Latest Posts

Showing posts with label GERMANY. Show all posts
Showing posts with label GERMANY. Show all posts
HOLIDAY IN FRANKFURT

3 hari kat Frankfurt tak banyak benda yang boleh dibuat. Memandangkan badan pun dah letih akibat berjalan sakan kat Swiss, so kitorang decide kat Frankfurt ni jalan santai-santai je. Hehe.


Apa yang best kat Frankfurt ni adalah shopping and makan. Memang jauh beza harga makanan kat sini dengan kat Swiss. Kat Swiss tu kena fikir banyak kali sebab mahal. Hahaha. 

3 hari tu pun tak cukup sebenarnya. First day habiskan kat Wertheim Village Outlet, another day kat Frankfurt city and hari last tu masa suntuk sebelum berlepas balik ke Malaysia. Hehe.

SHOPPING IN FRANKFURT

Kalau korang staff airlines, bolehlah ke Airliner Shop berdekatan dengan airport. Kat situ Tumi, Rimowa, Samsonite dan lain-lain murah (tahap murah gile). Memang diskaun habis. Dengan syarat, tunjukkan kad kerja baru boleh beli.

Peminat Primark, kat Frankfurt pun boleh ada Primark. Hahaha. Murah!!

Wertheim Village Outlet, tak banyak barang high-end brand.

Jangan lupa singgah Zeil Fussgaengerzone.


MATAWANG GERMANY 

Semestinya euro (). Psst, jangan lupa ambil gambar kat logo Euro di bawah ni tau, berhampiran dengan European Central Bank. Wajib! Hahaha.


HALAL FOOD IN FRANKFURT

Paling aku excited sekali Restoran Tatie. Ehem, ehem. Terkejut bak hang ada restoran Tatie kat sini. Hahaha. Bertentangan dengan Frankfurt HBF pula tu. Sila-silakan datang meskipun bukan saya punya. Hahaha.

Makanan Kat Sini Not Bad.. 

Selain dari Tatie, ada satu jalan just jalan kaki je dari European Central Bank and sepanjang tu banyak gila kedai makanan halal yang boleh korang pergi (Munchener Straße). Dekat je dengan Frankfurt HBF. Kalau rajin, just jalan kaki je. Kalau malas, naik tram sudeyyyy! Haha.


PUBLIC TRANSPORT IN FRANKFURT

Kebanyakan masa kitorang naik tram je. Keluar dari Frankfurt HBF terus naik jumpa tram. But dari airport Frankfurt nak ke bandar, korang perlu naik train ke Frankfurt HBF. Tak mahal mana pun harga tiket train and tram kat sini. 


Tapi aku tengok orang kat sini macam ramai je skip beli tiket tram. Itu kena pandai-pandailah. Kalau kena tangkap, pun kena pandai-pandailah jawab ye. Aku memang tak berani nak buat macam tu. Takut kantoi! Hahaha.


And, kitorang sempat rasa naik teksi kat sini. Macam aku cakap kat entry sebelum ni. Teksi kat sini pakai Mercedes. Ala, setakat Mercedes, Audi dan BMW tu apalah sangat kat sini. Ibarat Myvi dengan Proton je. Hahaha. Trylah naik. 


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI FRANKFURT

Tak sempatlah nak cover semua. Nak cerita pengalaman masa pergi sini masa kecik-kecik dulu pun bukan aku ingat sangat. Haha. Tapi adalah beberapa benda yang wajib korang singgah and sememangnya ada dalam list kat notebook aku, seperti :

- Muzium Stadel
- Frankfurter Romer (Romerberg)
- The Main Tower
- Adolf Wagner
- Palmergarten


______________________________________________

Aku suka Frankfurt tapi bukan penduduk dia. Macam takut sikit nak keluar malam. Haha. Tapi students Malaysia kat sini cakap keluar je and orang-orang kat sini tak kacau orang pun. Lain orang lain perasaannya kot. Tapi jujur aku takut.


Kat sini pun banyak kes pickpocket. Kenalah hati-hati kalau keluar. Dulu arwah abah kehilangan beg laptop dalam sekelip mata je. Masa nak check in hotel, letak kejap kat lantai, then berdesup hilang. Pantas diorang buat kerja. 


Tak puaslah 3 hari kat Frankfurt. I need more. Dulu pun sama juga datang kejap je. Hurm, maybe next time kena lama sikit kat Germany memandangkan Germany ni pun banyak tempat-tempat menarik especially kat bahagian countryside.


Erk, dah sebulan dah? Pantas masa berlalu.
Rasa baru semalam aku balik. Ishh, entri masih banyak tak hapdet ni.
Apa nak jadi ntah .. Ish, ish, ish.

Hai, Assalamualaikum uols. 
Hari ni aku nak review Mercure Hotel & Residenz Frankfurt Messe.
Boleh kan? Boleh kan?  =P

Mercure Hotel & Residenz Frankfurt Messe

Kalau tempat lain ada 1-2 hotel Mercure, tapi kat Frankfurt ni ada 6 hotel Mercure. Hahaha. Tamakkan? Antaranya seperti : 

Nak Masuk Kiwi Kasut Dulu

Tapi aku suka hotel yang aku duduk ni lah. Lokasi dia macam strategik walau kena naik tram pergi-balik hotel (alah sehala je dari Frankfurt HBF) dan yang paling penting kawasan dia selamat. Takdelah mengigil-gigil atau kecut perut nak jalan malam-malam. Haha.

Hi, Tersengih-sengih Nampak??

Stay sini 2 malam je. Nak buat macamana masa suntuk sangat. Menyesal pulak tak extend hari. Sobsss. By the way, hotel ni best. Macam-macam ada. Nampak je luaran yang membosankan, tapi kat dalam lengkap. Ko nak berenang, nak bersauna, nak bergym, semua ada. 

Lobi

Bilik dia? Hurm, okaylah. Selesa dan luas. Hotel ni dilengkapi dengan free wifi. Tapi tak selaju wifi kat Mercure Stroller Zurichlah. Kat sana laju gila siap boleh download movie lagi. Hahaha. Hotel-hotel kat Frankfurt ni taklah semahal hotel kat Zurich. Masih affordable lagi. Gittew!

 
My Room
Katil Saiz Queen, Tapi Selimut Single-Single. 
Kemas Je Meja Ni Sebelum Disepahkan Oleh Kami .. Hahaha
Coffee Maker

Panduan & Etc
Toilet
No Bathtub
Toiletries by Mercure
 


Actually aku tak sempat nak explore keseluruhan hotel ni. Tak sempat nak pergi garden (terrace) dia. Tsk, tsk. Masa yang ada lepas breakfast je. Tu pun curi-curi masa jap sementara Encik H naik atas tukar baju. Kalau ikutkan hotel ni terbahagi kepada dua bangunan. Bangunan lagi satu tu la yang aku tak sempat nak pergi. T_T

Layan Feeling Kat Balkoni
Matahari Pagi

Hotel aku ni menghadap jalan. Bosan-bosan bolehlah kira berapa kali tram lalu. Hahaha. Stesen tram dekat je. Lebih kurang 3-4 minit jalan kaki. Kalau malas, naik je teksi. Teksi sini ikut meter. Cuma at first ko mengigil la tengok teksi tu sebab dia Mercedes. Kalau kat Malaysia of course ni dibuat sebagai limo atau teksi vvip. Haha.


Kemudahan-kemudahan yang terdapat di hotel ni :


Tiga hari menginap di sini, sempatlah breakfast kat bawah. Sangat bersih dan terjaga. Vegetarian side, bread side, coffee side dan lain-lain semua diasingkan. Takdelah pening nak cari kat satu tempat je. Banyak gila variety cuma aku makan simple je. Just cereal dan roti.

