9 September 2019

AKU NAIK GILA DI KONSERT WESTLIFE THE TWENTY TOUR

Aku memang kalau bab entertainment ni memang outdated sikit. TV kat rumah pun sampai berhabuk tak on. Laki bini bukan spesis tengok TV hari-hari. Lagi-lagi aku. Boleh kira pakai jari setahun berapa kali aku switch on TV. Dah makin tua ni, aku lagi suka suasana senyap dan privasi. Haha.

Lari tajuk pula dengan cerita yang aku nak share hari ni.. Hiks!


Baru-baru ni aku buang tabiat pergi konsert. Ahhh, konsert pun bukan konsert orang muda macam Kpop tu. Tapi konsert legend, "Westlife The Twenty Tour". Kata laki aku, "konsert orang-orang tua". Aku pun bukan muda lagi, apetah lagi penyanyi Westlife. Sama-sama tualah kita ye . Hahaha. 😝


Special thanks to Rasyiqah Hassan yang bersusah payah dapatkan tiket. Beratur panjang untuk beli tiket ni. 12 jam kawwww, dia beratur semata-mata nak beli tiket ni. Gigih kan? Bangga aku ada member segigih ni. Harapkan aku memang idoklah. Kalau aku cakap cancel, mesti kena bakar hidup-hidup dengan dia ni. Kehkeh. 

Tiket Aku .. Kedudukan Seat di R11.

Aku memang excited nak pergi konsert  Westlife ni. Tapi entahla pada saat-saat akhir, aku hampir-hampir tak dapat pergi sebab jadual Encik Suami yang busy dengan training naik pangkat dia. Nasib baiklah few days before konsert Westlife ni, kami dah stay kat area Shah Alam. Takdelah nak pergi ke Shah Alam semata-mata konsert ni. Mau hangin Encik Suami nanti. 


Konsert bermula jam 8.30 malam tapi aku dah terpacak kat Stadium Melawati jam 4.45 petang. Excitedlah weh. Tapi menyesal jugak datang awal. Mereput tunggu kat luar. Haha. Bagi yang tak pernah tengok konsert, kamera adalah barang terlarang untuk dibawa masuk selain dari makanan. Jangan bawa okay or nanti kena tinggalkan kat luar. Peraturan-peraturan nak tengok konsert ni boleh korang baca kat tiket korang or sometimes penganjur akan alert kat Instagram diorang.

Tapi jangan bimbang. Dah nama pun stadium. Berlambak gerai buka kat luar. Official booth dan unofficial booth. Kalau official booth tu adalah diskaun compare dengan luar sebab ada promo, tapi kalau unofficial macam gerai burger tu .. harga di mahal sikit. 

Makanlah kenyang-kenyang sebelum masuk. Tapi kat pintu masuk stadium ada jual air mineral. RM2 ke RM3 sebotol. Tapi tak syoklah sebab air proses, bukan air mineral. Faham-fahamla rasa dia camana. 

Me, Rasyiqah & Syaza

Aku macam nak share video sekali kat entry ni. Tapi agak malas nak upload kat Youtube. Sebab ada suara aku sekali kat dalam video tu yang menyanyi kat belakang. Tak pepasal muntah ijo pulak korang nanti. *tskk, tskkk ... sedar diri*. Hahaha. Tapi aku percaya mesti ada yang dah upload kat Youtube. Silalah usha video mereka. 

Sementara itu, layan gambar-gambar kat bawah ni. Ampun maaf sebab kualiti tak bagus. Gambar ambil guna Iphone-X je. Tak secanggih kamera Huawei P30 yang boleh zoom kaw-kaw. 


Kalau korang tanya aku, best ke idok konsert diorang ni. Aku jawab best gila. Tak puas tengok diorang menyanyi. Maybe sebab aku membesar dengan lagu-lagu mereka. Umpama siulan ketika remaja, haruslah jadi excited kan bila pergi konsert diorang. Sampai serak suara ni menjerit dan menyanyi. Sahhh buang tabiat! Hahaha.


 Memang susah nak move on. Sebab best sangat ... Hahaha. Memory masa zaman remaja dulu. 

Ex-boyfriend.. Korang kenal tak? Hew, hew ..

Aku balik dengan hampa .. sebab konsert dah habis. Tengah-tengah jalan, tetibe terserempak dengan kereta yang dinaiki oleh diorang. Fuh lagi best, jalan jam weh sebab orang semua keluar. Hahaha. Apa lagi, aku dengan fans yang lain serbulah kereta diorang. Rezeki jangan ditolak. Kan? Kan? 😂


11 comments:

  1. Nasib baik tak gilaa hahahahaha...
    Kalau aku pun boleh gileee nengok konsert weii, sedangkan tengok teater Mok Cun pun macam nak gile sukanya hahahahaha..

    Lawaa laa kau pakai cenggini, nampak kurus hehehehe

    ReplyDelete
  2. WOW SERONOKNYA TENGUK KONSERT

    ReplyDelete
  3. Agak2 kita ni sebaya kot, masing-masing membesar dgn lagu Westlife hihi...

    ReplyDelete
  4. wahhhh bestnya... kalau dpt pegi konsert kpop ngn konsert westlife atau BSB, pilih lagi westlife ngn BSB, lagu kegilaan zaman remaja nih...
    muka diaorg mcm tak berubah masih mcm dulu... handsome nya

    ReplyDelete
  5. dulu masa masa saya masih muda..Westife juga masih muda..

    sekarang mereka nampak tua dan alhamdulilah..saya masih muda hehehe

    lagu-lagu mereka memang saya suka.

    sekarang nak dengar lagu pun jarang.

    yang selalu main FB hehehe

    ReplyDelete
  6. kita dari dulu minat westlife ni... bestnya dapat tengok life...

    ReplyDelete
  7. Zaman daku jugak ni tapi mmg x kuasa la nak pi konsert. Macam mental x kuat..hahahaha...

    ReplyDelete
  8. Wahhhhh..bestnya dapat tengok live concert westlife. ada brian mesti lagi best

    ReplyDelete
  9. zaman belajar ditemani lagu2 diorg ni..hehe

    ReplyDelete
  10. lamanyaaa tak layan lagu2 westlife.. semua dh nampak berusia. heheh

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)