Nak cerita ke tak nak .. Nak bagitau ke tak nak .. Haha.
Jom kita kembali ke Korea balik. Ada benda aku tak story lagi. Lul!
Kesahnya masa kat Korea tempoh hari, aku sempatlah pergi Jongmyo Shrine. Ini satu-satunya bangunan yang aku masuk masa kat Seoul. Itu pun lepas aku blur tatau nak pergi mana. Haha.
Nak masuk ke tak nak .. dekat 10 minit nak decide.
Then, nak dijadikan cerita, hari tu pula wajib masuk dengan tour guide (guided tour group). Tapi freelah. Termasuk sekali dalam tiket. Only weekend je boleh bebas tanpa tour guide. Tour guide pula ada dalam pelbagai bahasa dan selang 15-20 minit.
Aku dah termiss yang bahasa Inggeris. Nak tunggu lagi satu jam. Aiyooo..!!
Ishhhh, tak sangguplah. Maka, aku pun decide join je yang seterusnya tu. Nak tau bahasa apa tak? Bahasa Mandarin!!! Kahkahkah. Memang satu patah pun aku tak paham. Mujurlah ada signboard dan info. So bolehlah baca dan paham sikit-sikit.
Tapi sepanjang kat dalam ni aku senyap. Dia cakap aku angguk. Kihkih.
Pilihlah mana satu korang nak
Inilah tour guide hari tu
Jongmyo Shrine ni adalah salah satu tapak Unesco kat Seoul yang dulunya tempat sembahyang raja-raja di seluruh Dinasti Joseon. Tapi aku miss event Korean Royal Palace Culture Festival yang berlangsung setiap Ahad pertama di bulan May. Walhal masa tu kat sana lagi. T_T
Walaupun aku rasa macam sedikit persamaan (mungkin sama) dengan budaya masyarakat Cina kat China dari segi dinasti, tapi aku rasa budaya diorang ni cukup unik. Alah, takyah flashback zaman dulu. Tengok je sekarang. Memang lain dari yang lainlah.
Dari muka diorang, dari segi dialek diorang, dari segi percakapan diorang, kita boleh agak orang tu orang Korea. Hihihihi.
Cara-cara nak ke Jongmyo Shrine?
Aku ke sini dengan bas sight-seeing. Tapi kalau korang nak naik subway, ada dua cara :
Turun kat stesen Jongno-3 (sam)-ga (line 1) dan exit nombor 11. Then jalan kaki selama 10 minit dari stesen.
atau
Turun di stesen Jongno-3 (sam)-ga (line 3 dan 5) dan exit no 8. Then jalan kaki selama 10 minit dari stesen.
Harga Tiket Masuk Jongmyo Shrine :
1000 South Korean Won (RM3.40)
Tapi , tapi , tapi FREE sekiranya :
Pssst, tutup setiap hari Selasa !!! Have fun!
0 BUAH HATI KISAH TATIE:
Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)