Bukan kali pertama, bukan kali kedua .. Tetapi dah banyak kali aku ke sini. Kemana kalau tidak lain dan tidak bukan Taman Negara Pahang. Seawal usia 8 tahun aku dah mula dibawa ke sini oleh arwah abah. Ketika tu pun 'famtrip' bersama ahli keluarga dan saudara mara.
Tapi masa tu budak-budak lagi. Manalah tau nikmat alam semulajadi yang diciptakan Illahi. Ngeee..
Tapi dalam banyak-banyak benda di sini, of course Walkway Canopy ni menjadi pujaan hati. Mendapat gelaran The World's Longest Canopy Walkway in the World, Taman Negara Pahang ini saban tahun menjadi tumpuan khususnya pelancong dari luar, datang dan merasai sendiri pengalaman berjalan di atas canopy walkway ini.
Bagi mereka yang takut pacat dan lintah, korang tak payah takut. Sebab all the way jalan atas platform kayu seperti gambar di atas ni. Just bring a bottle of water dan towel kecik. Oh yea, duit sekali untuk bayar tiket masuk ke canopy walkway.
So hari tu, kami dibahagi mengikut negara dan diketuai oleh seorang tour guide. Tour guide tu harus. Takutlah kang sesat di tengah hutan. Tapi aku adalah sesekali terserempak dengan mat salleh yang selamba badak jalan tanpa tour guide, lagi hebat siap pikul backpack lagi. Woahhh!!!
Tapi tour guide kami rajin. Mana pokok yang ganjil mesti dia suruh kami berhenti dan explain kelebihan pokok atau daun tersebut. Banyaklah ilmu yang aku dapat sepanjang perjalanan ni.
Tak jauh mana pun perjalanan ke canopy walkway ni. Just abaikan perasaan penat. Apa korang perlu buat, enjoy and relax. Nikmatilah pemandangan. Jangan jalan laju nanti cepat penat! Minum air sesekali bila haus. Sepanjang perjalanan ada 1 toilet je. Tu pun so-so, jadi betterlah beringat ketika minum air. Huahuahua. =P
Jalan dan jalan, akhirnya sampai juga ke point dia.
Harga Tiket Canopy Walkway Taman Negara Pahang
Untuk kanak-kanak RM3 dan untuk dewasa RM5. Tapi kalau korang dah siap-siap bayar kat agent, dah tak payah dah beli tiket. Semua dah termasuk dalam pakej.
Cuma, cuma, cuma ... kat sini ada jual air. Kalau terlupa bawa air.
Air Air .. RM2.50 each!
Semut Daging - kalau gigit sakit terasa sampai ke daging.
Dengan lafaz, bismillah kita mulakan perjalanan...
For first timer mungkin korang akan gayat ketika berjalan di canopy walkway ni. So, apa aku buat dulu ... just enjoy! Jangan pandang bawah. Beranikan diri jalan laju. Tapi macam aku, lagi orang tu slow, lagi aku suka lompat-lompat dan goyangkan.. Nasib kaulah Pojie...!! Hahaha.
Sebagai langkah keselamatan kat sini, setiap orang jaraknya dengan orang kedua adalah 10 meter. Tak boleh dekat-dekat atau pegang tangan. Kena jalan jauh-jauh.
Turun Tangga
Malangnya masa EcoFamTrip ni diorang buat sekerat jalan je. Sebabnya ada pokok dah nak tumbang, maka mereka tutup sebahagian laluan canopy walkway ni. Arghhh rugi!
Sesumpah
Info :
Panjang Canopy Walkway di Taman Negara Pahang ini adalah 530 meter panjang dan 40 meter above the ground level.
Sabtu - Khamis => 11 am sampai 2.45 pm
Jumaat => 9 am sampai 12 tengahari.
mesti terjah ni...best nampak
ReplyDelete