PERCUTIAN KE MUMBAI VERS 3 (RAMADA HOTEL POWAI)

By | 2/01/2012 10:09:00 am
continue from MUMBAI VERS 2.

MUMBAI VERS 3. 22-24 Januari 2012

let's continue with my story about Mumbai...

as i said before, kitorang tak stay kat hotel yang sama. dari satu hotel ke satu hotel, like i did when i went to jakarta before. alasan, nak merasai suasana berbeza, plus harga hotel lain-lain tau. x percaya try la, set date sekian sekian.. mesti ade satu hari tu mahal.. so daripada mahal, baik cari hotel lain kan? lagi best dan dapat rasa tempat yang berbeza.. ini pendapat i la kan.. lain orang lain citarasa. hehehe..

so, for 22-24 Januari, i pilih hotel yang jauh dari segala menda... iaitu Ramada Powai Hotel & Convention Centre ... (4.5 ****) ... bilik hotel ni agak luas juga... but lobi dia tak sebesar Vivanta-Taj... and i purchased internet dia sangatlah murah!!! about rm30 for 24hours..... (opsss kat mumbai ni takde internet free tau, semua kena bayar!)

cuma i pelik lah, kat sini orang cakap takde pig, but when u go to breakfast, ade pulak pork la, bacon la, hurm... so becareful.. luckily kat sini macam london jugak.. separate between vegetarian and non-vegetarian... tapi serik weh! 7 days asyik makan menda sama.. tekak macam da tak boleh terima dah!

me at Ramada Powai Hotel & Convention Centre
Entertainment & Dressing Table
katil
singgah R-City Mall... antara shopping mall yang famous kat sini.. but indah kat mall je, korang keluar je, ada tahi manusia berciciran kat tepi mall.. masih segar dlm ingatan!!! hahaha
Mumbai First Ice Skating Rink... @ R City Mall
Mani Bhavan yg wajib singgah ... before off to Powai..
tempat Mahatma Gandhi
suasana dalam Mani Bhavan
I paling suka bab-bab ni.. mereka sangat kreatif ok..
menghidupkan watak mahatma gandhi
private hospital mumbai
sekitar Universiti Of Mumbai
Linking Road - nak beli chapal ke, ape2 kat sini paling best
ops.. kat sini ade high street fashion shop .. mcm Charles & Keith, La Senza, Calvin Klein, Nine West tu semua sangat murah ok kat Mumbai.. yela kilang kat sini kan...

nak ke Powai ni, anda akan melalui Juhi.. (tempat dia very 5 stars, most 5 stars hotel macam JW Mariott & lain-lain tu kat sini, rumah Kajol, Amitabh Bachan semua kat sini, and popular beach, Chowpatty Beach pun kat sini.... - kata Vijay tempat orang-orang kaya India).. hahaha.

station minyak mumbai *lagi class station minyak kita*

so far, Ramada Powai ni okla not bad.. nak keluar naik tut-tut pon boleh.. or taxi... berbanding dengan Vivanta memang takde tut-tut langsung...kat R-City tu, bedsheet sangat murah! opss.. lupa, time i pegi ni, mumbai tengah sale.. sana sini sale .. ada sampai 70%... memang murah bertambah murah....

cuma, keadaan kat sini, kaya sangat kaya, miskin lagi miskin.. dan lagi teruk berbanding jakarta... at least kat jakarta, diorang tahu mandi.. kat sini, masyallah... i tak salahkan diorang, mungkin budaya mereka kot..

pantai diorang pun super busuk... kotor dan hitam.. but diorang still mandi manda.. tengah hari pulak tu... memang i tak faham.... but don't worry mumbai takde la seteruk yang disangkakan... tak semua rakyatnya busuk.. dan tak semua tempatnya kotor. i buat rumusan macam ni je, kalau korang da selalu pergi jalan masjid india, then takde masalah untuk korang datang sini. lebih kurang sama...

cuma some places, orangnya tinggal kat tepi jalan.. so buang air pun kat tepi jalan... jadi hati-hati ketika melangkah! but not semua macam tu... i suke colaba street... situ bargain pun best, tempat pun best...

to be continue in MUMBAI VERS 4

Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane