5 November 2015

CUTI-CUTI DI LOMBOK : HARI PERTAMA YANG MEMENATKAN

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semua, apakhabar?
Hari baru, cerita baru, di lokasi baru

LOMBOK 

Dah lama aku dan Haziqah plan nak pergi Lombok. Since tengah hangat pasal gadis dilarikan lagi. Tapi asyik-asyik tunda. Takut punya pasal. Isk, isk.

Tapi kali ni, kitorang tekad nak pergi Lombok juga. Orang kata selagi tak pergi, selagi tu jangan fikir bukan-bukan. Pergi dulu, rasai tempat tu dulu then baru boleh fikir. Hurm.

Trip ke Lombok ni sehari lepas balik dari Auckland. Kira malam tu sampai, besoknya dah gerak. Abaikan pasal penat, LOMBOK AKU DATANG!!

Flight ke Lombok

Flight ke Lombok ada satu je iaitu Airasia. Tapi korang boleh juga pergi Lombok dengan menaiki feri dari Bali. Kalau just nak pergi Lombok je, eloklah naik flight. Senang!!


Dan sehari ada 2 flights saja. Pagi dan petang .. Well masa aku beli tiket ni, Airasia tengah buat promo. Dapatlah harga RM150/return. Murahkan?

And flight hari tu memang penuh. Tapi penuh dengan rakyat sanalah. Majoriti pekerja-pekerja Indo yang datang bekerja kat Malaysia. Tak seperti flight ke Jakarta or Bandung. Ni memang betul-betul boleh kira dengan jari berapa orang Malaysia yang ada kat dalam tu. Haha.

Tengok tu ramai gila orang dia
Form kena isi

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam dan akhirnya sampai juga ke Lombok. Waktu Lombok dan waktu Malaysia SAMA. Takde beza!! Tak seperti di Jakarta.


Tapi yang tak bestnya pasal luggage. Kena tunggu lama. Majoriti yang naik flight tu semua pulang ke kampung dan bawa barang berkotak-kotak. Jenuh nak tunggu beg.


Then dah dapat lugagge, terus cari bas. Untuk malam pertama ni kitorang stay area Mataram dulu. Dari airport ke Mataram kalau naik bas murah je, 25 ribu rupiah untuk seorang (RM8) dan lebih kurang 30 minit macam tu.


Tapi naik bas ni pun mencabar juga. Mencabar kesabaran korang dengan masa dan juga suasana. Bab masa, selagi bas tak penuh selagi tu takkan jalan. Dah penuh? Belum lagi.. Diorang tambah pula kerusi kat tengah-tengah. Adui.

Bab suasana pula, aku perasan since dari dalam flight lagi. Diorang cakap kuat gila. Macam dari kerusi nombor 1 cakap, kerusi nombor 4 boleh dengar. Hahaha. Samalah keadaan kat dalam bas ni.

airport lombok ditutup

And sampai pun stesen bas. Dari sini pula kami naik teksi untuk ke hotel. Penatnya perjalanan hari ni. Macam-macam benda kami lalui. Bab hotel nanti aku cerita kat next entry. By the way, ini percutian bajet ke Lombok. Hotel pun hotel bajet. Hehehe.

culik wanita di lombok

Sampai-sampai hotel terus cari local simcard. Kat sini takde Simpati. Cuma ada 3 ni je. Aku terbeli yang merah tu. Sumpah tak bagus!! Menyesal beli. Kalau korang nak beli, belilah XL. Elok sikit. But please bukan Kartu As tu.. 


Haa, sambunglah di entry seterusnya. 


16 comments:

  1. wahhhh seronok nye pg lombokkkkk

    ReplyDelete
  2. lambok pun Lambok lah ...asal boleh tengok tempat orang.

    ReplyDelete
  3. Aduh bestnya, travel budget macamm nie lar, i suka baca. Save save...

    ReplyDelete
  4. As Salam
    Boleh ke sy minta intinery tmpt2 nak g lawat kat lombok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itinerary yang betul takde. sebab main redah. first day jalan kat mataram, second jalan kat air terjun benang stokel,pantai kuta, rumah sade, pantai mawun, pantai selong belanak, n etc. semua satu jalan. amek supir. worth! sebab boleh pergi banyak tempat compare dnegan naik bas. guna habis-habisan. haha. 3rd day pergi ke gili. kitorang tak spend banyak masa kat gili.. just a beach. yang cantiknya kat sana hanyalah diving. dorang tak galakkan snorkeling. and jangan lupa naik basikal. then kitorang ke air terjun tiu kelep dan sindang gila. hari seterusnya ke mataram. pusing area situ. sbb first day sampai petang. mataram pun banyak benda best. jangan lupa pergi kampung tenun dan amek gambar dengan tenunan dia. i mean pakai.

      Delete
  5. As salam sis 😁 kalau nak minta share itinerary spjg dekat sana boleh?byk baca blog tapi xbrape detail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua main redah je sepanjang kat sana. just hire supir and supir akan bawa ke mana je kita nak pergi. macam jakarta. so basically semua satu hala (pantai).

      Delete
  6. Hi izzati, boleh x share contact details supir yg awak hire tu? Sy pegi lombok mei ni. Thanks in advance!

    ReplyDelete
  7. Hi izzati, boleh x share contact details supir yg awak hire tu? Sy pegi lombok mei ni. Thanks in advance!

    ReplyDelete
  8. Hi izzati, boleh x share contact details supir yg awak hire tu? Sy nk pegi mei ni... Thanks in advance!

    ReplyDelete
  9. Hi izzati, boleh x share contact details supir yg awak hire tu? Sy nk pegi mei ni... Thanks in advance!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum .boleh sy tau ,tmpt tggl kat sana mcm mane .yg bajet

    ReplyDelete
  11. berfaedah ke pergi tempat yg lbh mundur dr kita...tanah melayu era 60 an...sy lahir 50 an...rasa sama je zmn ni.

    masa bertugas di norway dulu rasa cerah fikiran...kerja kejuruteraan petroleum...kvarner

    ReplyDelete
  12. Hello, mcm mana dgn cuaca d sana? Ada hujan ka?

    ReplyDelete
  13. Halo saya Ari travel agent dari lombok, saya ingin menawarkan pakej percutian murah dan boleh juga hanya sewa kereta.
    untuk maklumat lebih lanjut atau tanya - tanya tentang lombok boleh hubungin saya:
    Whatssap +62 87852953230
    Ig: Lombok_trip
    blog: pakejpercutianlombok.blogsport.co.id

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)