31 October 2019

ALHAMDULILLAH, SUAMI NAIK PANGKAT ‎‎JADI CAPTAIN

Sedar tak sedar dah 12 tahun aku in relationship dengan husband dan 8 tahun usia perkahwinan kami. Perkenalan di Friendster, blind date dan 4 tahun lepas tu kami kahwin. Aku kenal dia semasa dia masih di flying school Langkawi. Actually ter-add secara tidak sengaja sebab masa tu aku baru lepas putus cinta. Acah-acah nak move on, main random add, tanpa tengok siapa aku add. Lepas kenal tu baru aku tahu dia tengah belajar kat HMA Langkawi.

Husband masa kecil
Husband masa di flying school dengan kawan-kawan pilot dia

Husband aku dulu dapat scholarship Malaysia Airlines untuk study di Langkawi, then after graduated dari flying school dia terus kerja dengan Malaysia Airlines dari 2008 sampailah sekarang. Memang setialah dia dengan company tu. Puaslah aku pujuk dia apply middle east airlines semua .. Semua tak jalan!! Isk ...

Second pre-wedding photoshoot kami tema princess and his man

‎Ramai kawan-kawan dia kat MAS dah beralih company. Bukan setakat lari kerja kat oversea, lari pergi Airasia pun ramai. Tapi laki aku still maintain kat MAS. Katanya, dah ‎alang-alang dah ‎jadi senior First Officer, tunggu jela sikit lagi nak ‎jadi captain. Pfffttt .. 😒

Zaman dia baru start fly Malaysia Airlines

‎Kitorang kahwin masa dia bekerja sebagai second officer di Malaysia Airlines. Tak lama lepas tu dia naik sebagai first officer. Tapi aku kerap jugalah ikut dia pergi kerja. Lebih-lebih lagi bila dia bawa kapal Airbus A330 dan A350, lagi panjang langkah aku ikut dia pergi kerja. Hahaha.

Zaman dia ‎kerja sebagai second officer di Malaysia Airlines

Di Malaysia Airlines, tak sama seperti kat Airasia. Kalau kerja Airasia cepat je naik sebagai captain. Tapi kat MAS ni kena tunggu seniority. Sepatutnya dia dah naik lama, tapi takde slot dan kena tunggu senior lain naik dulu. So benda ni makan masa jugalah. Member dia dah ‎lama ‎jadi captain kat Airasia, dia baru nak naik. Lama gila okay? Eh, aku pulak yang stress. Haha.

Zaman dia fly sebagai first officer di Malaysia Airlines

Kalau korang tanya aku lah, sepanjang ikut dia pergi kerja ... kapal mana yang best? Aku suka kapal A330. Selesa sangat dan route dia pun best-best. Kapal baru A350 tu sempatlah aku ikut dia ke beberapa tempat seperti London, Sydney dan Osaka. Cuma seat dia sempit sikit compare dengan A330. Kapal A330 tetap di hatiku. Suasana dalam kapal pun best. 

Dari akhir tahun lepas, MAS mula buka balik jawatan captain tu. Ada position right to left (which is tak payah tukar kapal) dan turun command ke kapal 737-800. Tapi aku lagi suka right to left cuma slot tak banyak. Very limited compare dengan turun command 737-800. Haih, time ni ada conflict sikit dengan laki aku sebab aku nak dia tunggu sampailah ada slot right to left tu. Tapi lama gila nak tunggu dan dia pun give up. 

Husbandku kini bergelar Captain H

Command training dia pun makan masa yang sangat lama. Start kelas bulan April, habis training bulan October. Jenuh nak tunggu dia habis training. Dengan aku sekali stress terperap kat rumah. Itupun mujurlah aku beli tiket ke Siem Reap tahun lepas dan trip balik kampung Sumatera tu sebab dia ada cuti lama. Kami plan spontan. Stress melampau masa tu. Haha.

Sempat ikut trip terakhir dia sebagai first officer ke Sydney

Syukur, semua dah berakhir. Dia pun dah selamat ‎jadi captain. Lepas ni korang tengok aku fly dekat-dekat je lah kalau ikut dia pergi kerja. Haha. Harap tak lamalah dia fly kapal ni. Cepatlah naik airbus balik. 😂😂 By the way, terima kasih Malaysia Airlines for the opportunity dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Thank you so much. Syukur tempoh training dah berakhir. Lega!!

Congratulations Husband

p/s : dah naik pangkat ni, gaji bini pun naiklah kan? kehkeh.

41 comments:

  1. wahhhh tahniah... bestnya boleh terbang serata dunia

    ReplyDelete
  2. tahniah..behind every great man, there's a great woman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you .. ‎بتول tu nohas .. setuju!

      Delete
  3. wahhhh , bestnya boleh follow husband fly . Congrats and Alhamdulillah untuk kenaikan pangkat tu :)

    ReplyDelete
  4. Congrats captain! Seronok dapat fly bersama :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah to your husband...bestnya part dapat ikut pi keja tu..kapal kecik pun takpe janji dapat ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sis. kapal kecik ni banyak daily flight je and short layover .. :(

      Delete
  6. Alhamdulillah..tahniah... H
    harap satu hari nanti dapat la Naik flight dgn Captain H....
    "Saya Captain H, Kita sekarang bersedia untuk berlepas...."😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. kalau naik flight dia ... tegurlah .. jangan malu2

      Delete
  7. Tahniah captian dan untuk puan isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan En. Pilot.

    ReplyDelete
  8. congrats to him n to u too. best nya dapat jalan2 selalu.

    ReplyDelete
  9. Wahh tahniah. Happynye. Baca cerita pun terasa macam dah naik kapal terbang. Tahniah captain.

    ReplyDelete
  10. Wahhh, hang dah jadik bini captain la ni ya.. nak ikut bini captain ikut laki gi keje boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ‎اَلْحَمْدُ ِلله .. boleh2 .. meh cepat book tiket! حاحاحاحاحاحاحا²

      Delete
  11. Tahniah!! salam kenal. done follow sini. kita baru aktiv balik berblog harap sudi singgah blog kita dan follow. tqqqqq

    ReplyDelete
  12. tahniah utk encik suami..tahniah juga utk puan isteri sbb sabar tunggu dan tunggu dan tunggu walaupun sangap hahahah

    ReplyDelete
  13. Waaaah, sekarang ada movie "The Captain"! Teringat pulak baca entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ... ada ke? tak tengok lagi movie tu

      Delete
  14. wah..saya dah follow anda. Saya akan masuk blog anda dalam bloglist saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Wowwww hebat!!! Tang gaji Bini naik tu aku setuju!!! Hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... cepat je kan muuuuu.. حاحاحاحاحاحاحا²ha

      Delete
  16. congrats husband tatie..wah boleh buat novel 'suamiku kapten'..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you .. dah banyak sangat dah novel pilot ni ... حاحاحاحاحاحاحا²

      Delete
  17. Wahh, tahniah. Alhamdulillah, berkat sabar menunggu kan. Seronoknyaa boleh ikut husband fly..

    ReplyDelete
  18. Tahniah, seronok dapat sama ikut tengok tempat orang...

    ReplyDelete
  19. tahniah....sronok kan dapat tengok tempat org....

    ReplyDelete
  20. tahniah utk husband tatie...seronok wife dpt ikut husband fly tgk negara org

    ReplyDelete
  21. wah makin panjang langkah lah yea..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)