007 SEBAB BELOG ANDA GEMPAK

By | 3/14/2014 02:16:00 pm 40 comments
Sedar tak sedar dah 7 tahun Nuffnang bertapak di Malaysia. Kejap je kan? Tapi apa tu Nuffnang? Nuffnang adalah sebuah agensi periklanan blog yang terunggul di Malaysia. Jadi, sesiapa yang tak daftar Nuffnang haruslah cepat-cepat daftar. RUGI uolsss ada blog tapi takde Nuffnang. 

Sepanjang aku join Nuffnang, macam-macam aku dapat. Pergi event-event besar, dapat pergi tengok Premiere percuma, produk review dan banyak lagi. Yang paling best, of course.. 'tabung kesayangan', selain dari berkenalan dengan blogger-blogger ternama di Malaysia.

Kini, Nuffnang semakin dikenali dan berkembang ke tujuh buah negara dan serasi dengan title yang mereka dapat 'The World's Leading Blog Advertising Company'. Hebat tak hebat? Itulah Nuffnang yang menjadi kebanggaan blogger-blogger Malaysia.

Untuk meraikan angka '7', Nuffnang menjemput para blogger sekalian untuk join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang. Senang je.. Simple dan easy. Wahwahwah. Caranya : anda hanya perlu beri sebab dan buat entri.

Eh, jap. Nak tahu tak? Tema kali ni lagi happening berbanding sebelum ni, iaitu "James Bond : Lost in Amazon". Homaiggg. Nak join!! Terbayang-bayang betapa meriahnya event kali ni. Tak sabar! TAK SABAR ! tak sabar.

Tapi sebelum tu kenalah nyatakan dulu 7 sebab kenapa blog anda GEMPAK. erkk.. Gempak ke Blog Kisah Tatie ni? urmm.. Entahlah wei. Aku rasa biasa.. hahaha Tapi disebabkan kena bagi sebab, maka, aku pun buat rumusan sendiri .. hentam sajalah!

1) Article aku dah beberapa kali keluar kat Utusan Malaysia, the latest beberapa minggu lepas.

the latest pasal Cameron Highlands
beberapa bulan lepas, pasal Kuching

* Tersenyum kejap bila nampak nama di penghujung cerita*

2)  Blogger Pilihan Utusan (ruangan .Com)


3) Blogger Pilihan Intrend, semasa di link terdahulu lifeaftermarriedwithhim


4) Kerap masuk Majalah/Suratkhabar 


 Boleh merujuk kat link ini, untuk tengok lain-lain gambar : Featured in Media

5) Yang ni, aku segan nak cakap.. Interview dibuat semasa lawatan ke sana tempoh hari.



6) Kerap kali mendapat jemputan untuk menghadiri event-event/produk review

Bloggers Trip ke Spritzer bersama Blogger Otai

7) Kerana saya adalah AHLI NUFFNANG SINCE 2009 .. (sejak dari blog lama)

status Glitterati

Insyallah akan terus setia bersama Nuffnang

Dah cukup tujuh sebab.. Fuhhh, penat fikir kenapa dan KENAPA. Walaupun dah hampir lima tahun aku menulis blog, tapi masih banyak yang aku kena belajar especially dari segi bab penulisan. Kalau korang nak cadangkan something ke apa ke, SILAKAN. Aku sangat-sangat menghargai. Aku hanya sekadar blogger biasa. Terima kasih kerana sudi membaca.

Berbalik pada "James Bond : Lost in Amazon" - sempena Nuffnang Tujuh Tahun, JOM sertai contest ni. Mana tahu menang kan?


Nuffnang Is 007, 22 Mac 2014
Barbeque Garden, KL Life

Cara nak sertai senang sahaja..

Melalui Blog
 Blog '007 SEBAB BELOG ANDA GEMPAK' sebagai tajuk anda dan senaraikan sebab. Jangan lupa sertakan permalink di sini : NN

Melalui Instagram
Upload gambar kat atas ni (gambar Nuffnang ni), dan senaraikan 7 sebab belog anda gempak dan jangan lupa tag #Nuffnangis007 dan @nuffnang. Jangan lupa sertakan permalik di sini : NN

Mudah dan Simple

Ehhhh, jap !!! Jangan lupa download Applikasi Uber dalam telephone anda. Sebab Uber akan memberikan sepasang tiket khas kepada setiap Nuffnanger, okay ni excited sebab naik LIMOOOOOO!!! Fuyoooooo! Gempak gila.

Download  NOW!!!

Okay cepat!!! sebab 100 jemputan sahaja.. Siapa Cepat, Dia Dapat!
Selamat Hari Jadi Nuffnang .. =)

Newer Post Older Post Home

40 comments:

  1. wah...banyaknye achievement dia :) congrats :)

    ReplyDelete
  2. salam tatie rasa belog saya jadi kecil lah snagat-sangat nak sertai kontes ni..


    p/s:akhir saya dapa jumpa admin.itu sebab saya duduk dekat meja cik tom heee..nice orangnya cantik pula tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. join je... yang penting confident! hehehe . nice to know you.

      Delete
    2. betul tu..kna yakin. nxt time dpt peluang join jer..;-)

      Delete
  3. Memang sudah tahap Gaban. :-)

    ReplyDelete
  4. retis la tatie, pewittt..

    nak join jugak lah NN Birthday Bash..
    nk pikir buat entry

    ReplyDelete
  5. mak aii...dah mcm artis jer aku tgk....haha..

    ReplyDelete
  6. Yeay!! Dpt pegi jgk..tp 1st time pegi event nuffnang :(
    Xtau cmne..ade theme plak tu!!

    ReplyDelete
  7. patut laa menang.. hebat tahap gaban z potong dua...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. akak pun boleh join la event nuffnang ni

      Delete
    2. pernah dpt invitation tp kdg tarikh tu x sesuai sbbx leh cuti..huhu

      Delete
  9. blog kak tatie mmg gempak, congrats!! :)

    ReplyDelete
  10. Seronok bila blog kita dikenali...kan...satu penghargaan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. berbaloi bila dapat award macam tu

      Delete
    2. betol2..rasa happy n satu kepuasan kn

      Delete
  11. wah seronoknya dapat pergi event nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. mna thu satu hari nti awk pun berpeluang bbl :-)

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane