31 October 2019

ALHAMDULILLAH, SUAMI NAIK PANGKAT ‎‎JADI CAPTAIN

Sedar tak sedar dah 12 tahun aku in relationship dengan husband dan 8 tahun usia perkahwinan kami. Perkenalan di Friendster, blind date dan 4 tahun lepas tu kami kahwin. Aku kenal dia semasa dia masih di flying school Langkawi. Actually ter-add secara tidak sengaja sebab masa tu aku baru lepas putus cinta. Acah-acah nak move on, main random add, tanpa tengok siapa aku add. Lepas kenal tu baru aku tahu dia tengah belajar kat HMA Langkawi.

Husband masa kecil
Husband masa di flying school dengan kawan-kawan pilot dia

Husband aku dulu dapat scholarship Malaysia Airlines untuk study di Langkawi, then after graduated dari flying school dia terus kerja dengan Malaysia Airlines dari 2008 sampailah sekarang. Memang setialah dia dengan company tu. Puaslah aku pujuk dia apply middle east airlines semua .. Semua tak jalan!! Isk ...

Second pre-wedding photoshoot kami tema princess and his man

‎Ramai kawan-kawan dia kat MAS dah beralih company. Bukan setakat lari kerja kat oversea, lari pergi Airasia pun ramai. Tapi laki aku still maintain kat MAS. Katanya, dah ‎alang-alang dah ‎jadi senior First Officer, tunggu jela sikit lagi nak ‎jadi captain. Pfffttt .. 😒

Zaman dia baru start fly Malaysia Airlines

‎Kitorang kahwin masa dia bekerja sebagai second officer di Malaysia Airlines. Tak lama lepas tu dia naik sebagai first officer. Tapi aku kerap jugalah ikut dia pergi kerja. Lebih-lebih lagi bila dia bawa kapal Airbus A330 dan A350, lagi panjang langkah aku ikut dia pergi kerja. Hahaha.

Zaman dia ‎kerja sebagai second officer di Malaysia Airlines

Di Malaysia Airlines, tak sama seperti kat Airasia. Kalau kerja Airasia cepat je naik sebagai captain. Tapi kat MAS ni kena tunggu seniority. Sepatutnya dia dah naik lama, tapi takde slot dan kena tunggu senior lain naik dulu. So benda ni makan masa jugalah. Member dia dah ‎lama ‎jadi captain kat Airasia, dia baru nak naik. Lama gila okay? Eh, aku pulak yang stress. Haha.

Zaman dia fly sebagai first officer di Malaysia Airlines

Kalau korang tanya aku lah, sepanjang ikut dia pergi kerja ... kapal mana yang best? Aku suka kapal A330. Selesa sangat dan route dia pun best-best. Kapal baru A350 tu sempatlah aku ikut dia ke beberapa tempat seperti London, Sydney dan Osaka. Cuma seat dia sempit sikit compare dengan A330. Kapal A330 tetap di hatiku. Suasana dalam kapal pun best. 

Dari akhir tahun lepas, MAS mula buka balik jawatan captain tu. Ada position right to left (which is tak payah tukar kapal) dan turun command ke kapal 737-800. Tapi aku lagi suka right to left cuma slot tak banyak. Very limited compare dengan turun command 737-800. Haih, time ni ada conflict sikit dengan laki aku sebab aku nak dia tunggu sampailah ada slot right to left tu. Tapi lama gila nak tunggu dan dia pun give up. 

Husbandku kini bergelar Captain H

Command training dia pun makan masa yang sangat lama. Start kelas bulan April, habis training bulan October. Jenuh nak tunggu dia habis training. Dengan aku sekali stress terperap kat rumah. Itupun mujurlah aku beli tiket ke Siem Reap tahun lepas dan trip balik kampung Sumatera tu sebab dia ada cuti lama. Kami plan spontan. Stress melampau masa tu. Haha.

