14 November 2015

JALAN-JALAN DI LOMBOK : PANTAI, AIR TERJUN DAN RUMAH ADAT

Kisah Percutian di LOMBOK masih belum berakhir.

Hari seterusnya, kitorang sewa supir kat Lombok. Kitorang dapat nombor supir ni dari group sebelah. Mula-mula mesej Pak Brahim. Malangnya, Pak Brahim dah ada orang 'kidnap'. Then, Pak Brahim pun hantar kawan dia. No big deal-lah. Janji harga sama. Hiks.

Batu Keliang Lombok
Untuk hari tu, supir kitorang namanya Pak Rahman. Aku terlupa pula nak amek gambar Pak Rahman. Pak Rahman ni orangnya tenang je. Agak pendiam sikit memula tapi banyak membantula nak pergi mana-mana. Biasalah tu. Kitorang pun diam memula. Hahaha.

Nombor Contact Supir di Lombok
PAK RAHMAN
+6281907806464

Dari Mataram ke Sengigi amek masa dalam 40-50 minit. Jauh juga. Tapi macam kitorang check out dari Hotel Palapa Mataram sepagi yang boleh. Around 7 am macam tu. Then dari situ kitorang terus ke tempat-tempat menarik di Lombok.

Dengan supir ni, kitorang perlu bagitahu mana korang nak pergi. At least ada 3-4 list tempat. Kalau diam je alamatnya tak berjalanlah kereta tu. Tak kisahlah kat Bandung ke, Jakarta ke .. Cakap terus mana korang nak pergi dan jangan lupa minta diskaun.

AIR TERJUN BENANG KELAMBU & BENANG STOKEL

And tempat first kitorang pergi adalah Air Terjun Benang.

Jalaludin Rumy (tour guide kat air terjun)

Air Terjun Benang ni terbahagi kepada dua. Air Terjun Benang Kelambu dan Air Terjun Benang Stokel. Tapi antara dua-dua ni, aku paling suka Benang Kelambu. Cantik gila !!!

Dan untuk masuk ke dalam ni kena ada guide dan kena naik motor. Kalau berjalan mahu patah kaki. Jauh gila!! Unless kalau nak pergi Air Terjun Benang Stokel, haa yang tu dekat. So, 2 orang 2 motor dan 2 guide. Tapi yang guide kitorang bro Jalaludin Rumy.

Jalaludin lah yang bawa kitorang dan dia jugalah yang banyak explain pasal tempat ni. By the way dia selalu buat trip ke Gunung Rinjani. Kot-kot korang nak mendaki, bolehlah contact dia. Pergi search nama dia Jalaludin Rumi Al-Gahraf kat Facebook.

Air Terjun Benang Kelambu
Air Terjun Benang Stokel

KAMPUNG TENUN SUKARARE LOMBOK

"Tak reti tenun tak boleh kahwin!!!!"... Gulp.

Nasiblah aku bukan penduduk kat sini. Kerja menenun ni bukanlah senang. Memerlukan banyak kesabaran. Tapi anak-anak dara kat sini wajib belajar menenun sebelum kahwin. Itulah adat di Sukarare Lombok yang terkenal dengan panggilan Kampung Tenun Sukarare.

Kat sini korang boleh try tenun songket tanpa perlu bayar apa-apa. Kalau nak bagi sumbangan (tips), boleh bagi seikhlas hati. Selain tu, kat sini ada jual batik dan macam-macam lagi.

 

DESA SASAK SADE LOMBOK

Ingat lagi tak kes perempuan kena bawa lari ke Lombok. Di sinilah antara tempat yang dikenal pasti. Hahaha. By the way, kahwin dan melarikan anak orang ni adalah sebahagian dari tradisi kaum Sasak di Lombok. Tak percaya?? Datanglah ke Desa Sasak Sade. Korang boleh mempelajari gaya hidup dan budaya masyarakat kat sini. Cuma aku kesianlah,. diorang ni daif. Sedih gila tengok. T_T

Surau 
Aku sedih tengok Mak Cik ni. Tengok mulut dia berdarah .. *nangis*
Dalam rumah diorang. Sedihkan?
Ni tandas. Tandas share dan lokasi kat luar rumah

PANTAI KUTA LOMBOK

Dari Desa Sasak Sade, kami ke Pantai Kuta. Pantai Kuta ni bukan dekat Bali ye. Memang ada kat Lombok dan pantai ni antara yang famous. Tapi yang tak bestnya peniaga-peniaga jalanan kat sini. Sekali korang beli, sekali tu la geng-geng dia datang kerumun korang. Haih, azab!! Dan mahal pulak tu. Cesss, akulah antara mangsa yang terkena.

Pantai Kuta Lombok
Percayalah, tak seindah seperti dalam gambar
Feeling selebriti .. 

Dari Pantai Kuta, kitorang singgah makan di restoran bertentangan dengan Pantai Kuta dan menu harus cuba adalah Ayam Taliwang Lombok.


Ayam Taliwang ni adalah makanan tradisi masyarakat Lombok. Nampak seperti ayam bakar biasa, tapi ada sedikit kelainan. Yang penting korang kena pandai cari restoran. Tak semua restoran menyajikan hidangan yang sedap. Macam restoran ni, ayam taliwang dia kering. 

Ayam Taliwang

Next adalah ke Pantai Tanjung Aan Lombok. Pemandangan sepanjang perjalanan dari Pantai Kuta ke Tanjung Aan sangat mempersonakan. Aku perhatikan Lombok ni macam ada dua bahagian. Satu bahagian penuh kehijauan, satu lagi seperti kering kontang musim kemarau.

Dan untuk ke pantai seterusnya, kawasannya musim kemarau. Jadi penuh dengan warna coklat dan adalah juga kehijauan tapi tak banyak. 


PANTAI TANJUNG AAN LOMBOK

Pantai Tanjung Aan ni lagi cantik dari Pantai Kuta. Tapi please, jangan bandingkan dengan Pulau Perhentian. Of courselah Pulau Perhentian lagi cantik. Ngeee.. 

Bezanya kat sini ada pemandangan bukit bukau yang menyerikan lagi pemandangan kat sini.

 

BUKIT MERISIK LOMBOK

Dari tepi pantai, kami decide untuk ke seberang. Secara kebetulan jumpa pula kawan baru Diana Pratiwi yang datang bersama keluarganya untuk bercuti di Lombok. Diana ni orang Indonesia tetapi tinggal di Melbourne. So, hari tu kami kawtim sewa satu bot (ke sampan?) untuk ke seberang.

Seberang ni takdelah jauh mana. Dalam 10 minit sampailah Bukit Merisik. Dari Bukit Merisik ni pula kena mendaki untuk naik ke atas. Tapi kami berempat jelah. Aku, Haziqah, Diana dan anak pemandu bot yang sangat helpful dan sudi tolong amekkan gambar. Haha.

Anak-anak Diana dan suaminya pula tinggal kat bawah dan meneruskan aktiviti snorkeling.


Untuk dapatkan view menarik macam gambar kat atas, kenalah rajin sikit mendaki. Alah, mendaki pun tak penat sangat sebab bukit dia tak curam sangat. Tapi bila sampai kat atas, phewwww.. Cantik!! Berbaloi tenaga yang dihabiskan untuk sampai kat atas ni.

Patutnya lepas dari Bukit Merisik kitorang ingat nak ke Batu Patung. Tapi nasib tak menyebelahi sebab ombak terlalu kuat dan bot tak boleh ke sana. So kawan-kawan, kalau nak ke sini .. silalah datang sebelum air pasang. OK?


Dari atas ni boleh nampak Gili. Cuba cari mana satu Gili ... =P


Next ke Pantai Mawun. On the way balik ternampak pula ladang tembakau. Eh cantik pulak aku rasa. Harus berhenti dan bergambar. Hahaha. Nasiblah sewa supir boleh berhenti sesuka hati, kalau amek tour .. Memang takkan dilayanlah jawabnya ...


PANTAI MAWUN

Next ke Pantai Mawun. Bagi aku, pantai ni ... paling paling palingggggg cantik antara semua. Kawasan persekitaran pun bersih. Tapi kitorang kejap je kat sini sebab nak kejar sunset di pantai seterusnya. Kejap kejap pun sempat je menikmati jagung bakar yang dijual kat sini. Sedap gila!!

 

PANTAI SELONG BELANAK

Pantai terakhir adalah Pantai Selong Belanak. Antara tempat yang cantik untuk melihat matahari terbenam di Lombok. Mat Salleh pun ramai kat sini. Ada yang berjemur, ada yang surfing dan ada yang duduk sambil melihat matahari terbenam.


On the way balik, kami melalui jalan seperti kat bawah ni. Kering kontang but nice. Gambar  bawah ni pure dan tak edit. Memang warna dia macam tu. Kami pergi musim panas. Kalau pergi musim hujan, lain pula kaler dia. Kata supir, penuh dengan kehijauan.


Dan on the way balik Sengigi, lalulah bulatan ni. Haa, ni mercu tanda Lombok seperti Monas Jakarta. Ia melambangkan Lombok yang terkenal dengan gelaran 1000 masjid.


Singgah lagi ke kedai souvenir untuk beli kerepek dan ole-ole dari Lombok. Kedai Amelia bawah ni famous dan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan, lebih-lebih lagi dari Malaysia. Jangan lupa beli kacang disko, cili taliwang dan kerepek tau. Hehehe.


Trip kami berakhir di restoran bawah ni. Haa, sapedek dulu sebelum balik. Kehkeh. Banyakkan tempat yang kami pergi hari ni.. Terima kasih Pak Rahman kerana sudi bawa kami jalan-jalan.


~bersambung


3 comments:

  1. assalamual
    aikum u nak tanya berapa u bayar pak supir tu untuk 1 day nye trip for 2 person

    ReplyDelete
  2. paket 3hari 2 mlm nye 1,2 juta cik

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)