Latest Posts

Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts

Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.

Sampai ke sudah .. Tapi siapa Amir Nawawi tu?? Pfffttt.

Amir Nawawi adalah empunya blog amirnawawi.com.. Hari ni aku featured dia kat entry ni. Sebab gayanya yang bersahaja dan juga mempunyai muka yang sepesen. Kuikui. Tak percaya? Tengoklah nanti. Senyuman dan gaya yang sama je.


Masa trip ke Terengganu sempena Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 baru-baru ni, kitorang ada free and easy di sekitar Pasar Payang Terengganu. Tapi aku yang berlakikan orang Terengganu ni, takdelah nak ke Pasar Payang. Bagilah peluang kat orang lain pulak. Aku anytime boleh pergi. Hehehe.

So, aku pun decide untuk jalan-jalan sekitar Kampung Cina yang terletak bersebelahan dengan Pasar Payang. Kat Kampung Cina ni banyak lukisan jalanan (street art) yang menarik. Ada juga butik-butik jual batik dan macam-macamlah ada kat sana. 

Salah satu butik jual batik Terengganu
Ini macam pun ada ka?
Ini port favourite untuk amek gambar

Street Art kat Kampung Cina Terengganu ni takdelah se-crowded kat Penang tu. Senanglah nak amek gambar. Takyah tunggu turn ke.. tak payah!! Masalahnya gambar aku dah banyak. Maka, carilah seorang model yang sesuai ... And Amir Nawawilah mangsanya. Nasib kaulah Amir.  Hahaha. 


Jom tengok 8 gambar Amir Nawawi di Kampung Cina Terengganu.
(Pssst, ini bukan iklan Colgate!!)


And last, bergambar ramai-ramailah .. Yang lain mana tah. Pergi Pasar Payang lettew. Haha.


Ramai yang tanya, aku tak travel ke bulan Ramadan ni. Sememangnya mood nak travel tu ada. Cuma kali ni aku rasa, baiklah aku spend time kat rumah. Lagipun inilah masa untuk berehat dan menikmati bulan Ramadan. Tapi adalah juga curi-curi masa ke Genting kejap last week. Selebihnya kat rumah.

Sebenarnya banyak entri bersarang kat draft. Tapi dek kerana Ramadan, aku tundakan kejap cerita pasal travel. Mesti korang rindu cerita travel aku kan? Eleh, ngaku jelah. Hahaha. *perasan*

Kenyir Water Park | Taman Air Tasik Kenyir

Ingat lagi tak percutian ke Tasik Kenyir aku tahun lepas masa Squid Jigging Festival 2014? Tahun ni event yang sama cuma explore tempat yang berbeza. Tahun ni relax sikit. Sempatlah aku amek kesempatan hirup udara segar sambil menghayati ciptaan Illahi ni. Link tahun lepas, rujuk sini :


Hasil tulisan aku di ruang Cuti-cuti Bajet .Com Utusan Malaysia

Tasik Kenyir makin lama makin maju. Kalau dulu hanyalah alam semulajadi di tasik buatan manusia ni, tetapi kini siap ada Kenyir Water Park yang baru je dibuka akhir bulan Mei.

Jeti Pengkalan Gawi

And masa trip ke sini baru-baru ni, kami diberi peluang merasai sendiri keseronokan di Kenyir Water Park ni atau dalam bahasa Melayu, Taman Tema Air Tasik Kenyir. Dengar cerita kos pembinaan taman tema air ni je dah menelan belanja sebanyak RM7.5 juta. Gulp!!
Naik bot dari Pengkalan Gawi

Berkeluasan 2 hektar, taman tema ini bakal menarik minat pelancong dari luar untuk datang ke sini. Tapi aku datang hari tu macam tak siap lagi semuanya. Just a small place. Maybe datang lagi sekali, mahu terjojol biji mata tengok tempat ni. Muahahaha.


Dari Jeti Pengkalan Gawi nak ke sini dekat je. Dalam 4 minit. Alah, bertentangan je. Belum panas punggung dah sampai. Hahaha.

Paddle Boat RM5/seorang

Aku perhatikan kat sini terbahagi kat atas darat dan juga kat tasik. Tapi nak lagi best, pergilah kat area tasik. Tasik ni dalam tau. Abang tu kata 30 meter ke dalam. Tapi kalau tak dalam, takkan Gopro si Moka yang terjatuh tak jumpa-jumpa kan? Sah, memang dalam!! Hahaha.


Bahagian Tasik (wajib pakai life jacket)


Dan kat sini nanti lengkap dengan chalet, surau, kafe dan peti simpanan. Bilanya tu...?? Entahlah. Kalau diberi kesempatan join Squid Jigging Terengganu lagi tahun depan, nanti aku update korang ya. Hehehe. In a meantime, korang rajin-rajinlah ke sini.

Gazebo untuk disewa RM15/satu.
Pandangan Dari Atas
Yang belakang sekali berjanggut tu Anil Kapoor ... Eh? :p

Taman tema air ni dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 5 petang. Aku sarankan korang check weather dulu sebelum ke sini. Bayaran masuk ke Kenyir Waterpark ni pun takdelah mahal mana.

RM20 (dewasa)
RM10 (kanak-kanak)

Pesanan aku :
- Check weather sebelum datang
- Dilarang bawa makanan
- Kalau nak cepat, silalah balik sebelum tutup. Sebab bot untuk ke Pengkalan Gawi tak banyak. Turn by turn. Siapa lambat, dia kenalah menunggu lama.
- Bawa baju secukupnya
- Bawa duit secukupnya
- Bawa pelampung anak-anak, boleh sewa tapi mahal sikitlah
- Line telefon kejap ada, kejap takde
- Have fun!!!

Jangan lupa like facebook mereka

Siapa kat sini suka makan KEPAH? Angkat tangan!!! Me? Tak.. Aku tak makan kepah. Hahaha. Walaupun aku tak suka makan kepah, tapi aku enjoy kutip kepah. Haam gittew.

Tak pernah terfikir aktiviti kutip kepah ni adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Dan sebenarnya tak susah mana pun nak kutip kepah ni. Serius!!! 

Kepah yang aku kutip ... Hehehe

Masa Festival Candat Sotong Negeri Terengganu yang lepas, adalah terselit satu aktiviti di Kampung Mangkuk Setiu. Tak lain tak bukan kutip kepah. Ini adalah kali pertama aku kutip kepah dan sememangnya satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Bukan aku sorang yang excited. Mat salleh-mat salleh pun sama. Ada tu dapat banyak gila kepah. Hairan sungguh dari mana diorang ni belajar skill kutip kepah. Haha.

Makan-makan sebelum berlepas

Dari Jeti Kampung Mangkuk, kami menaiki bot. Kali ni tak kisahlah nak naik bot mana. Diorang tak bahagikan group. So, aku sama bot dengan Khai, Pojie, Syakir dan Bella. Haa, meriahlah bila si Syakir ada. Nasib tak tenggelam bot tu dengan hiruk pikuk suara kami. Haha.

Siapa Paling Dapat Banyak Kepah?
Bakul untuk setiap orang
 

Kiri kanan pemandangan cantik. Subhanallah. Indah sangat kawasan ni.


Selepas beberapa minit, sampailah kami ke tempat kutip kepah ni. Setiap orang diberikan masa untuk kutip kepah. Kutiplah sebanyak mungkin. Eh, ini bukan pertandingan tau, tapi sekadar suka-suka. 


Memang tak susah mana. Gali gali pakai tangan jumpa. Ada tu tak payah korek dan gali pun jumpa. Just pakai kaki then ada rasa terpijak something, kutip. Kawasan ni memang banyak dengan kepah. Jadi seronok pula kutip kepah ni. Lagi seronok bila tengok bakul dah dipenuhi dengan kepah. Haha.

Kesian.. Penat eh??
Jalan-jalan ... Hihihi
Syakir.. Buat apa tu??!
Anak laut ...

Dah penat tangkap kepah, tibalah masa untuk pulang ke jeti. Banyak juga hasil tangkapan kami hari tu. Rasa macam nak jual je kat Pasar Payang. Hehe.



Terima kasih Gaya Travel Magazine dan Tourism Terengganu. Ada rezeki kita jumpa lagi!
American Airliner Plane