Habis je tour Hobbiton, kitorang cepat-cepat bergegas ke Rotorua. Dalam hati aku memang dah jangka kitorang sampai lewat. Itupun nasib baik malam lambat kat sini.
Dari Matamata ke Rotorua adalah lebih kurang 2 jam perjalanan. Tengok pada cara pemanduan korang juga. Kalau drive ala-ala pemandu F1 cepatlah sampai. Hehehe.
Tapi sayangnya, kitorang sampai lewat. Around 5 macam tu. So banyak tempat dah tutup. Alahai takde rezeki kitorang nak explore bandar Rotorua ni. Sedih...!!
Rotorua ni dikenali sebagai kota sulfur kerana bau belerang yang sangat kuat. Sana sini ada geothermal area dan mud pool. Geram je aku tengok mud ni, orang kata bagus untuk licinkan kulit. Ikutkan hati nak amek sikit then sapu-sapu kat kulit. Haaa.. Kahkah.
Yang ni kat park dia tau. Pun ada geothermal juga. Siapa yang tak suka bau busuk, aku tak galakkan korang datang ke sini. Nanti banyak bunyi. Kehkeh.
Next ke, Lake Rotorua. Dah takde tempat nak pergi, ke sinilah kitorang spend time. Itu pun rushing. Aku hampir-hampir tergoda nak naik heli kat sini. Tak mahal seperti kat Malaysia. Cuma terpaksa lupakan niat tu sebab ikut diorang. Nanti naik berdua dengan Encik H, tak pasal-pasal kena tinggal. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa... =(
Stress aku plan lari gara-gara semua tempat yang nak dikunjungi tutup. Arghhh, ini boleh dijadikan alasan untuk datang balik ni. Tapi seriously, kalau nak ke Rotorua dari Auckland memang tak sempat 1 hari. Korang kena bermalam kat sini, then baru puas untuk jalan-jalan. Setakat 1 hari?? Tak cukup... Jauh, penat dan tak berbaloi.
Seterusnya ke, Skyline Rotorua. Kat sini pun salah satu tourist attraction dan femes dengan luge dan lain-lain lagi. Tapi kami lewat beberapa minit je. Masa sampai tu dah tutup dah tinggal cable car untuk naik ke atas (restoran) je.
Haih, dugaan betul By the way, siapa ke Rotorua, silalah ke sini dan try Skyswing, Zoom zipline dan lain-lain lagi. Tapi jangan datang last minit macam aku. Sumpah rugi. Isk, isk.
Tak banyak benda kitorang buat kat Rotorua ni memandangkan sampai lewat dan hari dah semakin gelap. Kitorang pun kena rushing balik ke Auckland. Sepanjang jalan ke Auckland yang tadi dipenuhi dengan hijau, kambing biri-biri dan lembu tu bakal gelap kejap lagi.
Dugaan nak balik malam yang menyeramkan sebab suasana jalan yang gelap tidak berlampu sepanjang jalan. Erkk!!
NZ memang tak boleh pergi sekejap2... 2 minggu pun kekadang rushing... attractions mcm Rotorua mmg kena sleep over unless you sampai sana pukul 9 pagi lah..
ReplyDelete