). Ala, yang ramai student dari Malaysia study kat situ tu. Hehehehe. Kalau mak bapak nak stay sini for convocation anak pun okay juga. Persekitaran yang selamat.

Kaunter Receptionist 
Lobi Hotel
Info Mengenai Melbourne dan Tunehotels
Kafe Di Tunehotels Melbourne
Kemudahan Change Room Di Lobi
(In Case Kalau Sampai Awal, Boleh Tukar Baju Dulu & Jalan-Jalan)
Lift
Ciri-Ciri Keselamatan Pengunjung

JENIS BILIK : Double Room

Katil Queen Size
Meja
Tempat Gantung Baju
Safety Box
Terlupa Bawa Towel? Sewa Towel Dengan Harga $3.30
 (free shampoo & soap)
TV
Toilet
Tempat Mandi
Pemandangan Luar Bilik

Kalau sebut pasal hotel bajet, mesti ada sesetengah orang risau dengan kemudahan yang tak mencukupi. Tapi jangan bimbang, kat Tunehotels Melbourne ni lengkap. Kemudahan kat sini sangat tiptop. Fulus ada, semua pun jalan. Hehehe.

Tapi apa kemudahan yang terdapat kat Tunehotels Melbourne ni??

 
Dekorasi di Tunehotels Melbourne

Awal-awal tadi aku dah cakap. Meskipun Tunehotels Melbourne ni bertaraf 3 bintang, tetapi ia tidak langsung seperti hotel 3 bintang yang lain. Maksud aku, hotel 3 bintang di negara mat salleh yang biasanya like urghhhh... ZzzzZZZ. Hahaha. Kat Tunehotels Melbourne ni macam-macam kemudahan ada. Dah-dah, jom tengok apa yang ada kat Tunehotels Melbourne ni.

Ruang Santai
Internet 
Laundry Area
Dryer Pun Ada Juga
Ironing Area
Hot Water Dispenser
Vending Machine
Ruang Lepak & Privasi
WIFI Internet Is Not Free (AUD10/24 jam)

Kot-kot nak cari info pasal percutian kat Melbourne ni, diorang ada sediakan tempat pamphlet. Pilih-pilih, kalau berkenan, diorang boleh tolong call kan orang tu sampai dapat dan tolong book untuk kita sekali. Pertolongan ni atas kerelaan diorang sendiri tau. Free. Hehehe.

 
Pamhplet
Pemandangan Di Waktu Malam

Bagi mereka  yang nak bercuti di Melbourne tapi bajet tipis macam aku, bolehlah menginap di Tunehotels Melbourne ni. Sesuai juga untuk mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Jangan ragu-ragu. Memang bagus hotel ni. Mengapa bayar lebih sedangkan korang boleh menginap di hotel yang sangat selesa dan mudah untuk ke mana-mana?  Pilihlah Tunehotels Melbourne.

Apa Yang Kena Bayar Di Tunehotels (Add-On Service)
Tuala 
Iron
Internet
Laundry
Iron
Aircond
Entertainment
Room Cleaning
Late Check-out
Early Check-in

For more info berkaitan add-on service, klik sini : Add-on Service Tunehotels




Tunehotels Melbourne
609, Swanston Street,
Carlton, Victoria 3053, Australia

No Telefon :

~ Happy Holiday ~

Masih ingat trip Kisah Tatie ke Sydney tahun lepas? Aku hampir-hampir terlupa dengan review hotel Rydges Sydney Central Hotel. Nasib ada yang bertanyakan tentang penginapan di Sydney. Mekacih!

Jalan-Jalan Di Sekitar Hotel

Rydges Sydney Central Hotel ni agak mahal sikit harganya tetapi lokasinya amat menyenangkan. Untuk pengetahuan korang, Rydges ni mempunyai beberapa rangkaian hotel di Australia dan New Zealand seperti Rydges Sydney Central, Rydges Capital Hill Canberra, Rydges Auckland Hotel, Rydges South Bank Brisbane dan banyak lagi. Adalah lebih kurang 20 cawangan di serata New Zealand dan Australia, serta satu di London. 

Tapi hari ni aku nak highlightkan Rydges Sydney Central Hotel yang terletak di Albion Street Sydney. Lokasi hotel ni sangat mudah untuk diaccess. Korang boleh berjalan kaki je ke Darling Harbour dan ia juga berdekatan dengan Chinatown Sydney. Dah alang-alang dekat dengan Chinatown, haruslah dekat dengan Sydney Paddy's Market. Hehehe.

Via Agoda

Menginap di sini selama dua malam adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Bagi muslim, Rydges Sydney Central Hotel ni berdekatan dengan restoran-restoran halal. Just jalan kaki je. 

Lobby Hotel
Ruang Menunggu Di Lobby
Eh, ni ikan betul tau.. Hidup!

Apa yang penting pada zaman sekarang adalah WIFI. Hotel ni mempunyai free wifi di setiap bilik. Takdelah macam sesetengah hotel. Kita bayar mahal-mahal, wifi pula tak free. Berlainan dengan Rydges Sydney Central Hotel wifi di setiap bilik free dan laju. Itu yang aku suka. Yeay!

