9 November 2015

HOTEL MURAH DI LOMBOK : PALAPA HOTEL MATARAM

Sambung semula kisah percutian ke Lombok.

Disebabkan malam tu kitorang sampai lambat, maka kitorang decide menginap di area Mataram dulula. Dari airport ke Mataram taklah jauh sangat berbanding dari airport ke Sengigi. 

Senang cerita, Mataram ni kira town Lombok. Dia lebih sibuk dan adakalanya macet. Tapi kalau korang nak shopping baju, kat sinilah tempatnya. Ada juga aku terperasan satu dua kedai outlet ala-ala di Bandung. Brand yang ada pun boleh tahan juga. 

By the way, seperti yang aku cakap kat entry sebelum ni .. Ini adalah percutian bajet. Lupakan sekejap hotel 5 bintang, hot bubble bath and blablabla. Haha.

Dan hotel kami adalah HOTEL PALAPA MATARAM.

HOTEL MURAH DI LOMBOK
Hotel Palapa Mataram
 

Lobi pun kecil Hotel Palapa Mataram ni bertaraf 1 bintang. Yang bajet-bajet diva lupakan hasrat nak stay sini okay. Hahaha. Walaupun hotel ni hotel 1 bintang, takdelah teruk mana pun. Hishh ....jangan fikir bukan-bukan. Nak jimat kena redha. Hewhew.

 
Takde lift, so kena naik tangga
 
Luar bilik

Harga?? Murah sangat. Sesuai bagi mereka yang bercuti ala-ala backpackers di Lombok.  Cuba teka berapa?? Hurm, kalau book via agoda .. RM66/semalam je uol. Murahkan? Hiks.

 

Setiap bilik dilengkapi dengan tv, air panas di bilik mandi dan air mineral. Wifi pula hanya ada di lobi sahaja. Tapi slow jugak. Kalau nak laju, Lepak je kedai kopi ala-ala Starbucks kat sebelah hotel ni. And good news, kedai kopi tu HALAL dan buka 24 jam setiap hari. 

Air panas untuk minum teh or masak Maggi takde !!! Itu korang kena call diorang dan diorang akan hantar secawan air panas. Yang ni aku tak suka sikit. Susah. T_T


Kitorang tak lama pun stay sini. Sekadar persinggahan untuk menghilangkan penat je. Keesokkan paginya dah gerak ke Sengigi dan beberapa tourist attraction yang ada kat Lombok ni. Kira-kira balik, tak sampai 12 jam pun. Hahaha.

Jalan Palapa Lombok
Inilah kedai kopi yang aku cakap tu .. Sedap pun sedap


~bersambung

6 comments:

  1. this week trip akak ke Lombok..x tau la boleh lepas pi ke tak..trip sebelum ni postpone sebab RINJANI meletus...this week plak x tau la...dengarnya epot masih di tutup...erm...

    ReplyDelete
  2. cantik jugak walaupun dikira murah

    ReplyDelete
  3. Interior design dia x mcm 1 bintang. Good job to their management

    ReplyDelete
  4. sedapnya kopi...
    p.s awek lombok lawa2 tak?
    haha.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)