23 October 2019

UKIRAN CANTIK DI PREAH PROMH RATH PAGODA

HELLO  ... HI .. ASSALAMUALAIKUM

Blank kejap otak ni sehari dua ni sebab memikirkan baby Eijaz. Alhamdulillah .. baby dah selamat operation sekarang tengah slow-slow recover dari sakit. Terima kasih kepada anda semua yang mendoakan anak buah aku yang kecil cilik tu. Terima kasih.

Untuk trip Kemboja or Cambodia ni, aku masih berbaki dua entri sebelum aku update entri itinerary lengkap ke Cambodia baru-baru ni. Fuhhh .. semua aku nak cerita kalau boleh. Sharing is caring... keeennn?!

Hari ni aku nak cerita pasal Preah Promh Rath Pagoda.


Pertama sekali, Preah Promh Rath Pagoda ni memang takde dalam itinerary aku. Aku pun tak pernah tahu kewujudannya sebelum aku sampai sini. Entah tetibe masa tengah breakfast pagi tu, aku scroll group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) kat Facebook. Adalah orang ni, dia share itinerary dia. Aku pun bandingkan itinerary aku. Pastu apa yang takde, aku tambah dan minta Sofian tengok. Dekat ke idok. Tapi aku memang tak google apa yang aku tambah tu. Tambah berdasarkan komen orang sahaja. Haha.


Tetiba Sofian stop kat Preah Promh Rath Pagoda ni. Terkebil-kebil aku dengan Nana. Ape ni? Hahaha. Terlupa pula aku masukkan tempat ni sekali dalam itinerary tadi. 


Masa kitorang sampai tu takde tourist lain pun except for language class yang diadakan kat salah satu bangunan yang terdapat di Preah  Promh Rath Pagoda ni. Lagi bertambah blur aku. Haha.


Rupa-rupanya ni adalah salah satu temple yang berdekatan dengan Old Market dan Pub Street. Temple ni bukanlah temple baru. Dah lama dah, cuma dia jaga dengan rapi. Ukiran-ukiran temple ni dicat dengan warna warni menyerikan lagi kecantikan temple ni.

Ukiran timbul pada dinding temple 

Aku tak masuk sampai ke dalam sebab malas nak buka kasut dan mengejar masa untuk ke tempat lain. Walaupun rushing sempatlah pusing-pusing kat luar temple ni sambil tengok kat instagram kot-kot ada spot foto yang menarik kat sini. Suprisingly, banyak! Every sudut kat temple ni cantik. 

Kalau kat tripadvisor, temple ni jatuh no 31 dari 153 aktiviti di Siem Reap.


Kalau korang ada banyak masa di Siem Reap bolehlah singgah ke sini. Tak ramai pun tourist kat sini. Maybe sebab low peak season. Tapi senanglah ambil gambar, tak macam kat Angkor Wat kena tunggu line clear. Haha. 


Kelas bahasa Jepun di Preah Promh Rath Pagoda

22 comments:

  1. bestnya...xpernah smpai cni lg....

    ReplyDelete
  2. bestnya kak kalau dapat travel ni. haha,. seronok tengok gambar2 orang keluar negara . sy masih belum berpeluang lagi. alasan passport dan duit masih samar2. hahah

    ReplyDelete
  3. Menarik..taksub jap tengok lukisan timbul tu..rajin diorang belajar erk..

    ReplyDelete
  4. congrats fo new family member..salam dari blogger indonesia. best sangat aka satu ni

    ReplyDelete
  5. Untunglahh..

    ReplyDelete
  6. kak ana doakan semoga baby eijaz kembali sihat sepenuhnya, aamiin. Cantik juga Siem Reap ni kan, ada senibina nya yang tersendiri walaupun agak sama dengan Thai :) alhamdulillah tatie dah banyak negara jelajahi.. seronok sangat kan :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah baby Eijaz selamat oeprate.moga cepat sembuh..Aaminn
    suka tengok tempat yang ada ukiran seni..kalau datang sini semua sudut ambil gambar :)

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat travel macam nie kan, dapat tengok tempat atau budaya negara luar..

    ReplyDelete
  9. Temple memang cantikkan, memana pun, masa ke Bangkok pun sama, teruja aku nengoknya, sebab penjagaan mereka begitu teliti dan rapi...kadang sampai duk tengok pusing-pusing, sampai lupa aku nak amik gambo hahahahah

    ReplyDelete
  10. Cantik lukisan timbul tu . Bestnya dapat travel banyak tempat .

    ReplyDelete
  11. dah 2x pergi seiam reap tapi tak masukkan list pagoda ni dalam itie..cantik pulak senibina nya..

    ReplyDelete
  12. ada kelas bahada jepun? menarik

    ReplyDelete
  13. best nya tengok gambar2 kat post ni. alhamdulillah tumpang gembira. hehehe

    ReplyDelete
  14. Seronok juga bila tiba2 tahu ada tempat baru yg boleh di lawat ni..kira unplanned trs pegi sini kan sis.. masuk masukkan kt Iti Cambodia nti..:)

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaa jalan jalan tengok tempat orang. Kita tak pernah sampai lagi Cambodia ni

    ReplyDelete
  16. cantik...tk dpt pegi..tgk org share pn best

    ReplyDelete
  17. berseni sungguh kan diorang punya arts ni..
    halus2 detailed sangat.

    ReplyDelete
  18. Wahh tak sampai sana lagi. Best tu

    ReplyDelete
  19. Sejak dulu akak memang kagum dgn senibina yg ada ukiran ni, halusnya kerja seni mereka memang tak tercapai dek akal

    ReplyDelete
  20. Menarik senibinanya. bila nak keluar jalan2 oversea jugak ni.

    ReplyDelete
  21. Uniknya senibina dekat sana. btw, yeay jadi follower no cantik #800

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)