Latest Posts

Showing posts with label NEGERISEMBILAN. Show all posts
Showing posts with label NEGERISEMBILAN. Show all posts
Still remember my post tahun lepas pasal Klana Resort Seremban?

Jika tak ingat bolehlah baca kat sini : KLANA RESORT

Sebut je Klana Resort ni, hati terus berbunga-bunga. Mana taknya teringat memori masa bersanding dulu. Hep, jangan fikir lain. Aku teringat kat makanan-makanan yang diorang hidang kat meja pengantin dulu. Sedapnyaaaaaa... T_T

Memang tak dapat dinafikan, Klana Resort ni antara tempat makan yang sedap kat Seremban. Buffet dia pun boleh tahan juga. Kalau korang datang Seremban, kot-kot nak makan sedap, bolehlah singgah di Klana Resort Seremban ni.

klana resort seremban

And, lagi special kalau datang hari Sabtu. Sebab hari Sabtu diorang ada WEEKEND BBQ DINNER.  Menu lain pun ada. Pastinya bakal memikat selera penggemar-penggemar BBQ.


Apa yang menarik? Diorang ada 20 jenis sos untuk BBQ ni. DUA PULUH okay!! Banyakkan? Tapi paling favourite sos BBQ Coke. Haa, tu wajib cuba. Semua sos ini dicipta khas dan dibuat sendiri.


Bagi vegetarian pula, janganlah hampa. Sebab ada jugak diorang sediakan menu BBQ khas dicipta untuk korang. So, korang pun boleh datang dan menikmati hidangan-hidangan yang diorang sediakan. Wahhhh, baguskan?


BBQ Weekend Dinner ni bukanlah bermaksud makan makanan yang dipanggang je, tapi ada juga variasi makanan seperti dessert, nasi, salad dan banyak lagi. Totak ada lebih kurang 100 jenis makanan yang dihidangkan. Haaa, banyakkan? 


 Harga pun tak mahal. Memang berbaloi-baloi.

Adult RM75
Senior Citizen/Kids RM37.50

Kalau korang book untuk 5 orang ke atas, korang layak dapat diskaun sebanyak 15%

Ingat, sila rsvp dulu.. dikhuatiri FULL HOUSE


Bila kerja dah settle, barulah boleh sambung cerita lepas-lepas. Haha. Banyak tertangguh ni... Gara-gara memberi laluan kepada penaja dulu.

Korang ingat tak voucher yang aku menang masa Asean Media Blogger Tourism Hunt hari tu? So, baru-baru ni aku claim lah hadiah tu. Memandangkan Encik H takde, so aku ajaklah Nannie and Zaila teman. Nasib bilik ada 2 katil queen size. Haha.

Hello Port Dickson

Voucher percutian 3 hari 2 malam di Hotel Corus Port Dickson tu memberi kenangan manis kat aku. Mana taknya, i'm so happy sebab dapat spend time dengan kawan-kawan yang gila. Haha. Masa tu ada juga rasa nak buat giveaway ke tak, sebab jadual aku lately busy jugak. Tapi fikir lepas ni, i'm going somewhere untuk jangkamasa panjang .. So, spend time jela dengan diorang ni. 

HOTEL CORUS PORT DICKSON

Hotel ni bukan hotel baru. Dari zaman uncle-uncle dan arwah abah masih hidup lagi. Tapi masih menjadi pilihan sesetengah orang untuk datang bercuti kat sini. Lokasi kat Batu 3 Port Dickson, haaa... korang mesti nampaklah hotel ni dari jauh. Sebab ada perkataan CORUS kat atas bangunan ni. Hehehehehehe.


Masuk-masuk bilik dah tersedia cantik. Siap ada pewangi lagi. Tak seperti hotel lain yang dah lama. Hotel ni masih menjaga kemudahan yang terdapat kat sini bagi keselesaan pengunjung.


Toilet pun okay. Semualah okay. Ada FREE WIFI tau. Oh ya, kesian orang sebelah kitorang. Bila 3 orang bergabung, sampai 3 pagi pun masih berhuha huha bergelak ketawa. Hahaha. I really miss this moment. Hilang segala stress bila pergi bercuti dengan diorang ni.

The toilet

Sementara tunggu Nannie and Zaila sampai, aku sempatlah order 'room service'- makanan. Nasi goreng ni special. Nama pun special, Nasi Goreng Corus. Hahaha.

corus hotel
Nasi Goreng Corus

Macam-macam kitorang buat selama 3 hari 2 malam. Mostly jalan-jalan cari makan kat sekitar Seremban. Aku memang tak boleh pergi jauh memandangkan rumah still dalam renovation lagi.

Jadi bawalah mereka makan sekenyang-kenyangnya. Cuba teka berapa kedai kitorang terjah? 8 tempat makan dalam 1 hari. MEMANG AKU SAJA NAK BAGI DIORANG GEMUK. Kahkah.

Apa-apapun enjoy bila tengok diorang happy. Nanti kita plan next trip k?

Aktiviti kami, makan.. makan, makan ... 

port dickson
#bloggerkakijalan katanya. Haa, pergi check hashtag tu.. Idea Nannie Isa

Serius .. aku tak pernah tahu kewujudan tempat cantik macam ni kat Nilai. Very exclusive dan mempunyai panorama yang memukaukan. Something new for me but I'm already falling love dengan tempat ni. Kenapa 4 tahun lepas takde? Alaaaa tak acinya. Uwaaa... !!


Rymba Haven ni baru je dibuka last year dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Kat sini bukan je ada restoran, tetapi juga korang boleh sewa dewan yang ada untuk meeting ke, majlis hari jadi ke even wedding pun boleh. Especially time malam. Fuh, suntikan elemen romantis di tepi kolam tu memang menjadi betul lah! Jeleslah sape buat wedding kat sini. T_T

 Panorama Di Belakang Rymba Haven .. Boleh Nampak Highway PLUS

Tarikan Rymba Haven ni, of courselah pool dia. Kan aku cakap ada elemen-elemen romantis. Sesekali bawa isteri atau suami berbuka puasa kat Rymba Haven ni kan best? Ini asyik-asyik tempat sama, suasana sama .. Tak bosan ke? Hahaha.

Pool
Yang Ni Time Malam (pinjam gambar Rymba Haven sat.. Hehe)
(psss, belakang tu boleh tambah.. nak buat pelamin ke apa ke.. ikut suka)

Dari Kuala Lumpur ke Nilai taklah jauh mana. Nak lalu Lekas boleh, nak lalu PLUS boleh. Aku hari-hari ulang alik Seremban-KL tau. Around 35-40 minutes dah sampai dah. Tapi bergantung cara korang bawa kereta juga. Kalau slow macam siput tu, tak dapek den nak nolong. Haha.

RH = Rymba Haven Nilai

Dan buat julung-julung kalinya, Rymba Haven mengadakan buffet Ramadan khas buat pelanggannya. Siapa nak join aku buka puasa kat sini .. angkat tangan!! Yeay. 

Jadilah yang terawal berbuka dan merasai kesedapan makanan Negeri Sembilan kat sini. Sebanyak 150 juadah akan dihidangkan nanti. Standbylah perut korang. Nak rasa masakan nogori den, konolah datang sini. Bawa apak, omak, akak, abang .. semua orang kampunglah!


Dan makanan-makanan ini disediakan oleh UBE Global Sdn Bhd dari Kajang. Haa, ni kolaborasi yang menarik. Aku dah try makanan diorang. Memang kawww masak lemak dia. 

Selain masak lomak, ada lagi menu lain seperti jeruk, kambing golek, satay, kuayteow, sambal arab, cendol dan banyak lagi. Temptinglah. Tak sabar nak datang lagi untuk second round. Hahaha.


Pemanis mulut kat sini pun boleh tahan juga. Tak terlampau manis dan just nice. Oh ya, kalau korang nak tahu owner Rymba Haven ni pakar bedah (general surgery) kat Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dato' Dr Fahmi A.Karim ... Aku yakin, makanan kat sini semuanya berkhasiat. Hiks! =) 


Selain tu, ada juga kacang-kacang dan kuih muih tradisional seperti bahulu, pulut panggang dan lain-lain lagi. Bawa mak aku, konpem dia suka ni. Pulut panggang favourite dia okay. Hehehe.

 Pelbagai Jenis Air
Wah Kopi Tenom Pun Ada Jugak .. Ini Kena Try!! Jauh Datang Ni. Hehehe
 

So far, makanan kat sini boleh tahan. Kena pada tekak dan selera. Nak makan pun senang hati sebab yakin semua makanan dijamin bersih dan Halal. Nyamuk? Takde. Jangan bimbang. Tandas ada disediakan. Haaa, lagi apa korang nak tahu??

Harga?? Okay ... okay .... Meh den nak kobakan berapa harganya ...

19 Jun - 23 Jun 
RM55 / seorang

24 Jun - 14 Julai 
RM65 / seorang

Kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun & warga emas berumur 55 tahun ke atas
RM43 / seorang

 Persembahan Muzik Untuk Pengunjung
 Surau Pun Ada Juga ... Lepas Berbuka Bolehlah Solat Maghrib kan?
Antara Lain Di Rymba Haven

 LOKASI RYMBA HAVEN ???!

Jalan Nilai Perdana 14, Nilai Perdana,
Nilai, Negeri Sembilan.

Berdekatan dengan Pekan Lama Nilai (exit lama Nilai)

Untuk booking, boleh call mereka terus
06-799 1314 / 019 382 6442


Sexy Red Lips