Hallway

JENIS BILIK :DELUXE ROOM

Bilik yang luas, dekorasi bilik yang simple dan moden. Bilik aku bertentangan dengan pejabat. So, tak dapatlah lihat view menarik di hotel ni. T_T


Rydges Sydney Central was a finalist in the 2014 TAA Tourism Accommodation Austalia Awards for Excellence. Nominated for two categories: 
Sydney Superior Accommodation Hotel of the Year
Pemandangan Luar Bilik

Kalau korang ke Sydney, marilah menginap di Rydges Sydney Central Hotel ni. Dari 10 bintang, aku bagi 7 bintang kat hotel ni. Selamat melancong!
Sydney, dikategorikan sebagai 'the most expensive city in Australia'. Biarpun mahal, orang tetap nak pergi. Sebut Sydney mesti teringat Opera House kan? Hehehe. Sebenarnya banyak cara untuk berjimat di Sydney ni. Tu nanti aku cerita. Tapi apa yang penting, kenalah tahu tempat-tempat menarik di Sydney.

Kalau ke Sydney Tak Sah Kalau Tak ....

Tengok Sunset di Circullar Quay
Naik Ferry 
Pergi Hard Rock Cafe (bagi aku lah)

Tu tiga kena buat kalau ke Sydney. Selebihnya adalah 10 tempat wajib pergi kalau ke Sydney. Omputeh cakap, 'Top 10 Tourist Attractions In Sydney'. Kalau tempat yang korang nak pergi tu takde dalam list, jangan marah tau. Pergilah. Maybe boleh suggest kat aku. 


TOP 10 TOURIST ATTRACTIONS IN SYDNEY


1) Opera House

Apa gunanya ke Sydney jika tidak ke Opera House? Inilah mercu tanda Sydney.


2) Harbour Bridge

Nombor dua mercu tanda Sydney. Kalau berani dan tak gayat bolehlah cuba panjat jambatan ni 'Bridgeclimb'. Aku awal-awal dah surrender. Takut! Jambatan ni kalau malam meriah dengan lampu. 


3) Manly Beach

Best!! Seronok!! Terletak 7km dari bandar Sydney. Korang perlu naik feri dari Circullar Quay. Kat sini terkenal dengan penguin. Kalau luck, dapatlah tengok. Kalau give up, tengok je kat Sealife Sanctuary yang ada kat Manly Beach ni. Haha. Oh ya, the best thing kat sini adalah Scenic Walkaway.


4) Bondi Beach

Famouskan pantai ni. Masa touch down Sydney, inilah tempat pertama yang aku pergi. Ombak dia lagi ganas dari Manly Beach dan sebab itulah ia jadi famous dengan aktiviti surfing. 


5) Blue Mountains

To die for. Kalau korang cintakan alam sekitar, dahagakan panorama cantik, bolehla ke sini. Ada dua cara untuk ke sini, satu amek pakej dan satu lagi pergi sendiri naik train ke bandar Katoomba which is lagi jimat. Nak drive pun boleh (50 minit dari bandar Sydney).



6) Royal Botanic Garden

Berdekatan dengan Opera House, tempat ni cantik bila musim bunga. Berkeluasan 30 hektar dan korang bolehlah naik Choo Choo Express yang beroperasi setiap 30 minit untuk mengelilingi Royal Botanic Garden ni. Kat sini juga ada Goverment House yang dibuka jam 10am - 4pm, Mrs Macquarie's Chair, Cadi Jam Ora, The Wollemi Pine, The Sydney Tropical Centre dan lain-lain lagi.


7) Paddy's Market

The best place to buy Sydney Souvenirs. Memang murah! Sangat murah. Berdekatan dengan sini juga ada beberapa buah restoran halal.


8) The Rock

Tapak penempatan pertama penduduk Eropah di Australia sekitar tahun 1788. Bangunan-bangunan di sini menggunakan batu 'local sandstone' dan masih kukuh sehingga kini.


9) Sydney Tower

Bangunan tertinggi di Sydney. Di bawahnya adalah shopping mall Westfield. Diilhamkan oleh Donald Crone dengan kos pembinaan sebanyak 36 million. Aku suggest korang pergi skywalk kat atas ni. Best!


Harga Tiket Masuk Sydney Tower :


10) Darling Harbour

Kat sini ada beberapa tarikan seperti Maritime Museum, Starcity Casino, Chinese Garden, Jambatan Pyrmont dan tarikan-tarikan lain under Merlin Entertainments (syarikat sama mengendalikan Legoland dan tourist attraction di United Kingdom). Tak perlu pergi jauh, kat sini juga ada Wildlife Sydney Zoo, Madame Tussaud, Sealife dan beberapa tarikan lain. Kat sini juga letaknya Hard Rock Cafe Sydney.

Untuk pergi Whale Watching, korang perlu naik feri dari sini.  Kat sini ada satu gerai makanan halal (kebab).


American Airliner Plane