9 September 2019

AKU NAIK GILA DI KONSERT WESTLIFE THE TWENTY TOUR

Aku memang kalau bab entertainment ni memang outdated sikit. TV kat rumah pun sampai berhabuk tak on. Laki bini bukan spesis tengok TV hari-hari. Lagi-lagi aku. Boleh kira pakai jari setahun berapa kali aku switch on TV. Dah makin tua ni, aku lagi suka suasana senyap dan privasi. Haha.

Lari tajuk pula dengan cerita yang aku nak share hari ni.. Hiks!


Baru-baru ni aku buang tabiat pergi konsert. Ahhh, konsert pun bukan konsert orang muda macam Kpop tu. Tapi konsert legend, "Westlife The Twenty Tour". Kata laki aku, "konsert orang-orang tua". Aku pun bukan muda lagi, apetah lagi penyanyi Westlife. Sama-sama tualah kita ye . Hahaha. 😝


Special thanks to Rasyiqah Hassan yang bersusah payah dapatkan tiket. Beratur panjang untuk beli tiket ni. 12 jam kawwww, dia beratur semata-mata nak beli tiket ni. Gigih kan? Bangga aku ada member segigih ni. Harapkan aku memang idoklah. Kalau aku cakap cancel, mesti kena bakar hidup-hidup dengan dia ni. Kehkeh. 

Tiket Aku .. Kedudukan Seat di R11.

Aku memang excited nak pergi konsert  Westlife ni. Tapi entahla pada saat-saat akhir, aku hampir-hampir tak dapat pergi sebab jadual Encik Suami yang busy dengan training naik pangkat dia. Nasib baiklah few days before konsert Westlife ni, kami dah stay kat area Shah Alam. Takdelah nak pergi ke Shah Alam semata-mata konsert ni. Mau hangin Encik Suami nanti. 


Konsert bermula jam 8.30 malam tapi aku dah terpacak kat Stadium Melawati jam 4.45 petang. Excitedlah weh. Tapi menyesal jugak datang awal. Mereput tunggu kat luar. Haha. Bagi yang tak pernah tengok konsert, kamera adalah barang terlarang untuk dibawa masuk selain dari makanan. Jangan bawa okay or nanti kena tinggalkan kat luar. Peraturan-peraturan nak tengok konsert ni boleh korang baca kat tiket korang or sometimes penganjur akan alert kat Instagram diorang.

Tapi jangan bimbang. Dah nama pun stadium. Berlambak gerai buka kat luar. Official booth dan unofficial booth. Kalau official booth tu adalah diskaun compare dengan luar sebab ada promo, tapi kalau unofficial macam gerai burger tu .. harga di mahal sikit. 

Makanlah kenyang-kenyang sebelum masuk. Tapi kat pintu masuk stadium ada jual air mineral. RM2 ke RM3 sebotol. Tapi tak syoklah sebab air proses, bukan air mineral. Faham-fahamla rasa dia camana. 

Me, Rasyiqah & Syaza

Aku macam nak share video sekali kat entry ni. Tapi agak malas nak upload kat Youtube. Sebab ada suara aku sekali kat dalam video tu yang menyanyi kat belakang. Tak pepasal muntah ijo pulak korang nanti. *tskk, tskkk ... sedar diri*. Hahaha. Tapi aku percaya mesti ada yang dah upload kat Youtube. Silalah usha video mereka. 

Sementara itu, layan gambar-gambar kat bawah ni. Ampun maaf sebab kualiti tak bagus. Gambar ambil guna Iphone-X je. Tak secanggih kamera Huawei P30 yang boleh zoom kaw-kaw. 


Kalau korang tanya aku, best ke idok konsert diorang ni. Aku jawab best gila. Tak puas tengok diorang menyanyi. Maybe sebab aku membesar dengan lagu-lagu mereka. Umpama siulan ketika remaja, haruslah jadi excited kan bila pergi konsert diorang. Sampai serak suara ni menjerit dan menyanyi. Sahhh buang tabiat! Hahaha.


 Memang susah nak move on. Sebab best sangat ... Hahaha. Memory masa zaman remaja dulu. 

Ex-boyfriend.. Korang kenal tak? Hew, hew ..

Aku balik dengan hampa .. sebab konsert dah habis. Tengah-tengah jalan, tetibe terserempak dengan kereta yang dinaiki oleh diorang. Fuh lagi best, jalan jam weh sebab orang semua keluar. Hahaha. Apa lagi, aku dengan fans yang lain serbulah kereta diorang. Rezeki jangan ditolak. Kan? Kan? 😂


5 September 2019

HARI KELIMA DI PADANG INDONESIA

Tenggelam kejap mood aku nak update hari last di Padang Indonesia ni. Ini semua gara-gara handphone tetibe buat hal. Haih. Tetiba tak boleh on dan gambar pula banyak kat handphone aku. Bila cucuk dekat laptop dia keluar "Reset to Factory Setting". Sedih weh, sedih!! Sampai hari ni aku sedih.

