Bila sebut pasal kursus kahwin je, of course ramai macam "Tunggulah bila nak kahwin nanti baru I pergi". But not me! Yesterday and today, I pergi kursus kahwin kat Mahligai Firdaus Wangsa Maju. Kami berdua tak bawa partner. Just two of us only.
At first, memang ada rasa macam perlu ke pergi? Macamana situasi kat situ? Ada ke sesi soal jawab? Memang tak dapat dinafikanlah rasa berdebar tu dupdapdupdap. Lebih-lebih lagi orang kata kursus kahwin ni pergi dengan partner. Tapi disebabkan nak teman Zetty, I pun beranikan diri. Hehehe.
Tapi bila pergi sana, tak semua yang pergi tu semuanya couple. Rupa-rupanya, ramai yang datang dengan abanglah, dengan kawanlah dan banyak lagi.
Banyak benda yang I belajar dari kursus ni dan sekaligus buat I sedar betapa pentingnya mencari seorang lelaki yang beriman dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Kaya mana sekalipun orang tu, kalau dia berperangai macam setan and tak sembahyang takde guna juga! Lebih-lebih lagi kaum adam. Kan diorang ni bakal jadi ketua keluarga.. Takkan si bini nak jadik imam.. SETUJU?
Antara kata-kata si fasilitator yang masih ku ingat adalah ...
"Kenangan manis tu harus dipupuk sebanyak yang mungkin, kerana ia akan memakan menda-menda yang negatif, sekaligus dapat membahagiakan pasangan tu..." ayat ape .. aku da lupe...
"3 menda yang tidak boleh dibuat main dan gurauan adelah : kahwin, cerai dan rujuk..." maksud nya, kalau korang dah melamar dan berjanji tu, pandai-pandaila tunaikan.. dosa besar kalo x tunaikan.. bukan menda yang boleh dibuat main-main.
"Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkah lakunya dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya "- riwayat al-Tarmizi.
"Layanlah isterimu dengan sebaik-baiknya, jika kamu benci terhadapnya maka bersabarlah kerana kemungkinan kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan Allah menjadikannya dengan kebaikan yang banyak " - surah an-Nisa: ayat 19.
Selain dari tu, banyak lagilah yang kami pelajari. Belajar ilmu malam pertama, camana situasi mengandung nanti, sambut bayi, petua and ayat-ayat yang perlu dibaca, cara bersabar, dan lain-lain lagi. Secara automatik, INSAF TERUS! Perkahwinan tu memanglah seronok, tapi perlu berhati-hati dalam memilih pasangan. Bukannya senang. Satu tempoh yang panjang dan bukan mudah. Ia umpama highway yang kita rase lurus tapi ade selekohnya.
Seorang lelaki haruslah menyediakan diri dengan iman yang cukupnye. tak guna ilmu setinggi mana kalau iman serendah paras buku lali. Love is blind! Dalam hal ni, I sangat bersetuju, cinta tu buta. kita buta dan alpa dalam mengenali kelemahan pasangan kita. Seharusnya masing-masing berbincang dan mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing. Bukan menyalahkan antara satu sama lain.
Kata orang tu lagi, zaman sekarang ni, kes cerai tu macam diambil remeh. Kerana misai pon orang boleh bercerai. nauzubillah. Takutnye aku! hurmm.. minta dijauhkan la.. Kalau boleh i nak cari calon suami yang baik budi pekerti, jauh dari segala menda yang membawa ke menda yang bukan-bukan. Paling penting, dia sembahyang tak tinggal. Amin.
Tanggungjawab seorang lelaki tu penting. 5 golongan yang leh menarik mereka ke neraka adelah:
-isteri
-anak
-ibu
-adik perempuan
-kakak
-anak
-ibu
-adik perempuan
-kakak
Contoh : Kalau isteri tidak menutup aurat, si suami dapat dosa, kalo anak tidak diberi kasih sayang dan perhatian, bapa dapat dosa. dan banyak lagi. Jadi, kawan-kawanku, renung-renungkanlah.. Lengkapkan diri kamu dengan iman. Takda guna menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Dibuatnya, tiba-tiba, ajal sampai, kan tak sempat nak bertaubat! Begitu juga kaum wanita, belajarlah ilmu rumahtangga. Belajar bersabar dengan karenah lelaki. Akhir sekali, mereka yang batchmatesku di Mahligai Firdaus Enterprise 24-25 April 2010, Selamat Pengantin Baru!!! Semoga berkat kahwin kalian terkena tempiasnya sikit kat aku.. hihihihi... *___*
After habis kursus, we all lepak kat KLCC
FIRST DAY
YURAN KURSUS KAHWIN DI MAHLIGAI FIRDAUS :
RM80
- lunch, minum petang semua disediakan
- file, kertas, dan buku panduan kahwin adalah free
RM80
- lunch, minum petang semua disediakan
- file, kertas, dan buku panduan kahwin adalah free