Latest Posts

Korang diberi masa selama 45 minit untuk melepaskan diri 
tik..tok..tik..tok.. 
masa berjalan dengan cepat 
panik, cemas .. keluar segala peluh jantan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
itulah yang korang alami apabila berada di Escape Room
suspend, cuak, nervous 

Escape Room adalah tarikan terbaru di negara ini. Berkembang dengan pesat selepas pembukaan cawangan pertama di Curve pada tahun lepas, kini mempunyai empat cawangan di sekitar Kuala Lumpur.

FYI, Escape Room ini adalah Malaysia's First Real Escape Game. Hebat tak hebat, itulah hakikatnya. Nak lagi hebat, korang kena try sendiri. Uji kehebatan minda korang apabila berada di bilik escape ini.

Escape Room Setiawalk

Dan yang terbaru adalah di Escape Room Setiawalk. First of all, thank you Joseph Teng. Dialah yang invite aku ke Escape Room. Susah jugaklah nak set time untuk ke Escape Room ni. Asyik full slot je. Nasib hari tu, ada juga slot. Tak fikir panjang, aku terus booked 'Crime Scene : The Homicide Unit' kat Escape Room ni. Actually nak ambil bilik lain, tapi asyik full je.. 

Tapi, sebaliknya berlaku bila Joseph bagitahu bilik ni seram. SERAM?? Alamak. Nak tukar masa dah tak boleh sebab dah inform yang lain. So, kena terima je lah.. Dupdapdupdap jantung berdegup kencang. Nervousnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ececece.


Walaupun Escape Room mempunyai empat cawangan iaitu di E@Curve, Bandar Botanic Klang, Setiawalk Mall dan Berjaya Times Square tetapi setiap cawangannya mempunyai bilik yang berbeza. Dan bilik-bilk ini juga mempunyai tahap level yang berbeza dari level terendah sampai level yang tertinggi iaitu empat. Ikut suka koranglah. Kalau rasa bijak, ambillah yang paling susah.

Tapi dalam kes aku, aku tak tahu 'Crime Scene' tu susah. Tu lah, tak siasat. Terus ambil je tanpa berfikir panjang. Hahaha.

First of all, kalau korang nak try Escape Room ni, 
silalah ke websitenya terlebih dahulu escaperoom.com.my

Then, click kat booking

Pilih mana satu yang korang nak. Nanti bila dah pilih akan keluar macam ni..


ingat .. diorang terima dalam CASH sahaja. 

Sekarang, kembali ke Escape Room Setiawalk.

ruang menunggu

Cara-caranya adalah ...
pemenang mingguan

kalau korang pilih Dungeon, inilah yang korang kena pakai

locker tempat simpan barang juga disediakan and FREE

 'Crime Scene : The Homicide Unit' @ Escape Room

Untuk Crime Scene ni, kami kena menyelesaikan kes pembunuhan. Kiranya, kami ni macam CSI lah. Masa diberikan adalah 45 minit untuk selesaikan misteri ni sebelum tuan rumah balik. Damn! Scary. Semuanya kena guna kreativiti dan minda korang. Nasiblah hari tu team kami 5 orang. Bolehlah divide kerja. Haha. Cuba bayangkan kalau dua orang sahaja. erk!

Tapi jangan bimbang. Sebab ada 2 talian hayat yang korang boleh guna. Tekan butang Bell, then pekerja Escape Room ni akan bantu dan bagi hint. Jadi gunakanlah talian hayat ni bila betul-betul desperate. 

ini throwback balik.. sebab tu bawa beg. haha
pelbagai halangan
serammmm!!!

Tapi kumpulan kami tewas pada saat akhir. Padahal clue dah ada di depan mata.
Haih.....Too bad !! 

Takpelah untuk first time, tambah pula kami nervous. Hehehe. Insyallah kami akan datang balik sebab tak puas hati dengan kekalahan kami. Escape Room memang best dan rugi kalau korang tak try. WAJIB TRY!!! I repeat WAJIB. Nak buat team building pun boleh. Tapi kena tengok timelah. Hehehe.

team kami kalah
Losers vs Winners
satu lampu bagi setiap team untuk pengembaraan dalam Escape Room

Jadi tunggu apa lagi. Ayuh ke Escape Room Setiawalk ..

Escape Room Setiawalk
Unit 2, 3 & 4, Level 3, Block K,
Setiawalk Mall, Persiaran Wawasan, 
Pusat Bandar Puchong, Selangor.

Harga Masuk Escape Room

akhir sekali, jom tengok teaser Escape Room Setiawalk Mall.

Hai assalamualaikum semua .. 

Cuba bayangkan kat sebuah tempat mempunyai restoran, tempat ternakan haiwan, spa dan macam-macam lagi dalam satu tempat yang sama .. Mesti seronokkan? Tak perlu pergi jauh. Jimat petrol, jimat tenaga.

Ha.. inilah yang aku nak cerita hari ini, Starfresh Agropark Bukit Putus Negeri Sembilan

Korang mesti pelikkan bagaimana kat satu tempat tu ada tempat ternakan dan restoran. Tak berterbangan ke bulu binatang tu atau tak berbau ke? Jawapannya tidak. Apa mahu dirisaukan, Starfresh Agropark ini berkeluasan 40 ekar dan dibina pada tahun 1985. Tapi pada masa tu cuma ada ladang buah-buahan sahaja.

Jalan lama Bukit Putus

Tapi pada tahun 2009, ia mula dikembangkan menjadi salah satu tarikan agro pelancongan. Hehehe. Eh, lupa nak bagitahu. Starfresh Agropark ni hanya 50 minit sahaja dari Kuala Lumpur kalau lalu highway Lebuhraya Utara-Selatan dan 30 minit jika lalu LEKAS. Tapi lagi dekat dengan LEKAS.

Starfresh Agropark Negeri Sembilan

Aku tahu, korang mesti terdengar pelbagai versi cerita mistik mengenai Bukit Putus. Kan? Tapi tu semua bukanlah kat sini. Macam aku cakap tadi, Starfresh Agropark ni terletak berhampiran lebuhraya LEKAS. Jadi, kalau bab mistik tu, jalan dia lebih ke dalam. Tak payah takut untuk ke sini. Memang takde benda pun. Jalan terang benderang dengan lampu jalan.

suasana luar

Nak meriah? datanglah waktu malam. Lagi istimewa setiap malam sabtu dari jam 8.30 sampai 11.30 malam ada liveband. :)


Kat sini menyajikan pelbagai jenis hidangan seperti Chinese Muslim Food, steamboat, masakan ala thai dan western food. Lebih istimewa, sayur-sayuran kebanyakannya dipetik dari ladang di belakang restoran ini. Barulah boleh cakap fresh dan terbaik dari ladang. Hahaha.

Kat sini juga terdapat pelbagai herba seperti misai kucing, belalai gajah dan pelbagai jenis herba lain. Dan, korang juga boleh try teh cina asli yang diimport dari cina, cuma dicampurkan dengan herba dari ladang Starfresh Agropark ini.

Teh Asli dari Cina
hehehe. macam muka Emi Nasarudin. haha

suasana dalam (ber-aircond)

Jom tengok apa yang kita makan pada hari tu :

Crispy Sotong 
Starfruit Asam Boi
Marmite Bone Chicken
Udang Celup Tepung
Butter Prawn
Sirap Ice
Lotus Leave Talapia (unikkan masak atas daun teratai)
Asam Seafood (terbaik!!)
yummy!!

Susah nak cari kekurangan kat hidangan-hidangan ni. Sebab semuanya sedap. Sayangnya hari tu aku tak dapat rasa air Kedondong Asam Boi dan double boiled coconut with chicken and herbs. Kedua-dua ni juga adalah antara tarikan kat sini. Aduhai... takpe next time datang lagi.

Tapi bagi korang, cubalah try Asam Seafood, Lotus Leaves Talapia dan lain-lain tu. Terbaiklah. Nasiblah kat restoran. Kalau kat rumah dan ratah-ratah sampai tinggal tulang. Haha. Untuk bulan puasa pula, kat Starfresh Agropark ni diorang juga menyediakan buffet ramadan. Jadi kalau nak cari buffet ramadan yang sedap dan murah di sekitar Seremban, bolehlah singgah-singgah di sini.


