REVIEW PENGALAMAN STAY DI HOTEL HILTON KUCHING

By | 4/17/2013 01:19:00 pm 8 comments
LOKASI MENARIK HILTON KUCHING | Sebenarnya entri ni dah  'mengeram' lama kat draft. Tiba-tiba masa tengah scroll tadi baru perasan. Terlepas pandanglah tu. Ya ampun, entah macamana entah. Tapi takpela. Kata orang biar terperap kat draft, jangan langsung tak buat. *Ceh, alasan*

Hotel Hilton Kuching

Hotel Hilton Kuching ni salah satu hotel favourite aku kat Kuching. Salah satu sebab kerana lokasi Hotel Hilton Kuching ni strategik. Berhadapan dengan Waterfront dan terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik kat Kuching ni seperti Jalan Carpenter, Tua Pek Kong dan lain-lain lagi.

Nak ke Bazaar hanya 5 minit jalan kaki, nak pergi makan kat tempat best-best pun dekat. Nak dipendekkan cerita, memang strategik sangat untuk orang yang malas macam aku ni. Kan?

Diorang siap bagi map

Hotel Hilton Kuching ni bertaraf 4 bintang. Tapi ada yang cakap 5 bintang. Argh, mana-mana lah. Janji hotel ni best. Staff dia pun very friendly.

Lobi Hotel

Dalam banyak-banyak bilik, aku paling suka King Riverview Suite. Dah nama suite mestilah luas. Cuma yang bestnya ia menghadap Sungai Santubong (Waterfront). Memang indahlah sangat pemandangan dari jendela especially di waktu senja.

King Riverview Suite




Jenama Peter Thimas Roth

So far, aku puas hati sepanjang menginap kat Hotel Hilton Kuching ni. Kalau korang sedang merancang percutian ke Kuching, mungkin boleh pertimbangkan untuk menginap di sini. Aku galakkan sangat! Kalau lapar, jalan kaki sahaja ke Restoran Tumis Kuching. 

Haha, semangat tak? =P

Hotel Hilton Kuching
Jalan Tunku Abdul Rahman,
P.O Box 2396,
Kuching City Center, Sarawak

No Telefon Hilton Kuching
08-2223888
Newer Post Older Post Home

8 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane