Latest Posts

Showing posts with label GERMANY. Show all posts
Showing posts with label GERMANY. Show all posts
Trip baru-baru ni memang sebak. Sesekali airmata tumpah mengalir di pipi. Tak mampu menahan diri dari terus menangis mengingatinya. Rindunya ya Allah. Siapa sangkakan, pergi holiday, bergelak ketawa, makan sama-sama .. Sekali balik, orang tersayang jatuh sakit dan beberapa minggu selepas tu meninggal dunia. Memang meninggalkan kesan mendalam betul.

Itulah yang aku alami. Kesannya sampai sekarang. Sedih dan pedih.

Last trip dengan ayahanda, aku nekad. One day aku akan datang lagi. Dengan teman hidup. I will repeat the moment meskipun feelingnya berlainan sama sekali. Alhamdulillah, wish menjadi kenyataan. Syukur!

BEFORE AND AFTER

Manhattan Hotel : Frankfurt, Germany
Pilatus Hotel : Lucerne Switzerland

(pssst, gambar kat atas ni tahun 1997, gambar terakhir dengan dia sikit je)

10 tahun lepas, sumpah aku menyesal. Kalaulah aku tahu itulah trip terakhir dengannya, akan ku habiskan kodak kamera dengan ambil gambar dia je. Aku tak sangka, dia demam dan penat kat bilik tu antara tanda-tanda dia akan pergi buat selamanya. Balik-balik dia jatuh sakit, kanser stage 4. Ingatkan demam biasa je. Sobsob.

Sempena 10 tahun pemergiannya, aku kembali ke tempat favourite dia, Switzerland. Merakam kenangan di tempat yang sama.

Abah, I miss you so much. Rindu abah. T_T

Kenangan di Zurich Semasa Trip Terakhir   December 2004 dengannya. Dalam gambar bersama mak tiri disnap oleh arwah abah.

Actually plan awal nak ke Amerika, tapi bila terdengar ura-ura mengatakan Malaysia Airlines bakal menamatkan laluan ke Frankfurt, terus cepat-cepat decide untuk ke Frankfurt. Hehehe. Dah lama gila tak pergi sini. Tu timbul idea nak buat 'Trip Memperingati 10 Tahun Pemergian Ayahanda' sebab last ke sini dengan dia dulu. T_T

Tak sampai seminggu balik Malaysia, keluar news 'Laluan Malaysia Airlines Ke Frankfurt Bakal Ditutup Pada Mei Nanti'. Fuh, nasib sempat! Hahaha.

Apa yang best kat Frankfurt ni? Kitorang tak sempat nak discover semua. Sebab kitorang kat sini hanya 3 hari 2 malam je. First day sampai lewat petang, hari kedua banyaklah masa tapi terspend kat outlet dan hari ketiga pula da kena pulang ke Malaysia. Rasa menyesal pula tak extend lama sikit. Sobsob. Tapi paling lama spend masa kat Wertheim Village Outlet Frankfurt. 


Memula pepagi tu macam nak berjalan-jalan di bandar Frankfurt. Tapi entah camana terbeli tiket bas untuk ke Wertheim Village Outlet. Menyesal juga wei. Kat sini takdelah semegah macam Bicester Village. Lagi boring dari Ashford Designer Outlet kat UK. Tak banyak barang barang best.

6 jam berada kat sini rasa macam wasting time pulak. Hahaha.

Wertheim Village Outlet
Wertheim Village Shopping Village

Al-kisah camana terbeli tiket bas tu. Mula-mula nak ke Frankfurt Main Hauptbahnhof, sekali ternampak bas ni kat tepi. Tak sempat nak cakap no, Encik H dah beli tiket dulu. Aiseyman, terus kelu lidah nak cakap. Hahaha. Ikut jelah, lagipun tak pernah pergi outlet ni lagi.


Jauh gila perjalanan dari bandar Frankfurt ke Outlet ni. Lebih kurang 2 jam gitu. Ingatkan dekat. Hahaha. Tambah lagi penyesalan dalam hati. Nasiblah dalam bas ada free wifi, Yeay!

Dah Sampai ... !!

Wertheim Village Outlet ni antara premium outlet di bawah kelolaan Chic Outlet Shopping Europe. Kalau tak silap dulu, Enrich Malaysia Airlines pernah hantar email, shopping kat Chic Outlet ni dapat reward. Aku tak pasti masih wujud ke tak reward ni sebab aku takde kad Enrich. Haha.

Setiap outlet di bawah Chic Outlet Shopping ni memang lain benar feelingnya. Jenama-jenama yang ada pun tak sama kat every outlet. Korang kena check dulu kat website dia sebelum pergi. Jangan jadi macam aku ok!


Antara jenama ada kat sini seperti Ralph Lauren, Bally, Tumi, Escada, Versace, True Religion, 7 For All Mankind, Tommy Hilfilger, Swarovski, Coach, Longchamp, Samsonite, Pandora, Michael Kors, Furla, L'occitane, Hugo Boss, Fred Perry, Aigner dan lain-lain.

Ada juga jenama high street macam Nike, Bench, Converse, Birkenstock, Fossil, Guess, Lacoste, Levi's, Puma, Superdry dan lain-lain.

Tapi aku rasa macam murahlah barang-barang kat sini. Hurm!!

Hah, Penat!!

Kalau korang tak tau nak buat apa kat Frankfurt, bolehlah pergi sini. Otherwise, boleh je skip outlet ni. Shopping kat bandar pun okay juga. Ada Primark segala bagai tu. Jangan lupa claim VAT. 

Dari 10, aku bagi 5 bintang kat outlet ni. Kurang menggembirakan! Hahaha.

American Airliner Plane