Bila hantar kedai, kedai cakap tak boleh buat apa. Nak on balik kena Reset balik. Sebabnya ... handphone aku terlalu banyak sangat "isi" sampai handphone tak larat nak tampung. Eh, boleh pulak macam tu ye .. habis buat memory bebanyak tu kalau tak boleh simpan banyak gambar buat apa? 😫  

Luckily some of the pictures aku ambil guna phone Encik Suami. Adalah memory sikit untuk hari terakhir. Tapi tak banyak pun. Ishh takleh nak kenanglah. Sakit hati gila.


Hari terakhir di Kota Padang, kami tak keluar sangat pun. Jambatan Siti Nurbaya yang dekat dengan tempat penginapan kami tu pun, tak sempat nak pergi. Eh bukan tak sempat, tapi malas!! Nak heret bag ke sana ke sini. Hiks. Sudahnya pagi tu pergi beli souvenir dan pilih satu destinasi je. Haha.


Dari tempat penginapan kami ke Muzium Adityawarman ni takdelah jauh pun. Hari tu kami ambil grab je untuk ke sini. Muzium ni banyak info pun pasal adat-adat minangkabau dan sangat cantik kalau nak ambil gambar OOTD kat halaman muzium ni.


Masa kami pergi tu, rasanya aku dan Encik Suami je kat muzium ni. Haha. Ramai lagi kat Rumah Minangkabau yang kami pergi first day tu. Tapi okay jugak. Bolehlah bergambar sakan. Haha. Muzium ni terbahagi kepada 3 bahagian. Satu yang besar gedabak ni (2 tingkat), satu kat tepi kanan belakang dan satu betul-betul kat belakang.


Aku minta maaf sebab gambar-gambar dalam muzium semua kat handphone aku. Adehhh.. Tak dapek nak buek apo. Korang hadapla yo dengan apa yang ada je. Ampun!

 Eh ada gambar ni kat handphone ..
 Prehistoric Indonesia .. Nak baca kena zoom.
 Encik Suami pun nak OOTD jugak 😎

Flight pulang jam 5.20 pm ... By 2pm kami dah gerak ke airport. Jalan di Padang ni bukan boleh caya sangat pun. Walau tak semacet Jakarta, tapi once ada accident di pertengahan jalan .. jenuh wei nak tunggu. Nak tak nak kenalah bertolak awal bagi mengelak sebarang kemungkinan. Nak masuk ke dalam airport pun kena que panjang dulu kat pintu masuk sebab diorang nak check passport and tiket. Hanya penumpang sahaja yang dibenarkan masuk.

Bye Padang .. Bye Bukit Tinggi .. Jumpa lagi!

Itu jelah kisah percutian balik kampung ke Bukit Tinggi dan Padang Indonesia. Kalau ikutkan nak lama kat sana. Tapi kena ikut jadual Encik Suami. InshaAllah nanti aku pulang ke sana lagi. SIAPA NAK IKUT?! Kali ni kita explore tempat lain pulak. Weeeeeee ...

4 September 2019

SEPHORA MALAYSIA BUAT SALE 20% UNTUK AHLI

Sephora ni kan ... ermmm .. ermm ..

Suka buat sale bila aku tak rasa nak beli apa-apa. Bila aku rasa nak beli barang, takde pula dia nak buat sale. Kecik besar, kecik besar aku perhatikan Sephora ni lah ... Hishhhh ... Sadis betul nasib ni. Dahla setiap kali buka Yahoo je ternampak advertisement sale ni. Hiiiiishhhhhhhhh!!

SEPHORA TENGAH BUAT SALE .. 20% woi .. 20%. Banyak gak tu kalau korang nak borong make up or skincare. Tapi sale ni untuk GOLD and BLACK members je - "Sephora Beauty Pass Sale". 

Sephora Beauty Pass Sale

Sale sampai 8 September 2019. Siapa bukan ahli gold or black tu, kot-kot nak join sama .. bolehlah komen kat bawah ni. Nanti aku kasi nombor membership aku .. korang boleh guna. Hehehe.

Aku tak beli apa-apa sale kali ni. Sebab fokus sekarang Encik Husband punya training. Lepas dia habis training, baru boleh fikir nak buat apa dan beli apa. Sekarang tak boleh lagi. Masih berpuasa dari shopping ... Good bye Sephora Malaysia Sale. Nanti buat sale lagi tau ... Hehe.


Happy shopping.