Sempat ikut trip terakhir dia sebagai first officer ke Sydney

Syukur, semua dah berakhir. Dia pun dah selamat ‎jadi captain. Lepas ni korang tengok aku fly dekat-dekat je lah kalau ikut dia pergi kerja. Haha. Harap tak lamalah dia fly kapal ni. Cepatlah naik airbus balik. 😂😂 By the way, terima kasih Malaysia Airlines for the opportunity dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Thank you so much. Syukur tempoh training dah berakhir. Lega!!

Congratulations Husband

p/s : dah naik pangkat ni, gaji bini pun naiklah kan? kehkeh.

23 October 2019

UKIRAN CANTIK DI PREAH PROMH RATH PAGODA

HELLO  ... HI .. ASSALAMUALAIKUM

Blank kejap otak ni sehari dua ni sebab memikirkan baby Eijaz. Alhamdulillah .. baby dah selamat operation sekarang tengah slow-slow recover dari sakit. Terima kasih kepada anda semua yang mendoakan anak buah aku yang kecil cilik tu. Terima kasih.

Untuk trip Kemboja or Cambodia ni, aku masih berbaki dua entri sebelum aku update entri itinerary lengkap ke Cambodia baru-baru ni. Fuhhh .. semua aku nak cerita kalau boleh. Sharing is caring... keeennn?!

Hari ni aku nak cerita pasal Preah Promh Rath Pagoda.


Pertama sekali, Preah Promh Rath Pagoda ni memang takde dalam itinerary aku. Aku pun tak pernah tahu kewujudannya sebelum aku sampai sini. Entah tetibe masa tengah breakfast pagi tu, aku scroll group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) kat Facebook. Adalah orang ni, dia share itinerary dia. Aku pun bandingkan itinerary aku. Pastu apa yang takde, aku tambah dan minta Sofian tengok. Dekat ke idok. Tapi aku memang tak google apa yang aku tambah tu. Tambah berdasarkan komen orang sahaja. Haha.


Tetiba Sofian stop kat Preah Promh Rath Pagoda ni. Terkebil-kebil aku dengan Nana. Ape ni? Hahaha. Terlupa pula aku masukkan tempat ni sekali dalam itinerary tadi. 


Masa kitorang sampai tu takde tourist lain pun except for language class yang diadakan kat salah satu bangunan yang terdapat di Preah  Promh Rath Pagoda ni. Lagi bertambah blur aku. Haha.


Rupa-rupanya ni adalah salah satu temple yang berdekatan dengan Old Market dan Pub Street. Temple ni bukanlah temple baru. Dah lama dah, cuma dia jaga dengan rapi. Ukiran-ukiran temple ni dicat dengan warna warni menyerikan lagi kecantikan temple ni.

Ukiran timbul pada dinding temple 

Aku tak masuk sampai ke dalam sebab malas nak buka kasut dan mengejar masa untuk ke tempat lain. Walaupun rushing sempatlah pusing-pusing kat luar temple ni sambil tengok kat instagram kot-kot ada spot foto yang menarik kat sini. Suprisingly, banyak! Every sudut kat temple ni cantik. 

Kalau kat tripadvisor, temple ni jatuh no 31 dari 153 aktiviti di Siem Reap.


Kalau korang ada banyak masa di Siem Reap bolehlah singgah ke sini. Tak ramai pun tourist kat sini. Maybe sebab low peak season. Tapi senanglah ambil gambar, tak macam kat Angkor Wat kena tunggu line clear. Haha. 


Kelas bahasa Jepun di Preah Promh Rath Pagoda

19 October 2019

MOHON DOA UNTUK BABY EIJAZ (KRITIKAL)

Korang .... hari ni buat apa? Kalau free, aku nak minta jasa korang untuk mendoakan anak buah aku yang akan menjalani pembedahan isnin ni (21 October 2019). Dup, dap, dup, dap ... cuak, takut semuanyalah. Allahuakbar, tak dapat nak describe camana aku rasa sekarang. Sesungguhnya berat sungguh dugaan buat Eijaz dan ibunya.

Keadaan Eijaz masa baru-baru lahir dulu

Anak buah aku ni baru berusia 10 bulan dan memang aku jarang masukkan dia dalam social media aku. Sebab Eijaz ni taknak dengan sesiapa kecuali mak, bapa dan kakak dia. Tambahan lagi dia nak berkepit je dengan kakak aku 24 jam. Bayangkan 8 bulan pertama kakak aku tak keluar rumah kerana Eijaz. Hatta, keluar dari bilik pun jarang sekali. Makanan semua kena bawa ke bilik. Begitulah pengorbanannya untuk anaknya yang sakit ni.

Doktor pun tak bagi bawa Eijaz keluar dan terdedah dengan luar. Sebab penyakit Eijaz ni melibatkan paru-parunya dan dia masih belum stabil lagi. Kalau korang nak tahu penyakit dia ni antara penyakit rare kat Malaysia ni. Hanya HKL atau HUKM sahaja terima pesakit seperti Eijaz ni.

 Sekarang Eijaz dah pandai senyum
 Strong baby

Penyakit Eijaz ni doktor detect sebelum kakak aku beranakkan dia lagi. Masa Eijaz kena tu, kitorang pun tak faham sangat dengan penyakit ni. Memang jarang berlaku. Sampaikan doktor akan buat meeting khas sebelum decide nak buat apa untuk Eijaz. Sehingga kini tak dapat pastikan apakah punca penyakit Eijaz ni.

Masa awal kelahiran dia, Eijaz ditahan kat wad dalam masa yang lama. Aku tak ingat berapa lama. Kemudian kakak aku minta discharge dia. Kesian gila kat kakak aku time tu. Menangis memanjang dan tak de selera nak makan sebab risau pasal Eijaz.

Kakak aku pula terpaksa tinggalkan anak-anak yang lain kat rumah Seremban dan jaga Eijaz kat HKL. Kadang-kadang ulang-alik Seremban-KL sebab salah seorang anaknya UPSR tahun ni. Macam tulah dugaan buat kakak aku yang seorang ni. Semoga Allah beri ganjaran buatnya kelak.

Picture From Google

Penyakit CCAM (Congetial Cystic Adenomatoid Malformation) atau CCAM (Congetial Pulmonary Airways Malformation) ni adalah penyakit yang melibatkan paru-paru yang boleh menyebabkan kematian. 

Senang cerita penyakit ni macam kecacatan paru-paru yang disebabkan oleh tumor atau cyst (benign lung lesions) yang muncul sebelum lahir. Terdiri daripada tisu paru-paru tidak normal yang tidak berfungsi dengan baik dan terus berkembang dan berkembang. Kalau baby lain kebersihan sekeliling kena jaga, Eijaz kena 3x ganda penjagaan kebersihan untuk dia. 
Picture From Google
Oleh sebab itu, aku mohon sangat-sangat jasa kawan-kawan blogger dan pembaca-pembaca blog Kisah Tatie mendoakan agar pembedahan ini berjaya dan Eijaz kembali pulih seperti kanak-kanak lain. I'm so nervous! Tak tipu. Yela kan .. baby yang baru nak hidup kat dunia ni, tak tahu nak mengadu sakit, diuji dengan penyakit seperti ni dan terpaksa melakukan pembedahan melihatkan paru-parunya. Risiko kematian pulak tu .. Allahuakbar! 😢

Ya Allah .. 
Selamatkanlah Muhammad Eijaz bin Ramdzhi ...
 lindungilah dia, sihatkanlah dia dan pulihkan dia dari penyakitnya. 
Semoga pembedahannya pada hari isnin ni berjaya 
Ringankanlah dugaan buat baby EIjaz
Semoga dia dapat bernafas seperti kanak-kanak lain
Amin ....

18 October 2019

AKU TAK FAHAM KENAPA DIORANG NI KEJAM SANGAT ...

KENAPA EH .. 
KENAPA KORANG KEJAM SANGAT? SERIUS TAK FAHAM!!

Pelbagai persoalan timbul kat kepala ni. Kenapala kejam sangat rejim Khmer Rouge ni? Habis kanak-kanak, mak bapak semua dibunuh secara kejam tanpa perikemanusiaan. Kenapa?? Sakit hati pulak aku membayangkan cara pembunuhan kejam diorang ni.

