Latest Posts

Showing posts with label OSAKA. Show all posts
Showing posts with label OSAKA. Show all posts
Flashback balik memori di Osaka beberapa bulan lepas. Memang hebat penangan percutian ke Osaka. Segalanya ohsem biarpun aku bercuti seorang diri. Orang kat sini baik-baik. Tak lokek bila minta pertolongan. Especially kalau nak minta tolong ambil gambar.

Oh, Osaka ... I miss you so much!!! Jom layan gambar di sekitar Osaka Castle Museum Japan. Malam ni kita layan gambar je... Story kita kurangkan. Kalau nak tanya apa-apa, email je kat : sweet_tatie88@yahoo.co.uk :)
___________________________
OSAKA CASTLE MUSEUM JAPAN
Harga tiket Osaka Castle Museum 
600 yen
Operation Times 
9 am - 5 pm


Korang... jangan takut untuk travel sorang-sorang. Percayalah. Bukan korang je yang travel sorang-sorang. Memang akan terasa sunyi, awkward dan sometimes rasa tak selesa. But trust me, bila ke tempat-tempat tarikan pelancong, mesti terjumpa orang yang travel solo macam kita.

Itulah yang aku alami bila ke Osaka. Tapi rasa malu dan takut tu dibuang jauh-jauh. Bila ke Tsutenkaku Tower, barulah aku jumpa beberapa orang yang travel solo. Ada wanita dan ada lelaki. Semua tak lokek hulurkan bantuan bila kita minta tolong ambilkan gambar. Tak payah susah-susah beli monopod. Haha.

Tsutenkaku Tower Osaka

Tapi aku bukanlah nak cerita panjang pasal travel solo. Sebab hari ni aku nak story pasal Tsutenkaku Tower ni. Tsutenkaku Tower ni digelar 'Nariwa's Eiffel Tower' oleh penduduk Osaka. Pemandangan dari atas memang mengkagumkan. 

Eh, eh... mekasih. *guna bahasa ayam itik je*

Disebabkan aku menggunakan Osaka Travel Pass, maka  tak perlu bayar apa-apa. Sebab dah masuk dalam pakej. Tapi kalau korang nak beli single tiket, entrance fee for Tsutenkaku Tower Osaka ni berharga 700 yen. Jadi, baiklah korang guna Osaka Travel Pass. Lagi jimat. Read here : Travel With Osaka Travel Pass.

Pintu Masuk

Tsukenkaku Tower ni terletak kat Shinsekai District dan dibina pada tahun 1912 (sama usia dengan Titanic). Ia adalah simbol kepada Osaka. 

Kat Tsukenkaku Tower ni banyak patung-patung Biliken. Apa tu biliken? Dia macam patung bawa tuah. Nak tahu lebih pergi google sendiri. Hahaha. =P

Simbol Biliken Di Lift

 [[ Tsukenkaku Tower Osaka ]]





Mekasihlah kepada mereka yang sudi ambilkan gambar. 
Lupa pula nak minta nama.. Haha. 

Operation Hour :
9 am - 9pm

Cara-Cara Nak Ke Tsutenkaku Tower :
3 minit jalan kaki dari Ebisucho Station (Sakaisuji Line subway)

Alamat :
1-18-6, Ebisu-higashi,
Naniwa-ku, Osaka-shi.

_______________________________________


Alang-alang dah menginap di Kansai Airport Washington Hotel, rugi lah kalau tak pergi RINKU PREMIUM OUTLET OSAKA. Jarak dua-dua tempat ni sangat dekat. Kira-kira 5 minit masa perjalanan kaki dari hotel dan tak payah susah-susah nak lintas jalan. Sebab ada jejantas yang yang menghubungkan hotel dengan outlet.


Kat Jepun ni sama je macam Eropah dan Amerika. Kat sini juga ada banyak outlet dan salah satunya RINKU PREMIUM OUTLET OSAKA lah. Rinku ni agak famous sebab dia berhampiran dengan airport Kansai. 

Alah, macam touch n go. Pergi Osaka, tak sah la kalau tak singgah RINKU PREMIUM OUTLET OSAKA ni. Selain dari premium outlet, kat Rinku ni juga ada Seacle, ferris wheel dan macam-macamlah. Kat sini juga ada restoran Halal. Yang ni aku tak sempat discover lagi. Sebab masa sangat-sangat terhad. 

Ambil Angin Petang
Ferris Wheel

Sebut pasal brand kat RINKU PREMIUM OUTLET ni, dia ada macam-macam. Dari jenama high street fashion seperti Adidas, Roxy, Gap, Godiva, Cole Haan, Coach sampailah ke jenama mewah seperti Burberry, Salvatore Ferragamo, Tag Heuer, Ralph Lauren dan lain-lain.

Dari Satu Tempat Ke Satu Tempat Dengan Jejantas
Ruang Bersantai

Masa aku pergi tu weekdays dan kedai pun dah nak tutup. Orang dah tak ramai. Nak shopping pun senang. Cuma agak terkocoh-kocoh kejar masa.


RINKU PREMIUM OUTLET OPERATION HOURS :
10 AM - 8 PM

Tatie Was Here
Suasana Malam
Ferris Wheel Di Waktu Malam

Kalau ke Osaka, singgahlah RINKU PREMIUM OUTLET.

3-28, Rinku Ourai Minami,
Izumisano-Shi, Osaka, Japan.
Sexy Red Lips