18 October 2019

AKU TAK FAHAM KENAPA DIORANG NI KEJAM SANGAT ...

KENAPA EH .. 
KENAPA KORANG KEJAM SANGAT? SERIUS TAK FAHAM!!

Pelbagai persoalan timbul kat kepala ni. Kenapala kejam sangat rejim Khmer Rouge ni? Habis kanak-kanak, mak bapak semua dibunuh secara kejam tanpa perikemanusiaan. Kenapa?? Sakit hati pulak aku membayangkan cara pembunuhan kejam diorang ni.

Killing Fields Siem Reap

Bukannya seratus orang tapi more than a million people yang dibunuh secara kejam dan ditanam oleh rejim Khmer Rouge (parti komunis Kampuchea) masa zaman pemerintahan Pol Pot. Sehinggakan ada yang dipaksa menggali kubur mereka sendiri masa sakit. Cukup kejam, tak boleh diterima akal fikiran. 

Alang-alang dah sampai ke Siem Reap ni aku pun melawat salah satu tapak Killing Fields ni. Yang paling besar adalah kat Choeung Ek, Phnom Penh. Tapi kata supir aku, killing fields ni ada di merata tempat cuma tak dikomersialkan sebab masa zaman Pol Pot dulu memang semua tempat dikawal oleh dia. Dah nama pun perdana menteri. Apo? Perdana Menteri yang sangat kejam!!

Bayaran masuk Killing Fields adalah 4100 Riel = $3/ person.

Disebabkan Nana lemah semangat tak nak masuk, maka aku masuk seorang sambil ditemani oleh supir Sofian. Yela, nanti siapa pula nak tolong ambil gambar aku kat dalam tu nanti. Untuk supir diorang tak kenakan bayaran.


Killing Fields di Siem Reap ni terletak di Wat Thmey. Tapi tak payah bimbanglah, kat dalam ni ada sekolah untuk sami buddha. Aku percaya selamat dan tulang-tulang ni semua takkan menghantui korang bila balik nanti.

Kejam kan? Itulah gambaran salah satu penyeksaan masa zaman Khmer Rouge ni

Ada yang dibantai sampai mati, ada yang disembelih, ada yang direjam atas pokok hidup-hidup, dibiarkan mati kelaparan dan pelbagai cara penyeksaan yang berlaku pada tahun 1975 hingga 1979 yang dianggarkan meragut nyawa 1.7 hingga 2.5 juta rakyat Cambodia pada masa tu tanpa mengira umur kanak-kanak mahupun dewasa semua habis diorang seksa sampai mati. Dianggarkan 1 per 4 dari jumlah penduduk Cambodia pada masa tu. Gila tak gila? Syukur aku hidup di negara yang aman damai. Janganlah ada pemimpin zalim seperti Pol Pot.

Perigi yang digunakan oleh rejim Khmer Rouge 

"During the Khmer Rouge Regime, the killers executed victims and dropped them into the well. The victimes were handcuffed by the Khmer Rouge cadre. The executors used axes, hoes, wooden bars, sharp iron blades to whack the victims and dropped them into the well".


Tak dapat nak membayangkan kalau aku hidup kat sana pada waktu tu. Seram!! Jahat sejahat jahatnya ... terlampau jahat! Nak tengok orang sembelih lembu pun aku seriau, ini pula nak sembelih manusia. Camana jahatnya hati mereka time tu.

The Memorial Stupa 

Wat Thmey ni dibuka dari jam 8 pagi sehingga 4 petang dan takdelah besar mana. Sekejap je boleh settle satu pusingan. Cuma kalau baca satu persatu nota dia mungkin makan masa sikit.


Selain tu terdapat info-info yang boleh korang baca tentang sejarah Siem Reap pada zaman pemerintahan Pol Pot ni. Gambar black and white semua ada. Tapi tulang-tulang tu cuma ada di dua tempat kat atas tu sahaja. 

Ini dia .. leader of democratic Kampuchea
Baca dan baca
Inilah leader yang jahat sangat tu
Antara tulang-tulang yang dijumpai 
Dan terdapat patung buddha yang dibina kat Wat Thmey ni

Rejim Khmer Rouge ni berjaya digulingkan pada tahun 1979 semasa serangan Vietnam ke atas Cambodia pada waktu itu. Korang boleh tengok cerita-cerita pasal pembunuhan kejam era Khmer Rouge ni kat Netflix 'First They Killed My Father' atau filem lama Hollywood 'The Killing Fields'.

