A'FAMOSA SAFARI MELAKA

By | 1/01/2014 01:43:00 pm 21 comments
Sambungan dari kisah AFamosa, klik sini .. Pernahkah anda melihat bagaimana seekor harimau dapat menghabiskan 10 kg ayam dalam masa lebih kurang dari 5 minit?? dan paling mendebarkan, anda sendiri yang suapkan mereka. Seram?? Menakutkan?? errr...

Beranikah anda mendekati haiwan ini?

Terima kasih Blooggers Dot Com dan A Famosa Resort kerana menaja saya dan 7 orang blogger lain untuk meneroka sendiri pengalaman di Safari Wonderland ini. Ini adalah program usaha sama Bloggers Dot Com dan A Famosa Resort dalam menjayakan misi Tahun melawat Malaysia 2014.

Seperti yang kita tahu, safari dan zoo adalah berlainan. Di safari, haiwan akan dilepaskan dan dibiarkan berkeliaran berbeza dengan zoo, haiwan akan terperap di dalam sangkar. 

Dan lebih istimewa di Safari Wonderland ini adalah tarikan terbarunya, Tiger Feeding. Nak tahu apa keunikan tiger feeding di sini?? jom baca sampai habis.


Waktu Operasi 
9 am - 6 pm (setiap hari)

Harga 

Berdekatan pintu masuk Safari Wonderland ini, anda akan lihat beberapa burung Nuri yang comel. Anda boleh bergambar dengan mereka tau, tapi dengan syarat kamera milik A Famosa.


comelkan??

The Station Shop



Di Safari Wonderland ini, terdapat 4 tarikan utama, seperti :

 :: pengembaraan safari
::  pulau monyet
:: walk-thru area
:: kawasan Orang Utans yang dimport dari Borneo

surau untuk kegunaan anda

Farm House

Waktu Operasi 
9 am - 5 pm


Di sini, terdapat pelbagai jenis telur, ayam dan arnab yang
mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini. 

Pengembaraan Safari

Dengan menaiki trak safari yang disediakan, anda berpeluang merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada di Afrika Selatan, di mana haiwan-haiwan seperti harimau, zirafah, singa, unta dan banyak lagi dibiarkan berkeliaran di sekitar safari ini.

trak khas 

untuk kami.. special sikit.. hehe

naik bas khas 

Antara bintang-binatang yang sempat saya rakam adalah :

beruang

zirafah

burung unta



sekumpulan lembu, dubuk dan kancil

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"
pernah dengar tak pepatah ini???

Tiger Encounter Program

Tarikan terbaru di kawasan harimau ini adalah, Tiger Encounter Program di mana anda boleh melihat sang belang ini secara dekat dan berpeluang memberi mereka makan daging-daging segar. Anda tidak perlu risau, keselamatan adalah perkara yang paling diutamakan oleh pihak A Famosa di mana anda akan ditemani renjer yang berpengalaman. Jadi, take your time, relax and feed these big cats!

Untuk Tiger Encounter Program ini, anda dikenakan bayaran sebanyak RM50 di pintu masuk Safari Wonderland dan anda dapat sebakul daging segar. Sebanyak tiga ekor harimau di dalam kawasan ini dan diberi nama - Shira, Nina dan Bobby yang menunggu kedatangan anda. AUMMM..

renjer memberi taklimat terlebih dahulu cara-cara nak bagi diorang makan

"nak menari ke nak suap saya ni?" - Shira

"durghh..main acah-acah ke ni?"

Menarik walaupun pada mulanya agak takut-takut tetapi lama kelamaan  seronok. 

Seterusnya, kami ke Colour Of The Bird show. 


Colour Of The Bird

Waktu Operasi 
12pm & 3.45pm

Subhanallah, kagum saya melihat burung-burung ini semua. Cukup bijak, cukup terlatih. Mereka ni semua menurut perintah tuan-tuan mereka seperti burung kakak tua, burung kenyalang, burung helang dan banyak lagi. 




Dari sini, kami ke Restoran Lake View dan menyusuri beberapa kawasan seperti animal rides, local food court, jeti untuk ke Pulau Monyet dan banyak lagi. 



Animal Rides 


unta
gajah


poney

Orang Utans Of Borneo

Tak perlu pergi borneo dah lepas ni, kerana di Safari Wonderland ini juga terdapat kawasan khas untuk orang-orang utan yang diimport dari Borneo. Kat sini anda akan lihat sekumpulan orang Utan hidup bebas seolah-olah berada di habitat mereka.


Pengalaman yang cukup hebat!!! Semuanya di satu tempat - Safari Wonderland, A Famosa Resort Melaka. Sambil berlibur, sambil belajar. Melihat keletah haiwan-haiwan ini sangat menyeronokkan. 


Monkey Island / Pulau Monyet

Antara tarikan utama di Safari Wonderland ini adalah Monkey Island. Dari jeti, anda akan menaiki rakit khas untuk ke sebuah pulau kecil yang terletak di tengah-tengah tasik buatan manusia ini. Di sini terdapat Brown Lemur, monyet tupai dan Capuchins, Tamarinds bertangan merah, Gibbons bertangan putih, kera, tupai dan banyak lagi.


Makan tengah hari kami disediakan oleh pihak A Famosa Resort di Restoran Lake View



Selain itu, bagi sesiapa yang ingin beli cenderamata, kat sini juga terdapat beberapa kedai yang menjadi cenderamata eksklusif dari A Famosa. 


 dan aktiviti wajib sebelum pulang ....

 harap kita berjumpa lagi di event akan datang


Selain itu, terdapat beberapa pertunjukan lain seperti :

Wild Wild West Show
2.15pm

Multi Animal Funtime
11.20am & 3pm

Elephant Encounters
10.15am & 4.30pm


SEMUANYA HANYA DI 

A Famosa Resort
Jalan Kemus, Simpang Ampat,
Alor Gajah, Melaka

Website

No tel
03-2781 8888

Terima kasih Blooggers dan A Famosa Resort

Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...


Newer Post Older Post Home

21 comments:

  1. bestnya.nanti ada masa nak pergilah.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kalau ada yang berminat nak sewa Villa D Faro di A Famosa REsort sila whatsapp saya di 011 21007380 boleh lihat gambar villa di Facebook dan Instagram NIRZAB2001 atau baca review di blog Mumto5.

      Delete
  2. quite scary harimau tu berdiri cmtu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau pulak nak bagi makanan walaupun ada jaring

      Delete
  3. Tak pernah pi sini..selalu pi WoterWorld je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, waterworld mest best jg tu :)

      Delete
    2. betul tu, waterworld pun boleh tahan meriah

      Delete
  4. Tak pernah pergi sini lagi.

    ReplyDelete
  5. boleh ajak family pegi sini nnt, nampak best :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane