TIPS PERCUTIAN KE MACAU

By | 4/22/2015 10:30:00 am 4 comments
Nak tips percutian ke Macau?? Naah!!!

Pergi Macau jangan lupa makan Egg Tarts
Pergi Macau jangan lupa makan Serradura
Pergi Macau jangan lupa Kisah Tatie 

Dah, dah, jangan berangan!! Pergi take note segala tips kat bawah ni
Hahahahaha .. Have fun!


DOKUMEN PERJALANAN
Tidak perlu visa untuk ke Macau
Takde cop passport. Jangan harap!! Diorang bagi kertas same like HK
Tak perlu isi arrival card ke apa ke, terus je pergi Immigration diorang

MATAWANG
Hong Kong Dollar (HK$)
Macanese Pataca
*tukar duit HK$ lagi senang. nanti nak tukar balik ringgit lagi laku*

BAHASA
Official langugage diorang adalah Kantonis. Tapi ada juga dipengaruhi dengan bahasa Portugis. Nama-nama jalan masih dikekalkan dalam bahasa Portugis.

MAKANAN HALAL
Terdapat beberapa restoran makanan halal di Macau seperti Taste of India, The Golden Peacock Macau dan lain-lain lagi. Namun, status-status halal di Macau ini disahkan oleh The Incorporated Trustees Of The Islamic Community Fund of Hong Kong.

PENGANGKUTAN
Teksi dan Bas. Akan datang, light rail.

SUHU
Beriklim subtropika lembap dan dipengaruhi dengan monsun. Perbezaan yang sangat ketara masa musim sejuk dan musim panas. Aku difahamkan kalau musim panas, suhunya boleh jadi lebih tinggi dari Malaysia (bulan Julai macam tu). Phewwww!!! Manakala bulan Januari dikatakan bulan paling sejuk. Awww~

SPECIALTY DI MACAU 
Egg Tart. Sila cuba uolsss!!! Sedap gile.

TIPS TAMBAHAN
- Kat Macau ni lebih senang berjalan. Silalah pakai kasut yang sesuai.
- Sejujurnya aku rasa selamat bila jalan kat Macau ni
- Setiap hotel mempunyai tarikan yang tersendiri
- Tarikan kat hotel itulah antara tarikan di Macau
- Hati-hati bila makan ye! Ingat-mengingatkan je
- Nak beli souvenir, kat gerai-gerai Ruins of St Paul lagi murah
- Almond cookies, egg tarts, peanut candies, redbean soft cake, phoenix rolls with seaweed antara souvenir yg korang boleh beli untuk dibawa balik. tapi tak semuanya boleh makan.


Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. Thanx for the info!

    Katakan 1 tempat jer nak pergi kat Macau, tempat mana yg u rekemen ye...

    Maybe October nanti kami ke sana dan HK

    Thanx in advance!

    ReplyDelete
  2. pergi dgn travel agent ke?berapa harga?

    ReplyDelete
  3. ARE THE PORTUGUESE EGG TARTS HALAL? TQ :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane