5 September 2019

HARI KELIMA DI PADANG INDONESIA

Tenggelam kejap mood aku nak update hari last di Padang Indonesia ni. Ini semua gara-gara handphone tetibe buat hal. Haih. Tetiba tak boleh on dan gambar pula banyak kat handphone aku. Bila cucuk dekat laptop dia keluar "Reset to Factory Setting". Sedih weh, sedih!! Sampai hari ni aku sedih.

Bila hantar kedai, kedai cakap tak boleh buat apa. Nak on balik kena Reset balik. Sebabnya ... handphone aku terlalu banyak sangat "isi" sampai handphone tak larat nak tampung. Eh, boleh pulak macam tu ye .. habis buat memory bebanyak tu kalau tak boleh simpan banyak gambar buat apa? 😫  

Luckily some of the pictures aku ambil guna phone Encik Suami. Adalah memory sikit untuk hari terakhir. Tapi tak banyak pun. Ishh takleh nak kenanglah. Sakit hati gila.


Hari terakhir di Kota Padang, kami tak keluar sangat pun. Jambatan Siti Nurbaya yang dekat dengan tempat penginapan kami tu pun, tak sempat nak pergi. Eh bukan tak sempat, tapi malas!! Nak heret bag ke sana ke sini. Hiks. Sudahnya pagi tu pergi beli souvenir dan pilih satu destinasi je. Haha.


Dari tempat penginapan kami ke Muzium Adityawarman ni takdelah jauh pun. Hari tu kami ambil grab je untuk ke sini. Muzium ni banyak info pun pasal adat-adat minangkabau dan sangat cantik kalau nak ambil gambar OOTD kat halaman muzium ni.


Masa kami pergi tu, rasanya aku dan Encik Suami je kat muzium ni. Haha. Ramai lagi kat Rumah Minangkabau yang kami pergi first day tu. Tapi okay jugak. Bolehlah bergambar sakan. Haha. Muzium ni terbahagi kepada 3 bahagian. Satu yang besar gedabak ni (2 tingkat), satu kat tepi kanan belakang dan satu betul-betul kat belakang.


Aku minta maaf sebab gambar-gambar dalam muzium semua kat handphone aku. Adehhh.. Tak dapek nak buek apo. Korang hadapla yo dengan apa yang ada je. Ampun!

 Eh ada gambar ni kat handphone ..
 Prehistoric Indonesia .. Nak baca kena zoom.
 Encik Suami pun nak OOTD jugak 😎

Flight pulang jam 5.20 pm ... By 2pm kami dah gerak ke airport. Jalan di Padang ni bukan boleh caya sangat pun. Walau tak semacet Jakarta, tapi once ada accident di pertengahan jalan .. jenuh wei nak tunggu. Nak tak nak kenalah bertolak awal bagi mengelak sebarang kemungkinan. Nak masuk ke dalam airport pun kena que panjang dulu kat pintu masuk sebab diorang nak check passport and tiket. Hanya penumpang sahaja yang dibenarkan masuk.

Bye Padang .. Bye Bukit Tinggi .. Jumpa lagi!

Itu jelah kisah percutian balik kampung ke Bukit Tinggi dan Padang Indonesia. Kalau ikutkan nak lama kat sana. Tapi kena ikut jadual Encik Suami. InshaAllah nanti aku pulang ke sana lagi. SIAPA NAK IKUT?! Kali ni kita explore tempat lain pulak. Weeeeeee ...

15 comments:

  1. nasib ada backup kat hp husband u sis. Tapi gambar kat hp sendiri lagi puas hati sebenarnya kennn hehe. Nxt time boleh la nak ikut balik kampung ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah .. kat handphone sendiri banyak gambar ... sedih betul

      Delete
  2. wak .. kite rindu nak travel .. tapi kan ...

    ReplyDelete
  3. aduhai sayangnya lahai... banyak la kenangan gambar2 dalam tuh kan...
    tp nasib la da jugak kt hp encik suami ni, ada lah kenangan last day kt sana yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar banyak kat handphone suami .. tapi video banyak kat handphone sendiri :(

      Delete
  4. Belum sampai ke Padang lagi. Semoga Kak Feni pon sampai ke sana.

    ReplyDelete
  5. nice. best jalan2 kat padang, lama dah tak travel ke padang.. reset factory setting tu kalau tak silap tak hilang lagi memory gmbar2 semua. btw done follow sini, rajin2 boleh singgah blog sy juga.

    ReplyDelete
  6. Suka tengok kesenian muzium macam ni.

    ReplyDelete
  7. Cantik-cantik tempatnya. Seronok masuk blog ni banyak tempat travel. Salam kenal dan salam singgah di sini. =)

    ReplyDelete
  8. Hi Tatie.. cantik2 gambar awak... Done following!

    ReplyDelete
  9. corak pada bangunan cantik
    tengok gambar pertama dengan tanduk di bumbung, dah boleh agak itu berkaitan dgn minangkabau
    but im still not sure where is padang actually :"D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)