.hi gorgeous.
and now, jom beralih kepada decoration pula. nak cerita semua, panjang lebar.. nanti panjang-panjang mengantuk pula nanti. so, let me divide kepada tiga. untuk hari ini, i nak bercerita pasal decoration kat rumah i sepanjang majlis nikah tempoh hari.
seperti yang sedia maklum, untuk rumah, kebanyakannya saya DIY sendiri dan untuk pelamin pula, hasil kerjasama saya dan abang saya...alhamdulillah sangat menjimatkan!
majlis lebih kepada santai dan relax sesuai dengan masa nikah iaitu jam 9 pagi. JOM LIHAT~
Guestbook Corner
ini adalah kerja gila. cuba teka pukul berapa saya decorate guestbook corner ni? hahaha.
jam 3 pagi! yes TIGA PAGI, 6 jam sebelum nikah...
and yes, memang malam tu tidur kejap! about 2 hours..
nasib baik mua pandai cover eyebag ni
hahahaha
untuk guestbook corner ni, saya menggunakan :
1) 2x pasu
2) 2x sangkar
3) karpet bulu2
4) cawan
5) guestbook (nanti i review later)
6) beberapa batang pen
7) bunga manggar DIY (nanti i review later)
dari belakang
dari hadapan
gambar size alas pinggan .. didesignkan oleh Farrahin Fuzi
Meja Hadiah
untuk meja hadiah, i buat plain sahaja. maklumlah, just untuk letak2 hadiah.. nasib kat kotak ada kain kuning.. main bedal je lah. hehehehe.
Bilik Tidur
untuk bilik tidur, i just nak very2 simple decoration. sebab bilik ni untuk sesi make up sahaja. Nak dijadikan cerita, terlupa letak comforter! haduhhh.. tu la, leka bab-bab lain sampai terlepas pandang kat menda kecik ni. i tersedar bila i tengok gambar ni.. masa majlis tu pun still tak sedar2 lagi. pangggg!!
untuk bantal dan cadar, I beli time sale kat mid valley. memang murah berganda-ganda. manakala, langsir pula disponsored oleh kakak I.. awww... sayang kakak! dan di hadapan katil, i letak karpet bulu bagi nampak cantik lagi...
my katil
suasana kecoh semasa sesi make up
Hall
sebenarnya, i memang rasa tak puas hati sangat terhadap hall ni. coz malam before nikah, ruang hall ni sama macam i sketch kat dalam entry sebelum ni.. ada karpet bulu antara my husband dan abang i dan di tepi ada platform untuk letak hantaran seperti dalam ni : my sketch .. tapi ntahla, siapa yang menukarnya di pagi hari pun i tatau la... biar tuhan sahaja yg balas! penat aku buat WOI!
I hanya mampu senyum je. yes, memang sempit sebab jumlah tetamu yang hadir ramai.... nak tak nak i akur je, padahal da setting baik, kat mana family duduk, kat mana husband duduk.. haish!!
suasana di mini hall
my solemnization dais
candle lantern i borrowed from "something borrowed by nawal"
manakala, lilin dan bantal2 tu i beli dari Jusco..
terima kasih kepada Zalia Bukhari (b2b blogger) yang menyewakan 2 biji bantal nikah bulat untuk husband dan abang saya duduk... dan JKRpd sebab sponsored PA system... hehehe..
terima kasih kepada abang saya, Ikmal sebab sudi melayan karenah adiknya ni
terima kasih kepada my MUM sebab jadi bank bergerak.. hehehe
dan terima kasih kepada semua yang menolong saya dalam buat bunga manggar dan lain-lain lagi
- auntie moon, auntie dar & jalina