Selain dari restoran, kat sini juga terdapat tarikan lain seperti paintball, spa, dorm, dewan, ladang buah-buahan, tempat ternakan haiwan dan banyak lagi. Korang juga boleh naik kuda kat sini. Untuk company atau group pula, sini adalah antara tempat yang korang boleh jadikan sebagai destinasi team building.


paintball
toilet
harga
butik
souvenir shop

Hotel D'Herbal Wellness & Spa
(juga milik Starfresh Agropark)


pelbagai pakej spa yang ditawarkan
sauna room for man/woman (separate room)
bilik spa

Ladang


berlatarkan pemandangan Bukit Putus/Gunung Angsi Kuala Pilah

Setiap pokok ada tanda nama .. bagus kalau bawa anak-anak ke sini.
makan, beriadah sambil belajar


kat sini juga ada tempat ternakan lebah

jalan ke tempat ternakan haiwan

ayam 

angsa & itik
rabbit

ouchhh comelnya baby rabbit ni

khas untuk haiwan-haiwan ni. haha

shushhh jangan diganggu angsa sedang mengeram

poney

horse
nursery
surau
ce teka apa benda ni?
cari sesuatu kat batang pokok ni

Bagi petani-petani pula, korang dijemput untuk bekerjasama dengan tauke Starfresh Agropark ni. Nak buka produk ke, nak sewa tapak ke dan pelbagai lagi. Kata tanah seluas 40 ekar kan? haruslah luas gila. Kalau aku nak bina rumah terus. Haha.

Untuk aktiviti-aktiviti pula kat sini ada Pond Rafting, Paintball, Batik Painting, Jam Making dan macam-macam lagi. Keseronokkan terletak di satu tempat. Makan, beriadah dan bila dah penat pergi berurut kat spa pula. Hehehe.

Kat mana tempat ni? Semestinya di Starfresh Agropark, Bukit Putus. (jalan lama nak ke Kuala Pilah).

Starfresh Agropark 
Lot 2599, KM 12, Bukit Putus
70400 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

No telefon Starfresh Agropark :
06-6794288 / 06-6791791

Email :
starfreshagropark@gmail.com

Website :

Facebook :


Hello, assalamualaikum.

Terima kasih Nuffnang Malaysia. Kalau dah jemputan dari Nuffnang, mestilah Premiere Screening. Lama sungguh tak pergi premiere screening di bawah Nuffnang. Kan? Kan?

Cerita kali ni adalah Saving Mr Banks.

Sorry agak terlewat nak review mengenai cerita ni, sebab cerita ni mula ditayangkan semalam (20 Januari). Tapi tak mengapa. Sekiranya korang belum lagi tengok, bolehla baca entri ni sebagai rujukan. =)

Thanks Nuffnang

Saving Mr Banks ni diarahkan oleh John Lee Hancock dan jalan ceritanya ditulis oleh Kelly Marcel dan Sue Smith. Pelakon-pelakon cerita ini juga bukanlah calang-calang orangnya, seperti Emma Thompson, Tom Hanks, Collin Farell, Jason Schwartzman dan lain-lain lagi.


Sinopsis Saving Mr Banks
Saving Mr Banks adalah sebuah filem komedi yang mengisahkan tentang Walt Disney cuba untuk meyakinkan P.L Travers supaya memberi kebenaran untuk menerbitkan sebuah filem berdasarkan sebuah filem terbitan P.L Travers iaitu Mary Poppins. 

Kemudiannya, P.L Travers bersetuju untuk menerbitkan filem dan yakin bahawa filem tersebut akan berjaya. P.L Travers kemudiannya menjadi penulis skrip dan sangat teliti dalam setiap perkataan yang digunakan, dalam erti kata lain cerewet. 

Selesai sahaja bahagian skrip, pengambaran dimulakan. Namun, terdapat konflik terjadi apabila Disney tak membenarkan P.L Travers mengambil bahagian dalam editing dan membuatkan P.L Travers marah. 

Akhirnya filem ini siap, dan P.L Travers masih tidak berpuas hati dan menangis kerana menganggap idea dan karakter Mary Poppins telah dicemari. P.L Travers serik untuk bekerjasama dan bagi kebenaran kepada Disney untuk memfilemkan Mary Poppins. 

Dalam kandungan wasiat terakhirnya juga, dia menyatakan hanya orang kelahiran British sahaja dibenarkan untuk membuat pementasan muzikal dan melarang penulis daripada Amerika terlibat dalam pengambaran Mary Poppins.

Haaa, nak tahu apa yang terjadi seterusnya, kenalah tonton cerita ni kat pawagam. Dah, jom pergi beli tiket! Hehehehe. Siapa minat cerita Mary Poppins mungkin enjoy jalan cerita ni. Siapa tak kenal Mary Poppins, mungkin anda akan tertanya-tanya siapa Mary Poppins tu. 

Tapi aku memang suka cerita Mary Poppins. Cerita kegemaran masa zaman kanak-kanak. Hehehe.

Secara keseluruhan, aku kasi 3 bintang untuk cerita ni. :)

Trailer :



Website Filem Saving Mr Banks :
Saving Mr Banks
American Airliner Plane