Ramai yang tanya, pergi Dubai tak pergi ke tempat-tempat murah macam Gold Souk, Deira, Spice Souk dan sebagainya tu? Eh mestilah pergi. Cuma aku simpan ke entry seterusnya ini. Hihi.
Hari ni kita update pasal Dubai City Tour. Kalau pergi Dubai, wajib juga pergi tempat-tempat sebegini. Especially bagi kaki shopping. Lebih-lebih lagi Dubai ni Duty FREE. Antara yang boleh korang beli kat sini seperti gadget, coklat Bateel & Patchi, abaya, emas dan rempah.
Jumeirah Fishing Harbour
First time sampai sini. Cantik dan bersih tempat ni. Kalau tak panas, bolehlah jalan-jalan di luar sambil ambil angin. Kat sini juga terdapat restoran-restoran yang mempunyai dekorasi yang sangat menarik dan unik. Haa, kalau pergi time peak, ramailah orang. Bak kata pepatah, di mana ada makanan, di situ ramai orang. Eh?!
Masjid Jumeirah
Masjid Jumeirah ini dibina pada tahun 1976 dan masih gah berdiri sampai ke hari ini. Salah satu tarikan pelancong kat Dubai, masjid ini pasti memukau siapa saja memandangnya kerana reka bentuknya yang cantik dan berseri.
Gold Souk & Old Souk
Padat dan sesak !! Dulu aku pergi keadaannya pun sama macam ni. Hari ni aku datang lagi, keadaannya masih sesak lagi. Sah, ini antara tempat favourite pelancong yang datang ke Dubai. Siapa nak kawen silalah ke Gold Souk. Beli emas dan sangat murah! Pssst, jangan lupa tawar menawar.
Memang diorang pamerkan emas-emas besar, tapi kalau nak simple pun ada. Tu kena request. Oh ya, kalau nak beli souvenir dan abaya .. Kat sinilah tempatnya!! Memang murah dan cecantik. Tapi INGAT !!! Jangan lupa minta diskaun !!!
Kalau beg tak muat, beli kat sini je. Beg murah, rambut palsu murah, emas murah, segalanya murah. Janji pandai tawar. Insyallah berbaloi. Siapa kaki business kat sini?? Hahaha.
Spice Souk
Selain dari abaya dan emas, Dubai juga terkenal dengan rempah. Cakap je rempah apa, semuanya ada kat Spice Souk. Kat sini juga tempatnya kalau korang nak beli beras Basmati. Murah wei. Selalu crew-crew kalau night stop sini mesti beli berkilo-kilo. Compare dengan harga Malaysia, kat sini lagi murah. Jangan lupa beli kurma, gajus dan pistachio sekali tau.
Dubai Water Taxi (Abra)
Then kita naik Abra. Abra ni teksi air kat Dubai dan sentiasa mendapat tempat kat hati aku. Naik banyak kali pun takpe. Entahla, rasa macam best pula. Tak rimas mana pun. Sebab korang tak perlu pakai jaket keselamatan. Tiket pun murah dan korang boleh request nak naik private atau nak jimat naik dengan strangers sekali.
Private Abra
Ni kalau naik beramai-ramai
Muzium Dubai
Nak tahu sejarah pasal Dubai, datanglah ke Muzium Dubai. Sarat dengan info dan pengisian ilmu, muzium ni antara muzium yang best aku pernah pergi. Harga tiket masuk tak mahal mana. Dalam AED 3/seorang untuk sekali masuk. Weeee...
Burj Al-Arab
Suatu ketika dulu, Burj Al-Arab ni pernah menjadi mercu tanda Dubai. Kalau tak silap aku masa first time jejak kaki ke Dubai kot. Burj Al-Arab ni sebuah hotel 7 bintang dan pernah dinobatkan sebagai hotel tertinggi di dunia. Ramai selebriti terkenal dah stay kat sini. Petang-petang bolehlah datang sini sambil berjalan di persisir pantai Jumeirah.
Dubai Marina
Salah satu port menarik dan femes untuk bergambar tak lain tak bukan di Dubai Marina. Berlatarkan perumahan mewah di Dubai, tempat ni sering dilawati kaki fotografi dari pelosok dunia. By the way, paling kiri tu adalah menara Cayen (World's Tallest Twisted Tower).
Actually ada banyak lagi tempat menarik. Korang kalau nak tour Dubai ni boleh naik teksi atau beli tiket bas Hop-On Hop-Off Dubai. Ikutlah pada keselesaan korang. Tapi jangan lupa shopping!! Especially wanita-wanita di luar sana. Hehehe.
WAHHHH BESTNYA.... boleh la kirim kacang pistachio :) salam singgah disini..
ReplyDeleteWahhh,ditaja tu bestnye...jgn lupa ole2, dpt pistachio sekilo jd le....;-)
ReplyDeleteTertarik pulak dgn twisted tower tu. Hehehe
ReplyDeletehai, bleh bg email tak..nak tanya pasal jalan2 kat dubai. Thanks!
ReplyDeletesweet_tatie88@yahoo.co.uk
Delete