Killing Fields Siem Reap

Bukannya seratus orang tapi more than a million people yang dibunuh secara kejam dan ditanam oleh rejim Khmer Rouge (parti komunis Kampuchea) masa zaman pemerintahan Pol Pot. Sehinggakan ada yang dipaksa menggali kubur mereka sendiri masa sakit. Cukup kejam, tak boleh diterima akal fikiran. 

Alang-alang dah sampai ke Siem Reap ni aku pun melawat salah satu tapak Killing Fields ni. Yang paling besar adalah kat Choeung Ek, Phnom Penh. Tapi kata supir aku, killing fields ni ada di merata tempat cuma tak dikomersialkan sebab masa zaman Pol Pot dulu memang semua tempat dikawal oleh dia. Dah nama pun perdana menteri. Apo? Perdana Menteri yang sangat kejam!!

Bayaran masuk Killing Fields adalah 4100 Riel = $3/ person.

Disebabkan Nana lemah semangat tak nak masuk, maka aku masuk seorang sambil ditemani oleh supir Sofian. Yela, nanti siapa pula nak tolong ambil gambar aku kat dalam tu nanti. Untuk supir diorang tak kenakan bayaran.


Killing Fields di Siem Reap ni terletak di Wat Thmey. Tapi tak payah bimbanglah, kat dalam ni ada sekolah untuk sami buddha. Aku percaya selamat dan tulang-tulang ni semua takkan menghantui korang bila balik nanti.

Kejam kan? Itulah gambaran salah satu penyeksaan masa zaman Khmer Rouge ni

Ada yang dibantai sampai mati, ada yang disembelih, ada yang direjam atas pokok hidup-hidup, dibiarkan mati kelaparan dan pelbagai cara penyeksaan yang berlaku pada tahun 1975 hingga 1979 yang dianggarkan meragut nyawa 1.7 hingga 2.5 juta rakyat Cambodia pada masa tu tanpa mengira umur kanak-kanak mahupun dewasa semua habis diorang seksa sampai mati. Dianggarkan 1 per 4 dari jumlah penduduk Cambodia pada masa tu. Gila tak gila? Syukur aku hidup di negara yang aman damai. Janganlah ada pemimpin zalim seperti Pol Pot.

Perigi yang digunakan oleh rejim Khmer Rouge 

"During the Khmer Rouge Regime, the killers executed victims and dropped them into the well. The victimes were handcuffed by the Khmer Rouge cadre. The executors used axes, hoes, wooden bars, sharp iron blades to whack the victims and dropped them into the well".


Tak dapat nak membayangkan kalau aku hidup kat sana pada waktu tu. Seram!! Jahat sejahat jahatnya ... terlampau jahat! Nak tengok orang sembelih lembu pun aku seriau, ini pula nak sembelih manusia. Camana jahatnya hati mereka time tu.

The Memorial Stupa 

Wat Thmey ni dibuka dari jam 8 pagi sehingga 4 petang dan takdelah besar mana. Sekejap je boleh settle satu pusingan. Cuma kalau baca satu persatu nota dia mungkin makan masa sikit.


Selain tu terdapat info-info yang boleh korang baca tentang sejarah Siem Reap pada zaman pemerintahan Pol Pot ni. Gambar black and white semua ada. Tapi tulang-tulang tu cuma ada di dua tempat kat atas tu sahaja. 

Ini dia .. leader of democratic Kampuchea
Baca dan baca
Inilah leader yang jahat sangat tu
Antara tulang-tulang yang dijumpai 
Dan terdapat patung buddha yang dibina kat Wat Thmey ni

Rejim Khmer Rouge ni berjaya digulingkan pada tahun 1979 semasa serangan Vietnam ke atas Cambodia pada waktu itu. Korang boleh tengok cerita-cerita pasal pembunuhan kejam era Khmer Rouge ni kat Netflix 'First They Killed My Father' atau filem lama Hollywood 'The Killing Fields'.