PENGALAMAN MENGINAP DI DUYONG MARINA & RESORT TERENGGANU

By | Sunday, June 21, 2015 Leave a Comment
Tahun lepas, serious jeles kat peserta Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 yang menginap kat sini. Tapi Alhamdulillah, tahun ni turn aku pula menginap kat sini. Weeee..!!

Duyong Marina & Resort Terengganu ni salah satu resort mewah yang terletak di Pulau Duyong Terengganu. Dulunya dikenali sebagai Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa tapi now dah tukar nama jadi Duyong Marina & Resort Terengganu. Short and simple, senang ingat! Hehe.

Duyong Marina & Resort

Duyong Marina & Resort Terengganu ni sering menjadi tumpuan khususnya bila Monsun Cup diadakan. Maklumlah belakang ni je. Tapi aku difahamkan kini Monsun Cup dah beralih ke negeri Johor Darul Takzim.


Welcome Note .. Hehehe

Resort ni bukanlah terletak di tepi laut macam Primula. Laluan masuknya akan melalui anak sungai. Senang cerita resort ni dekat dengan Masjid Kristal dan juga airport. :)

Jenis Bilik : Serambi (Deluxe Room)

Taraaaa, excitednya tengok bilik. Tetiba rasa nak lompat-lompat atas katil. Hahaha. Inilah percutian yang ku dambakan. Sangat menenangkan. Ada sekali tu sedang ambil angin di balkoni tetiba dihiburkan dengan kehadiran burung kenyalang yang berkicauan.

 

Bilik yang sangat sangat sangat luas !!! 


Lumrahlah bila tidur dalam chalet kayu sebegini ada dua tiga nyamuk akan datang menyibuk. Tapi tak payah khuatir sebab ubat nyamuk turut disediakan kat sini. Jadi jangan bimbang pasal nyamuk. Anda bimbang, diorang lagi bimbang ... Hiks!


Toilet mana toilet? Toilet dia paling best. Banyak-banyak chalet yang aku pergi, inilah yang paling selesa dan mewah. Ada dua jenis tempat mandi. Satu berdiri dan satu bathtub. Rasa-rasa nak berendam mandilah bathtub, rasa-rasa nak quick shower, mandilah kat berdiri. Hehehe.


Serious best resort ni. Cuma kalau nak keluar dari sini macam payah sikitlah. Kena call teksi atau minta kenalan ambilkan. Tapi kalau tak silap ada bot ala-ala penambang kat belakang ni. Kalau tak silappp. Hahhaa. Oh ya dari sini ke airport RM30/fix price kalau naik teksi and sehala ye. (Masa balik hari tu aku dan Pojie naik teksi ke airport.)

Bagi yang menginap di chalet, korang tak perlu penat-penat jalan kaki untuk ke lobby. Sebab kat sini ada buggy. So takdelah penat nak jalan kaki. Hehehe.

Ambil Angin Petang .. Hehe
Laluan ke Dewa & Gym
Gym
Breakfast di Kafe Verandah

Swimming pool mana? Swimming pool tengah renovation. Isk, isk. Apa-apapun, terima kasih Tourism Terengganu dan Gaya Travel Magazine kerana sudi menjemput Kisah Tatie join Festival Candat Sotong tahun ni. Best sangat-sangat!

Apa yang ada kat Duyong Marina & Resort ??
- Free WIFI
- Sewa peralatan suka seperti basikal, volleyball & etc
- Perkhidmatan dobi
- Tempat letak kereta
- Baby care (mana tahu mak nak jalan tanpa bawa anak)
- Gym
_____________________________________

Selamat bercuti !!!

Newer Post Older Post Home

0 BUAH HATI KISAH TATIE:

Sexy Red Lips