Latest Posts

Showing posts with label MELAKA. Show all posts
Showing posts with label MELAKA. Show all posts
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh... Menyesal!!!!  Menyesal !!!! Menyesal aku masuk kafe Truly Two kat Melaka ni. Tak pasal-pasal aku rasa ....

NAK DATANG LAGI !!!!


Uwaaaa... malangnya Kafe Truly Two ia terletak di negeri Melaka. Kalau kat Seremban, confirm tuan kedai naik muak tengok muka aku hari-hari. Hahaha. Lokasi kafe ini terletak di tingkat bawah Truly Signature, Bukit Baru, Melaka.

Truly Signature Melaka

Kafe Truly Two Melaka ni menjadi viral sejak dua menjak ni. Masa aku datang pun, tempat ni penuh. Yang datang sekali ramai. Sampai ada yang sanggup menunggu kat luar. Fuh, sampai macam tu sekali penangan kafe ini kat penduduk Melaka.

Sedap sangat ke uol??

Owner Truly Signature Melaka, Hana Zakaria

"I want to inspire people .. I want someone to look at me and say because of you I love beautiful desserts," - Hana Zakaria.

Kafe Truly Two ni milik Nurulhana Zakaria yang juga owner keseluruhan Truly Signature ni. Selain dari kafe, tempat ni juga menyewakan tapak kepada butik-butik famous seperti Minaz dan lain-lain. Kata orang, sambil menyelam sambil minum air. Tapi sekarang, sambil shopping sambil melantak. Eh? 


Aku suka konsep kafe ni. Sangat cantik dan tenang. Kalau korang nak tahu, dekorasi kafe ini diilhamkan sendiri oleh suami Hana yang juga bekas pelajar architecture. Cantik sangat!! Nasiblah rumah hampir siap. Kalau tak, dah lama hire suami Hana untuk design rumah. Haha.


Bagi penggemar dessert yang manis pasti berulang kali datang ke sini. Mana taknya, dahlah 100% diyakini halal, hidangannya pun dihias cantik. Bab lelehan coklat dan karamel tu jangan cakapla. Aku memula tengok gambar pun sampai termimpi-mimpi. Hewhew.


Kata Hana, suaminya bukan saja bagi ilham kat dekorasi. Tetapi juga pada seni hiasan hidangan kat sini. WOW... teruja aku mendengarnya. Kalau dah kreatif tu, setiap inci mesti ada je idea. Aku tengok semua hidangan dihias dengan penuh teliti dan bersih. Hopefully ini berpanjanganlah.


New York Sundae
Harga RM17

Chopped new york cheesecake and caramelized walnut ini disaluti dengan sos caramel dan dihidangkan dengan buah-buahan dan juga aiskrim. Rasanya tak terlalu manis. Mungkin disebabkan kehadiran aiskrim dalam menu ni yang membuatkan hidangan ini jadi seimbang.


Madagascar Sundae
Harga RM17


Dalam banyak-banyak dessert, ini paling aku suka. Bukan aku je, kalau korang pencinta coklat, pasti korang pun suka Madagascar Sundae ni. Brownies dipotong kecil, pisang dipotong halus, dan dimasukkan ke dalam gelas. Disulami dengan sos coklat yang enak dan dihidangkan sekali dengan berry dan aiskrim coklat. Delicious!



Sizzling Brownies 
Harga RM17 (magnum) | RM15 (vanilla)

Brownies yang sedap ini dihidangkan dengan sos coklat dan buah beri. Pelanggan boleh memilih aiskrim magnum atau vanilla untuk hidangan ini .... Tepuk dada, tanya selera!


Nutella Cheesecake
Harga RM17 (magnum) | RM15 (vanilla)

Peminat Nutella pasti tidak dapat lupakan kesedapan hidangan ini selepas merasainya untuk kali pertama. Kek yang enak diserikan dengan buah-buahan segar dan aiskrim pilihan anda. Nikmat sangat!! Trylah .. pasti nak lagi. :)


MILKSHAKE MANIAC
"Milkshake maniac is not just a drink, it is a dessert in a jar"

Yang paling HOT kat sini adalah milkshake. Aku perhati, ramai yang order milkshake. Aku pun orderlah 3 jenis ... 3-3 ni aku rasa sambil share-share dengan Encik Husband. 


Nyum, nyum

Alice in New York
Harga RM17

Bentuk pretzel berubah-ubah tetapi tidak pada rasanya. Caramel Milkshake ini diadun sekali bersama sos caramel, salted pretzel dan cheese cake pasti membuatkan korang tidak senang duduk bila melihatnya. Tetapi bagi mereka yang tak suka manis, mungkin anda tidak menyukai hidangan ini. Tapi why not cuba dulu ... mana tau tergoda? Haha.


Nutella Brown Annie
Harga RM17

Bayangkan milkshake digabungkan sekali dengan biskut dalam satu gelas. Apa yang terjadi? Itulah penyeri dalam Nutella Brown Annie. Gabungan brownies, peanut butter dan sos caramel membuatkan si pemakan terasa nak lagi dan lagi. 



Nutella Lovey Dovey

Gabungan Nutella Milkshake, Nutella spread, sneakers dan Nutella Cheese Cake menjadi satu hidangan lengkap buat penggemar Nutella. Actually aku kagum dengan Nutella Lovey Dovey ni. Tak pernah terlintas kek boleh disumbatkan sekali dalam satu gelas bersama-sama dengan milkshake. Kreatif kan?? Haa, cuba jangan tak cuba.


Terima kasih Kafe Truly Two kerana memberi servis terbaik masa aku datang tempoh hari. Insyallah aku datang lagi. Rindu nak makan Madagascar Sundae.  


Terliur tak? Aku yang dah merasai semua kat atas ni pun terliur lagi.
Jom kita serbu ...........

Truly Two Cafe @ Truly Signature
No 9, Jalan PNBB 2, 
Pusat Niaga Seksyen IV, Bukit Baru,
Melaka Bandaraya Bersejarah
(bersebelahan dengan Restoran Hadramawt Palace)

Facebook :

Kafe Truly Two ini dibuka dari jam 12 tengahari sehingga 9 malam
Selamat menjamu selera

Jika tahun lepas, hadiah pertama Giveaway Annivesary Kisah Tatie milik Norma NML .. Tahun ni milik siapa pula ye? Jeng, jeng, jeng ....

Seperti tahun lepas, tahun ni Izzati Hazrul menyambut anniversary ke empat. Alhamdulillah, syukur kepada Illahi dan tahun ni, hadiah berupa penginapan di The Straits Hotel & Suites Melaka. Wow, wow, wow ... Siapa nak? Kenalah baca entri ni sampai habis ok. Heeee...

View menarik dari bilik 

First sekali, terima kasih The Straits Hotel & Suites Melaka kerana menaja penginapan Kisah Tatie baru-baru ini. Berada di sini selama 3 hari 2 malam sangat-sangat menyeronokkan. Apatah lagi dapat bilik menghadap view cantik. Rasa macam taknak keluar bilik pun ada. *malas*.

The Straits Hotel & Suites Melaka

The Straits Hotel & Suites Melaka ni antara hotel baru di bandaraya bersejarah Melaka. Masih ada bau-bau baru dan segar. Nak cari hotel ni tak susah pun. Sebab ia dekat je dengan Dataran Pahlawan. Kalau rajin jalanlah kaki dari Dataran Pahlawan. Kalau malas naik beca jelah.


Hotel ni managed by Topotels. Kalau korang nak tau, Topotels ni company Indonesia dan mempunyai banyak hotel di sekitar Indonesia dan di Malaysia, The Straits Hotel & Suites ni adalah yang pertama sekali. Well done!

 Lobi Hotel
 
Self-service kafe di lobi

Hurm, people always said, don't judge a book by its cover. Memanglah kat lobi nampak seperti biasa. Tapi bilik dia meletopppp!! Dahlah meletop, luas gila pula tu bilik dia.. Oh.. emmm .. G!!!

Lift ada 3 .. Jangan berebut!!
Hallway

Hotel ni walaupun dia 4 bintang, tetapi harganya masih affordable lagi. Taklah semahal hotel lain. Kira kalau korang cek harga dia pun, mesti korang terkejut. Sebab tak masuk akal. Murah gila!! 

Access Card
That's my room

Jenis Bilik : Straits Suite

Bilik aku di tingkat 19 dan non-smoking room. Total bilik di hotel ini adalah 352 bilik. Banyakkan? Itu pun selalu FULL. And, masuk-masuk bilik, terus rasa excited dan teruja. Mana taknya, suite ni besar luas sangat. Nak sumbat ramai-ramai pun takpe. 

Ruang tamu dan ruang makan
Dapur, peti ais dan microwave
Mini Bar
Pinggan, sudu & garfu disediakan

Semua bilik di The Straits Hotel & Suites ni ada balkoni di luar. So, bolehlah menikmati pemandangan Melaka dari balkoni. Memang cantik!

 
 
Ruang TV

Bilik ni dilengkapi dengan WIFI percuma dan laju. Yang paling aku suka pasal Straits Suite ni adalah plug elektrik. Banyak gila okay. Tak tipu!! Sampaikan dekat atas bath tub tu pun ada jugak. Tak payah nak berebut dengan Encik H. Hahaha.


Bahagian bath room pula, ada tempat mandi berdiri (standing rain shower) dan juga bath tub. Malangnya aku terlupa nak bawa bubble bar. So, tak dapatlah nak berendam hari tu. Haks!


Kalau korang datang beramai-ramai, bolehlah buka lagi satu bilik ...

3 bilik sekali gus termasuk ruang tamu
Balkoni

Apa yang perlu korang tahu pasal bilik ni :
- WIFI percuma
- ada peti ais, microwave dan tempat masak
- ada balkoni
- ada bath tub dan water heater
- katil bersaiz KING
- aircond yang sejuk
- complimentary mineral water

Penginapan hari tu termasuk sekali dengan sarapan pagi. Haa, ini part paling cantik kat hotel ni, Restoran AMALAKA. Dekorasi kat sini moden dan trend zaman sekarang. *curi idea nak buat kat rumah.. hahaha*  

 

Sebelum jumpa Restoran Amalaka ni, korang akan jumpa gym dan dewan terlebih dahulu.


And last sekali, kita naik tingkat paling atas. Kalau bawa bebudak, tempat ni kira tempat wajib singgah. Kenapa? Sebab bebudak biasanya teruja jumpa kolam renang. Tak gittew? Hahaha. 

Tapi malangnya, kolam kanak-kanak bukanlah kat sini. Kolam renang kanak-kanak masih under construction di tingkat yang sama dengan Restoran Amalaka. Kat atas ni cuma tempat beriadah (kolam renang dewasa dan sauna) sambil melihat panorama dari tingkat atas. 

Memang cantik view dari sini. Siyes !! Nampak laut, nampak Dataran Pahlawan dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, cuaca hari tu pula cerah .. Memang lagi cantiklah view Melaka.
Tenung jauh bang.. Hahaha
Tempat BBQ
Sauna, shower room dan toilet for man
Jom kakak bawa korang jenjalan
Infinity Pool ... 
Ambil angin kejap
Tambak lagi dan lagi ...

Parking?? Don't worry. Bagi mereka yang stay sini of courselah FREE. Eh, untung tau. Dari sini boleh jalan kaki je ke Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Haa, jimatlah duit korang bila stay sini. Kan? Kan? *good idea*



Kalau korang rasa-rasa nak stay sini bolehlah book melalui website diorang. Harga lebih kurang sama dengan website lain. Cuma, korang boleh tengok hari apa yang available. Bagi pemegang kad CIMB, UOB dan ANZ, korang layak menikmati potongan diskaun jika menggunakan kad korang semasa tempah bilik di laman web mereka.

Klik link di bawah ini untuk tempah bilik di The Straits Hotel & Suites Melaka :

atau, joinlah GIVEAWAY ANNIVERSARY Kisah Tatie.

Anda perlu :
- Follow Instagram Izzati Hazrul
- Follow Facebook Kisah Tatie

Soalan dia :

1) Berapakah bilangan bilik di The Straits Hotel & Suites ini?
2) Siapakah pemenang pertama Giveaway Anniversary tahun lepas?

Dan last sekali, lengkapkan slogan berikut :

"Saya suka negeri Melaka kerana  .........." (tidak kurang dari 15 patah perkataan).

2 PEMENANG dengan jawapan yang betul dan slogan yang kreatif akan memenangi voucher penginapan di The Straits Hotel & Suites Melaka (bilik jenis Straits Suite) selama 1 malam.

Please Take Note :
- Sila jawab di ruangan komen di bawah
- Sila sertakan nama penuh dan email sekali di ruangan komen

Contest Berakhir 9 Disember 2015, 8 pm.

Sexy Red Lips