AWAS DENGAN SERANGAN ASMA!

By | 3/24/2010 11:48:00 am

RARA's PICTURE
(picture ~ courtesy of Irqin)


Last week, i received BBM from Irqin, yang mengatakan bestfriend dia Rara sedang koma di hospital dan meminta jasa baik semua orang mendoakan agar Rara sihat kembali.

Rara, pengsan mase jogging ngan Irqin and terus unconcious sampai ke arini. Kesian dia. Rase mahu pulak mengharamkan sesape yang ade asthma please jangan jogging. Bahaya! so, i pon rase nak jugakla tahu apa yang perlu pesakit-pesakit asthma ni cegah before its too late.. dengan sangat rajin sekali, I pegila ke laman google..


Pesakit Asthma perlulah mengetahui 6 perkara ni terlebih dahulu :
  • understand the asthma care plan
  • know your symptoms
  • know your peak flows
  • know your medications
  • recognize early warning signs
  • identify indications for emergency cares
Setiap orang mengalami symptoms asma yang berbeza. Sesetengah orang akan mengalami serengana sementara dan ada orang yang mengalami dalam satu tempoh yang panjang . Anda sebagai pesakit, perlulah mengawal gejala asma seperti sakit dada, wheezing, sesak nafas dan batuk kronik.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGALAMI ASMA?
  • anak-anak yang berusia 5 tahun kebawah
  • orang dewasa di usia 30-an
  • orang dewasa yang berumur 65 tahun ke atas
  • mereka yang tinggal di kawasan Urban
Kanak-kanak berisiko tinggi terdedah kepada penyakit ini, jika :
  • ahli keluarga mempunyai sejarah tentang penyakit ini
  • mereka yang mempunyai alahan
  • mereka yang terdedah kepada asap dan pencemaran udara
APAKAH YANG BERLAKU KETIKA SERANGAN ASMA?
orang yang menderita asma akan mengalami kesukaran untuk bernafas ketika saluran paru-paru mereka menjadi sempit dan pernafasan akan menjadi lebih sukar. Masalah ini disebabkan oleh sensitiviti yang berlebihan daripada patu-paru dan saluran udara. Paru-paru dan saluran pernafasan bertindak balas berlebihan terhadap pemicu tertentu yang akan menyebabkan :-
  • lapisan saluran udara menjadi meradang dan bengkak
  • pengencangan otot-otot yang mengelilingi saluran pernafasan
  • peningkatan pengeluaran lendir
  • pernafasan menjadi lebih keras dan mungkin tercedera
  • mungkin ada batuk
  • mungkin ada wheezing atau bersiul suara, yang berlaku kerana aliran udara yang bergerak melalui saluran udara yang menyempit.
APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN ASMA?
  • alahan (spt makanan, habuk dll)
  • jangkitan pd saluran pernafasan dan sinusitis
  • irritants @ alergik(spt bau semburan perfume, bahan kimia yg berdebu, pencemaran udara dan perubahan cuaca)
  • alahan pd ubat (spt aspirin dan sulfida)
  • exercise(spt berlari dlm jarak yg jauh yg berkemungkinan terdedah kpd udara sejuk & kering)
  • gastroesphageal reflux @ GERD, suatu kondisi yang ditandai oleh gigih beserta refluks asid perut adalah umum pd individu asma. Gejala yang berkemungkinan termasuklah perut yang memulas, bersendawa, atau muntah pada bayi.
  • asap(terutamanya pd asap rokok)
  • stress yang berlebihan (reaksi drpd stress & kecemasan dianggap lebih berpengaruh drpd penyebab)
LANGKAH-LANGKAH YANG DISYORKAN KETIKA MENGALAMI SERANGAN ASMA:
  • gunakan inhaler anda secepat mungkin
  • duduk dan pastikan pakaian anda seperti tali leher, tali kasut dll dikendurkan dan jangan baring.
  • jika tiada peningkatan, teruskan mengambil one puff daripada inhaler pada setiap minit selama lima minit atau sampai menunjukkan perubahan yang positif pada pesakit.
  • jika pesakit masih gagal menunjukkan perubahan dalam masa lima minit atau masih mengalami serangan asma, telefon 999 atau bawa pesakit ke hospital dan klinik dengan segera.
  • teruskan menggunakan inhaler dalam setiap minit sehingga bantuan kecemasan sampai.
:: mak cik kerepek bercakap ::
kadang-kadang tak paham, orang yang ade asma tapi masih degil nak merokok!
Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane