Kalau boleh diputarkan masa, benda yang aku nak naik sejuta kali kat Langkawi adalah helicopter. Syok bak hang!! Berbeza sungguh naik helicopter di Melbourne dan Langkawi. Kalau kat 12 Apostles tu, korang just jalan-jalan sekitar situ je. Berbeza dengan Langkawi, pemandangan kat sana memang sangat-sangat a-maaaaa-zingggggg!!!
Dulu-dulu aku takut nak pergi dekat heli ni. Orang kata mahal sampai beribu-ribu dan aku pun dengan lurusnya percayalah benda tu. Mudah sangat terpedaya ahkak kau ni. Hakhak. Mana taknya, ribu-ribu tu boleh beli designer handbag tauuuu!
Posing Depan Heli
Tapi sebenarnya takdelah mahal sangat pun. Sekali sekala atau first time naik, tak mengapa. Berbaloi sangat kalau naik. Pemandangan yang korang takkan lihat jika naik kereta mahupun naik kabel car. Lebih-lebih lagi bila dia pusing pulau-pulau kecil sekitar Langkawi. Pergh, meleleh airliur. Kuikui.
Dulunya diorang bertapak kat area Pantai Cenang. Tapi sekarang dah berpindah dekat kawasan baru. Senang je nak pergi sini. Kitorang naik basikal dari Kampung Bohor ke sini. Lepas penat-penat kayuh basikal, naik pula helicopter.. Feeling dia tu lebih sikit! Kahkah.
Kenangan-Kenangan Customer Heli Outpost Langkawi
Lepas je taklimat, terus aku berlari cepat-cepat naik Heli. Semuanya sebab nak duduk depan. Kata orang, duk depan ni layan sikit. Nak amek gambar pun cantik. Cuma kata owner kat sini, janganlah bawa video cam besar-besar or kamera ala-ala wartawan yang ada lens besar tu. Sebab nanti kena minta kebenaran dari DCA. Haa, susah pulakkan?
Kalau takat compact camera or handphone .. tu dibenarkan.
Hello, Hello ...
Selfie Dengan Pilot
Kat Langkawi Outpost ni semua sempoi je. Kalau kat Melbourne hari tu, pilot yang bawa heli wajib pakai uniform. Tapi kat sini, dia just pakai t-shirt and short je. Very sempoi. Hahaha.
View Langkawi Dari Helicopter
Hello Langkawi
Subhanallah, Cantiknya..
Selama 6 Minit Tu Banyak Benda Boleh Tengok
Rumah-Rumah Dari Atas
Selfie Dengan Dua Penumpang Lain, Ellie & Kak Ya
Sesekali Dia Buat Pusingan 60 Darjah.. Time Tu Berdebar. Hahaha
Nampak Kecik Je Langkawi Outpost Ni .. Hahaha
Okay Dah Habis ...Sobsss!!
Kitorang naik dalam 6 minit dan 6 minit tu nampak je macam singkat, tapi hakikatnya macam-macam boleh nampak. Kalau nak puas lagi, ameklah pakej Datai Bay Helijoyrides yang berharga RM3750 untuk 45 minit. Kalau tu lagi puas dan bombastic lah.
Harga Paling Murah Untuk Naik Helicopter (total RM555/satu heli)
satu heli untuk 3 passengers + 1 pilot
Banyak lagi pakej-pakej hebat yang ditawarkan oleh Langkawi Outpost ni. Tepuk poket, check duit. Ewah! Hahaha. Tapi kalau sama spesis macam aku, nak travel je kira duit syiling dalam tabung ayam, amek pakej 6 minit ni pun dah memadai.
*sorry kualiti video kurang memuaskan.. pakai 3310 sajo*
Nak tau dengan panjang lebar, email je kat diorang :
info@helioutpost.com
Atau, terus ke website diorang :
Serius teruja kalau dapat naik helikopter ronda-ronda di pulau. :)
ReplyDeletesya dok situ pun belum prnah try
ReplyDeleteTak tahu pulak ada service ni.. interesting.
ReplyDeletePernah naik heli kat Melbourne ke? Saya baru nak try..best tak naik heli kat sana?
ReplyDelete