37 comments:

  1. ya Allah. tak sanggup nak tengok gambaran kekejaman tu :'(

    ReplyDelete
  2. Huhu. Kejamnya pemerintahan polpot. teringat pula masa melawat muzium perang ho chin minh hari tu. Banyak mengisahkan kekejaman tentera us kepada orang vietnam. Memang seram juga terutamanya bila melihat alat seksaan yang di gunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan .. tau xpe. syukur kita tak hidup di zaman kekejaman dulu..

      Delete
  3. Kejam! memang kejam.. tak dapat bayangkan mcm mana lah peristiwa berdarah masa tu.. hishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat kejam. diseksanya penduduk siem reap tanpa belas kasihan

      Delete
  4. Hmmm memang kejam betul puak tu

    ReplyDelete
  5. Pernah baca sejarah Pol Pot ni..mana yang kena bunuh, kena dera sampai mati, kena sembelih dan rogol..macam - macam la..ikutkan memang kita bernasib baik x duduk dalam negara macam tu..dapat bayangkan macam mana kejamnya Pol Pot tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg teruk pol pot ni. sebab dia mengamalkan fahaman komunis. kat negara kita dulu pun zaman PKM and jepun camni juga tapi tak seteruk pol pot.

      Delete
  6. Tak sanggup nak bayangkan kekejaman regim tu dahulu.. kadang tak terpikir mcm mana manusia boleh membunuh sebegitu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah .. kita nak tengok lembu kena sembelih pun da seriau .. ini pula kalau jadi diorang, selamba sembelih and rejam orang lain

      Delete
    2. Hilang dah perikemanusiaan mrk.. :(

      Delete
  7. Pernah dgr cerita zaman ni dlm ceramah ustaz don danial. Serius sedih..pdn org kemboja ramai lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ... sedih kalau dengar kisah mereka ni. alhamdulillah diorang boleh hidup tenang skg. janganlah jd macam rohingya pula..

      Delete
  8. Sejarah hitam pada mangsa yang terselamat...hadoiii tak dapat bayangkan kalau kita kat tempat dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada yang terselamat ... confirm trauma

      Delete
  9. Allahu mmg seram kalo baca pasal kekejaman diaorg ni. Dah tak macam manusia dah

    ReplyDelete
  10. kena baca macam2 ayat ni.. kot2 ler semangat sesat ada waktu kita ke situ. hehehehe

    ReplyDelete
  11. Sungguh syukur kita tiada pemimpin yg sezalim ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta-mintalah jangan ada di masa hadapan..

      Delete
  12. skrg pulak samalah mcm rohingya kat burma tuuh.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam rohingya, kashmir, palestine .. senasiblah mereka ni semua

      Delete
  13. kekejaman yang dah jadi sejarah.
    tetapi muncul kekejaman di tempat lain pula

    ReplyDelete
  14. Kalau aku Tie, memang tak berani masuk, seriau sebab dulu pernah kena sampai mengingau aku tido dek sebab melawat tulang-tulang kat museum dulu. Entah laaa...
    Eh nanti nak nengoklaa versi Hindi tu..

    ReplyDelete
  15. Untung gak ada film dokumenternya. Kalau ada, makin terbayanglah suasana waktu itu..

    ReplyDelete
  16. kejam betul mereka. Dibunuh dengan cara macam tu sekali. Kalau masuk sini kena jiwa kental tengok sejarah pembunuhan kejam.

    ReplyDelete
  17. sy sempat singgah ke sini 2 thn lps... x sanggup nk duduk lama2 sbb rasa seram sejuk ;-)

    dr sumber yg penah sy baca, angka korban pol pot ni sbnr nya lbh bsr drpd yg dinyatakan (yg umum tahun)

    ReplyDelete
  18. Ramainy yg terbunuh teruk betul Khmer rouge

    ReplyDelete
  19. kalau baca kisah pol pot ni..mmg sakit hati sbb dia punya sikap kejam tu...adehhh!!!

    ReplyDelete
  20. Aduh seram taw baca. Kesian mereka. Rasa bersyukur sgt kita dapat hidup aman.

    ReplyDelete
  21. Movie kat Netflix tu pun akak x sanggup tengok apalagi nak lawat tpt ni, mesti akak akan teringat2 tu nanti...

    ReplyDelete
  22. oo..kat Netflix ada ke?nak tngok la time cuti weekend ni. tak tau sejarah pasal pol pot ni..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)