Coffee Side
Pilihan Teh
Tiga Jenis Honey (Letak kat Cone Ice-cream)
My Breakfast
 
Kenyang Makan Roti ...

Dari 10 bintang, aku bagi 8 lah kat hotel ni. Hahahaha. Kalau dia up sikit bilik mandi letak bathtub, memang full stars aku bagi. Tapi kebanyakan Mercure aku pergi, belum pernah yang ada bathtub. Haha. So tak payah feeling-feeling mermaid bawa Lush bagai. Simpankan saja hasrat tu. Haha.

Carilah Aku Kalau Jumpa ... Hahaha
Teksi-Teksi Kat Frankfurt Mercedes Oit! Hahaha

Sekian saja cerita hotel ni... Nanti sambung dan compare dengan Mercure Stroller di entry seterusnya.. Zassssssssss~ Hahaha

Disebabkan trip ke Germany-Swiss baru-baru ni so called 'last minute plan', kitorang terpaksa berjimat cermat dari pelbagai sudut termasuklah kos perjalanan dari Frankfurt-Zurich-Frankfurt. Agak sakit hati juga tengok perbezaan harga bas, keretapi dan flight. Lol!

Lebih-lebih lagi time pergi tu tengah easter holiday, lagilah segalanya cekik darah. Hotel, flight, makan, shopping .. etc, etc. Perbezaan harga yang sangat ketara. Uwaaaaa...*Nangis*.

Yang masih boleh dipertimbangkan dari segi harga time tu :

Lufthansa Airlines :
200/ dua orang (return)

Keretapi :
64/seorang (sehala)

Bas :
18/seorang (sehala)

Entah kenapa low-cost Ryan Air, Easyjet dan Germanwings tak membantu sangat time tu. Pffftt!!! Harga tak masuk akal langsung.


Meinfernbus

Malas nak serabutkan kepala, kitorang beli je tiket bas Meinfernbus. Lebih-lebih lagi harga tiket bas Meinfernbus je yang murah time tu jika dibandingkan dengan lain-lain. Setakat 5-6 jam perjalanan pejam celik dah sampai. Jangan tanya kenapa tak naik Eurolines semua tu. Sebab semuanya MAHAL. Arghhhhhhhhhhhhhhh!! :(


Isk, Laki Sapelah Ni??
First Time Naik Meinfernbus. Hahaha.

Takdelah teruk sangat pun Meinfernbus ni. Ada meja kecil kat kerusi, free wifi, tv, toilet dan siap jual kopi dan snack lagi. Selesa sangat. Cuma masa balik dari Zurich, tak dapat connect to Internet. Entah nape tah. Memang mati kutu jap. Hahaha.


Menu Di Bas

Free Wifi Internet

Sepanjang perjalanan berhenti di dua perhentian. Perhentian pertama tu agak lama sikit kat Freiburg ZOB. Lebih kurang 30 minit macam tu. Sempatlah kalau korang nak berlari kejap amek gambar kat jambatan femes kat sini.

Stop Kejap di Freiburg ZOB
Jangan Lupa Print Segala Yang Perlu
Gunting dan Tampalkan Pada Luggage (Bawalah Stapler or Gam)
Take Care Luggage 

Selain ada free wifi, bas ni juga ada plug yang terletak kat bahagian atas aka tempat letak beg kat atas kepala. So, korang kenala bawa tali atau extension yang panjang sebab kebanyakan charger handphone pendek-pendek. Hahaha. Bawa sekali international plug adapter.  :)

Meja Kecil
Toilet 

Bas ni 3 kali lagi selesa dari bas kat Malaysia. Dari segi kebersihan dan kemudahan yang ada pada bas. Tak payah risau sangat. Dalam bas, tidur jela. Bangun-bangun dah sampai. Hehehe.


Nahhh, kot-kot korang nak booking. Terus ke laman web diorang :

Sexy Red Lips