ENTRY TERAKHIR - MAJLIS PERTUNANGAN

By | 12/17/2010 11:15:00 am
credit to Custom Pictures


Ini merupakan entri terakhir pasal majlis pertunanganku. Dah 9 entri pasal tunang. Nanti orang naik menyampah kat blog ni. Biarla setengah aku cerita dan setengah lagi aku simpan. Yang penting, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, aku happy, mummy happy and semua orang happy. Itu paling penting dalam hidupku.

i love my mini pelamin .. how about u?


Aku berterima kasih tak terhingga kat abangku, kerana sudi melayan karenah adiknya yang cerewet ni. nak itu nak ini, tak sesuai yang tu dan macam-macam lagi la. Kasihan dia dan aku bersyukur ada mak yang sentiasa penuhi hajatku. Terima kasih mummy, you are the best mother in the world.

my family and relatives

chocolate fountain in the dessert table

Besok, genap seminggu aku bergelar tunang Hazrul. sepanjang minggu ini, aku rasa bahagia sangat. Mungkin inilah orang cakap, darah manis, muka pun senyum je. hahaha. 


love both of u so much


Tiada apa yang aku harapkan dari kalian, cuma doa supaya jodoh kami berkekalan dan ibuku sihat walafiat. 2 important people in my life, I love, love and love them so much. Insyallah, jika tiada apa-apa, tidak sampai setahun sahaja lagi untukku bergelar isteri. *gulp*... Banyak preparation harusku buat mulai sekarang. Sikit-sikit telahku rangka beberapa draft. Sedangkan bertunang ku ambil 6 bulan untuk membuat persediaan, ini pula perkahwinan. *pengsan*...


my baju and veil
what is your comment pasal ni?


Tarikh sudah ade dalam genggaman, cuma tempat masih dalam igauan. pening nak memikirkan. Setakat ni, dalam kepalaku, rumah, dewan, allson or royale bintang.. Tapi memandangkan kawanku dan family agak ramai, aku rasa mahu di rumah sahaja. kalo di dewan, aku terpaksa limit kawan ... Lebih-lebih lagi di hotel, lagi terpaksa pilih kawan. Bukan apa, dewan yang hanya cukup 1000 orang tu, mana muat jika dijemput semua. betul tak?

shussshhh
i'm not going to tell you about my W-preparation
theme : Secret & suprise
hahahaha

Amekkkkk ko! Aku ingat kerja kawen ni senang. susah sangat rupanya. kena banyak bersabar, kena banyak fikir dan fikir. haishhhh. Sehubungan dengan itu, aku mahu ia menjadi suprise. Aku tidak akan menceritakan persiapan perkahwinan aku disini, sebaliknya, tunggu... Insyallah

debaran menjadi isteri sudah mula terasa
*dupdapdupdapdupdap*
doakan yang terbaik
~insyallah~
Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane