SERTAI UJIBAKAT DRAMA SELUDUP DAN MENANGI RM15 RIBU

By | 7/10/2014 08:30:00 am 16 comments
"Salah ke beli barang cetak rompak? Satu, murah. Dua, sama je rupanya. Tiga, untuk student kolej macam I, tu je yang mampu! Yang bestnya, semua orang buat kot. Kalau dah semua orang beli DVD cetak rompak, download movie kat Internet, mesti tak salahkan" - skrip

Heppp, siapa kata TAK SALAH?? Salah tu hoi.

Membeli barang cetak rompak adalah satu kesalahan besar tau tak? Lebih baik sertai ujibakat program TV terbaru, SELUDUP. Program TV yang bakal disiarkan tak lama lagi ni sedang mencari pelakon-pelakon baru untuk diketengahkan kepada umum. 

Hehehehe. Ops, terlupa. ASSALAMUALAIKUM SEMUA. 

Berminat nak jadi pelakon? Berlakon di samping pelakon-pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Raja Ilya dan lain-lain? Sesuatu yang vasssss... Memang dijangkakan akan meletup!

Selain dari berlakon, korang juga berpeluang memenangi wang tunai sebanyak 15 RIBU. Tak mahu ke?? Banyak tu. Fuhhhhhhhhhhhhhhhh~

Korang tak nak aku nak!!! Lalalala. =P

DRAMA SELUDUP

Ujibakat SELUDUP berlangsung dari 25 Jun hingga 3 Ogos ini. Eh, tak perlu susah payah pakai cecantik. Apa yang korang perlu buat adalah BUAT VIDEO, kemudian hantarkan ke Facebook SELUDUP : DRAMA SELUDUP.

CARA-CARA MENYERTAI UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

DRAMA SELUDUP

Undian LIKE 50 | Undian Juri 50

So EASY.. eh aku pun ada hantar penyertaan tau. Tapi sesaja je. 
Jangan pula korang gelak. Muahahaha.

Oh ya, nah .. contoh video Ujibakat DRAMA SELUDUP

bravo blogger Minda Syukri

Sebelum aku terlupa, pasti korang tertanya-tanya. Apa tu SELUDUP? Nak seludup apa? Kenapa SELUDUP? Drama terbaru? Siapa pengarah dia? BEST KE?

DRAMA SELUDUP ni diarahkan oleh Jehan Miskin. Mula ditayangkan pada hujung tahun dan akan memulakan penggambaran tak lama lagi. Drama Seludup ni mengisahkan tentang Amran (lakonan Pekin), bekerja sebagai seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata. 

Amran mempunyai seorang adik bernama Jai (lakonan Syafie Naswip) dan seorang kekasih bernama Yasmin (lakonan Tiz Zaqyah). Konflik bermula apabila Amran menghidu satu aktiviti tidak sihat di kampungnya.

Sekumpulan geng jahat melakukan aktiviti penyeludupan dengan mengupah nelayan untuk menyeludup arak, rokok dan manusia. Apakah tindakan Amran dalam menyelesaikan masalah ini? Bagaimana pergelutan antara dia dan ahli kumpulan itu? Bagaimana pula nasib Yasmin? 

Jeng, jeng, jeng ... semua jawapan ini ada di dalam DRAMA SELUDUP.

PELAKON-PELAKON DRAMA SELUDUP
PELAKON-PELAKON DRAMA SELUDUP

Dan sedikit sedutan semasa Press Conference 
DRAMA SELUDUP


Tak sabar rasanya nak menyaksikan drama terhebat ini. Aku jangkakan bakal meriuhkan kaca tv korang tidak lama lagi. Jangan lupa menyertai ujibakat DRAMA SELUDUP ni tau. 

Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari :

Facebook :

Instagram :

Good luck! Buona Fortuna!
Newer Post Older Post Home

16 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane