Semua orang tahu Bali best. Tapi ramai juga yang terpaksa lupakan hasrat untuk ke Bali dek kerana kekangan duit. Well, jangan sedih. Kalau aku bagitahu satu rahsia ni, mohon sesenyap je tau!!! Hehehehe. Pssss, kat Penang kannnn ..... ada resort seperti berada kat Bali. Betul tak tipu.
HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA????!!!
Atau namanya Lost Paradise Resort Penang.
Lost Paradise Resort ni lebih kurang resort persendirian yang dimiliki seorang doktor. Walaupun ala-ala private resort, diorang berdaftar dengan Tourism Malaysia. Resort ni bertaraf empat bintang. Harganya masih mampu nginap. Jangan risau. Yang penting, resort ni bakal buat korang teruja sampai taknak balik. Hahaha.
Dari tepi jalan kat atas nampak seperti biasa. Korang kena turun ke bawah untuk melihat sesuatu yang WOW. Tak kisahlah jalan kaki atau naik kereta. Jalan kaki ada tempat parking. Hiks! Lokasi Lost Paradise Resort ni kat Batu Feringgi Penang.
Kebanyakan perabot dan perhiasan di resort ini diimport khas dari beberapa negara seperti India, Indonesia (Bali) dan lain-lain lagi. Just imagine berapa kos pembinaan resort ini. Pemilik resort ni suka mengembara dan seorang yang sangat penyayang.
Maka, jangan terkejutlah kalau korang ternampak sekolah kanak-kanak kat sini. Sekolah ni diwujudkan khas untuk kanak-kanak yang hidap autisme. Kalau pelancong mat salleh, diorang siap spend time dengan kanak-kanak ni. Korang pun boleh kalau sudi.
Berada kat Lost Paradise Resort ni seolah-olah berada di rumah sendiri. Tuan empunya resort ni sangat peramah, sesekali jalan-jalan sekitar resort ni bagi beramah mesra dengan pengunjung. Secara keseluruhan, resort ni diusahakan oleh keluarga doktor tu. Boleh dikatakan semuanya diorang buat.
Berada kat Lost Paradise Resort ni seolah-olah berada di rumah sendiri. Tuan empunya resort ni sangat peramah, sesekali jalan-jalan sekitar resort ni bagi beramah mesra dengan pengunjung. Secara keseluruhan, resort ni diusahakan oleh keluarga doktor tu. Boleh dikatakan semuanya diorang buat.
Aku nak korang layan gambar-gambar yang aku snap masa kat Lost Paradise Resort Penang ni dulu, nanti last sekali, aku sambung cerita okay?? Hehehe.
Cantikkan?? Memang unik gila. 60% daripada apa kat sini adalah diimport khas dari luar negara bagi menyemarakkan lagi suasana seolah-olah berada kat Bali. Kat sini juga terdapat beberapa pakej khas yang boleh korang grab. Seperti pergi air terjun, pulau dan lain-lain lagi. Takdelah bosan sangat kan?
Lost Paradise Resort ni menghadap laut. Petang-petang bolehlah melihat matahari terbit. Hehehe.
Ingat Bali, ingat Lost Paradise Resort. :)
Perghh memang betul macam suasana kat sana.. tak dapay pergi Bali, boleh ke sini.. hopefully dapat ke sini pada tahun ni.. yeahhh
ReplyDeletecantiknya tempat ni... huhuhu
ReplyDeleteBook resort ni bln Dis..hopefully masa tu jerebu dah ada...nice pic Tatie.
ReplyDelete