One Day Hanbok ni salah satu company yang menyewakan pakaian tradisional masyarakat Korea. Kalau nak feeling-feeling gadis atau jejaka Korea, wajibla sewa pakaian ni untuk sehari. Pusing-pusing bandar Seoul dengan baju ni. Ada bran?? Hahaha.
Tapi malang tak berbau, aku sesat masa on the way ke sini. Muahaha. Entahlah wei. Maybe sebab jalan sengsorang, kepala pun tingtong. Lebih-lebih lagi masa tu rushing gila. Banyaklah nak kena fikir. Cait, alasan! Hahahaha.
Lokasi Oneday Hanbok ni kat Stesen Euljiro 4-ga (line no 2/green & line no 5/purple). Senang citer, sampai je stesen tu tanyalah orang. Kalau susah sangat kat website dia ada youtube dan siap tunjuk cara-cara nak ke kedai tu. Atau malas sangat, bila dah sampai tu carilah jalan menuju ke exit no 7 dan nanti nampaklah kedai Oneday Hanbok ni.
Antara Momen Manis Bersama Pakaian Dari Oneday Hanbok
Harga sewa baju tradisional Korea ni bolehlah tahan. Kalau mereka yang suka cipta kenangan manis, why not sewa baju. At least sekali dalam seumur hidup merasai sendiri pengalaman jadi orang Korea. Hahaha. Kalau tak, bila lagi nak try? Kan? =P
Harga Sewa Baju Tradisional Korea
Rental Fare :
4500 won/hour (minimum 2 hours)
Promotion Fare :
13000 won (4 hours)
26000 won (1 day/24 hours)
Deposit :
Copy of ID Card + 80000 won
or
Deposit ID Card + 30000 won
Baju-Baju Dijaga Rapi
Memula aku ingat sepesen je pattern baju tradisional Korea ni. Sekali bila sampai, terus rambang mata nak pilih. Semua cantik. Terdapat variasi warna dan pattern yang berkonsep tradisional. Aku adalah tanya, tang bila diorang ni pakai baju ni? Tuan kedai cakap masa ada perayaan atau wedding.
Itu baru baju wanita dan sebahagian sahaja. Ada banyak lagi pilihan dari segi corak dan warna. Tapi yang last tu aku suka. Nampak macam classic sangat kain dia. Hiks! Bawah ni pula baju lelaki.
Baju lelaki tak banyak pattern sangat macam baju perempuan. Tapi tetap cantik dengan corak bunga-bunga. Aku rasa kalau baju Melayu ada bunga-bunga camni, konpem kena reject awal. Haha.
Pelanggan juga boleh sewa accessories rambut dan clutch bagi melengkapkan lagi gaya persis wanita Korea. Yang lelaki jangan ngade, korang tak memerlukan accessories ni okay. Hewhew.
Nak tengok hasil Kisah Tatie bergaya dengan baju tradisional Korea?
*tutup mata .. lariiiiiiiii*
Annyeonghaseyo
Juhneun Tatie-yiehyo.
Sayangnya, hari tu aku terlalu sibuk nak kejar masa. Bukan tak nak pakai pergi jenjalan sekitar Korea, takut nanti terbawa balik pula baju ni ke Malaysia. Hahaha.
Teddy Bear Kecik Ni Pun Ada Jual
Kedai ni dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
atau terus email diorang kalau nak book or order :
onedayhb@naver.com
Facebook
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)